Tuesday, April 19, 2011

DUA yang sangat sinonim dengan hidup ku

Hari ni bukan bulan Februari (bulan DUA). Tadi, masa tengah menyelak helaian BUKU MUKA, aku cek la sekali helaian group sekolah lama kat halaman buku muka tu. Then tiba-tiba aku teringat nak buat entri tentang kaitan Nombor Dua dalam hidup ku.

Nak dijadikan cerita, sejak dari sekolah menengah sampai lah aku masuk University, tempat aku belajar tu mesti merupakan tempat baru buka. Kira macam tempat tu baru nak develop menjadi hebat dan establish macam tempat yang sudah legend [apa aku merepek ni]

Ok. Kita mulakan dari masa aku mula menjejakkan kaki di sekolah menengah. Masa Form 1 aku diterima belajar di Sekolah Rancangan Khas Agama, SMK Bandar Maharani. [setelah aku tidak diterima masuk oleh Sekolah Maahad sebab hanya berbekalkan 4A sahaja] Batch aku merupakan batch kedua RKA waktu tu. Haa nampak tak? di situ lah bermulanya kaitan nombor dua dalam hidup aku.

Logo Rasmi Batch kitorang, hasil rekaan seorang bakal arkitek

Masa Form 4, aku sekali lagi diterima belajar di sekolah baru, SBP Integrasi Mersing pada waktu tu baru nak masuk tahun kedua beroperasi. Apa.. Dua lagi? Apa lah nasib kau Belle. [setelah tidak diterima untuk menyambung dalam aliran agama di KISAS sebab berbekalkan dapat B-English dlm PMR] 

lencana kelas 5 Al-Falah .. stylo kan?? hehe

After that, mungkin la, aku rasa sebab Nombor dua dah bosan dengan aku makanya aku bukan lah batch kedua KMJ mahupun UiTM. Tapi, masa di UiTM tu, aku merupakan antara batch terawal jugak lah. Batch ke-5. Sekali lagi nasib ku mesti dapat tempat belajar yang baru nak berkembang pesat..muahaha [setelah tidak diterima masuk ke Universiti Malaya] .

Ayuh teruskan dengan UniKL RCMP pula. Yeah, seperti dalam entri aku yang [ INI ] sudah aku khabarkan, karnival sukan RCMP baru berusia dua tahun. Dan batch aku merupakan batch kedua MBBS RCMP. Aik dua, kau muncul lagi dalam hidup aku? Tak bosan kah dikau dengan ku? aigooo

batch aku takde logo rasmi lagi.. kalau dah ade nanti aku upload.. hehe

begitulah rentetan Dua yang sangat sinonim dengan hidupku. Pada firasat aku, mungkin hal ini disebabkan oleh aku merupakan anak kedua, makanya Dua sangat suka menempel dalam hidup Gua. [eh terganaz plak guna gua..maaf maaf. Padahal saje je nak sama kan sebutan akhir tu..hee] Iye, aku anak kedua dan aku akan mendapat gelaran Mak Ngah bila kakak ipar aku lahirkan anak dia nanti..suka suka.. hehe

Selain dua sangat sinonim dengan tempat belajar ku, dua juga terlibat secara tidak langsung dalam kehidupan peribadi ku. Ape lah malang bebeno nasib mu ni Belle?

"Mana lah aku nak tahu...uwaa"

Kedua-kedua ex aku pernah jumpa seseorang sebelum jumpa aku. dan aku merupakan yang kedua. [tiba-tiba teringat kat lagu, ''jadikan aku yang kedua..'' best lagu tu, nyanyian penyanyi Indonesia] . selepas ni, aku harap Dua tidak lagi menghantui / muncul dalam kehidupan peribadiku. Kalau boleh biarlah aku yang pertama dan terakhir. Tapi kalau itu takdir Illahi, apa boleh ku buat. Cuma jangan jadi isteri kedua sudah la.. muahaha

walau siapa pun engkau, jaga diri baik-baik sebelum kita jumpa ok? XOXO

aku percaya semua tu kebetulan yang biasa berlaku dalam kehidupan setiap insan. Korang ada tak kebetulan yang berlaku macam ni. ce citer ce citer.. hehe

3 comments:

Anonymous said...

haha..bahaya bahaya kalo jd isteri kedua =P

syanabel said...

hehe tahu takpe =P

Mahfuzah said...

nyaris2... tp at last terselamat... bawak diri ke ipoh.. if not.. no comment!

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...