Saturday, April 9, 2011

kenapa kita perlu tengok AF?

bersiaran langsung dari Muar, Johor

Aku balik ke kampung lagi nampaknya. Kali ni pulang bersebab. Aku perlu memulangkan kembali kereta yang dipinjamkan oleh adik lelaki ku kepada ku. Alhamdulillah, aku berjaya tiba dengan selamatnya setelah memandu di lebuhraya dari IPOH-JOHOR. Bukan apa, pada mulanya aku tak yakin dapat memandu keseorangan. Maklumlah, tak pernah kot buat kerja bahaya camtu. Tapi sbb tak berjaya cari teman pulang sekali ke Johor, aku terpaksa lah memandu sorang-sorang.

Sesampai di rumah, terus bukak astro prima layan Maharaja Lawak. Nasib baik ada abah teman tengok TV. kalau tak keseorangan lagi lah aku..haha. Enjoy lah. Ada usop Wilcha (tapi sekejap je dia kuaq). Then, rancangan tu best mase separuh masa kedua je kot. First2 cam bosan. Kumpulan Sepah macam biasa la, tidak mengecewakan. Jozan, bagi aku biasa-biasa aje. Nabil pula, best dengan lawak educated dia. Aku suka, tapi aku lagi suka kalau Nabil tak buat hal, bikin kontroversi ****.

Papepun, gudluck buat semua peserta. Peserta lain aku tak komen sbb aku tak rasa nak komen..haha (gila kejam ni). And right now, ulangan Tirai AF sedang bersiaran di astro ria. Best la ada Aznil..haha. Peserta punya persembahan, malaslah nak tengok..haha. Baik aku layan Yusry kat Muzik-muzik TV3, lagi encem..hehe.

Cuma satu aku mahu pesan. Akademi Fantasia dah pun bermula. Ingatan untuk anda semua peminat AF, termasuk lah diri ini yang sentiasa lalai dan lupa; buat sesuatu, jangan berlebihan..okay? maksud aku kat sini, agak-agak lah kalau nak kuar duit pi undi peserta kegemaran. Kalau pun minat sangat, minat gila nih, just pikir lah, diorang menang nanti sebab undian korang tu, nanti korang dapat ape je? tak de pe kan?

Undi satu dua cukuplah. Dan sokong je lah dari jauh. Doa banyak2 tuk kemenangan peserta kegemaran korang tu. Lagi best, jimat pun jimat...tehee. 

Berbalik pada tajuk utama, (eh baru nak masuk tajuk utama ke Belle?).. aku rasa kita perlu tengok AF sebab

  • ada Pak Nil..hehe
  • AF kan hiburan seisi keluarga. Gunakan AF untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tapi dengan syarat, tonton dengan family la, bukan sorang2 ye..hehe
  • kalau Mawi tak world dulu, aku rasa mak aku pun tak kan langgan ASTRO 
  • hah korang tambah la sendiri
p/s : Jom tengok AF malam ni (^__^)Y


3 comments:

Berita Bolasepak Terkini said...

huh! x minat lgsg af....

Anip said...

stuju! tak payah la undi bnyk2 plajar af tu. hehe

syanabel said...

Oh, tak pe tak minat..lain orang lain minat nya..huhu

tak payah undi, kite bakor je..haha :P

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...