Thursday, September 8, 2011

Belajar untuk lulus? Biar betul !

Assalammualaikum W.B.T.

Korang pernah dengar tak ayat ni :

"Belajar untuk diaplikasikan bukan hanya untuk lulus sahaja!"

Yes. Terima kasih kalau pernah. Tahu ke apa maksud dia? Even dalam Islam pun ada cakap :

"Ilmu, Iman & Amal"

Maksudnya, kita perlu mencari ilmu, percaya pada ilmu dan mengamalkan ilmu yang kita pelajari.

Tapi cuba tanya diri kita sendiri. Selama kita menuntut ilmu, apa tujuan sebenar kita belajar. Hanya untuk lulus dan mendapat gred yang cemerlang semata-mata ataupun untuk kita mengamalkannya pada masa hadapan?


Kalau tanya aku, aku akan jawab; aku belajar untuk lulus! Senang cerita, aku betul-betul belajar bila time dekat-dekat nak exam sahaja. Walaupun aku tahu, aku tak sepatutnya buat macam tu. Kita belajar bukan untuk lulus sahaja!

Tapi..

Semalam kan, ada la seorang pensyarah kolejku ini berpesan ;

"Sometimes we need to study to pass the exam. I know I should say the other way round .. But please learn how to pass your exam." -DR X

Jadi, agak-agaknya mana satu yang betul ni eh?

Apa yang aku faham macam ni. Kita belajar untuk diaplikasikan tapi pada masa yang sama kita juga perlu belajar untuk lulus. Sebabnya, kalau kita pandai mengaplikasikan ilmu, tapi kita tak pass exam pun tak guna juga. Jadi, haruslah seimbang kedua-duanya sekali. Sama lah juga, kalau kita pass exam, tapi secara praktikalnya kita tak tahu apa-apa..rugi lah kan :(
best ke main bola tanpa 'gol' ?

Faham ke tak ni? hehe

K. Cukup lah untuk hari ni. Jumpa lagi. Salam.

"It's not so bad to fail. As long as you know what to do next after failure hit you." -here

3 comments:

Anonymous said...

saya blajar tok pass exam saja...
lalala..

syanabel said...

yeay..kita geng!

qutil said...

saya belajar ke tak belajar, mesti tak pass, so saya malas nak belajar untuk pass exam huhu yang penting saya faham apa yang lect saya bebel sudeh huhu...

qutil.posterous.com

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...