Saturday, April 2, 2011

Erti kebahagiaan yang sebenar

Petikan daripada sebuah video berbunyi;


Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini..
Merenung jauh mereka di sana 
hidup penuh keseronokan & kegembiraan...
Namun, kita masih tidak sedar tentang 
hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..


Ramai orang tersalah sangka tentang maksud 'ketenangan dalam hidup'
Selalunya orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan
walaupun itu boleh menjadi penyumbang...
tetapi itu bukanlah segala-galanya


Betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar 
tidur di atas katil yang empuk...
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena daripada kita

kredit to restoran DAUD
ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua lauk
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya

kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat
semua orang menyangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang
belum tentu!

TIADA SIAPA MAMPU MENGHALANG KETENTUAN ALLAH!



MusicPlaylist

KLIK [ SINI ] untuk lihat video yang hebat ttg erti kebahagiaan yg sebenarnya

No comments: