Wednesday, September 28, 2011

Betul ke Lelaki tak nak isteri Doktor?

Salam sebagai pembuka bicara petang ini.

Sebelum debat bermula, jom baca entri dari Blogger Joe bertajuk;


Apa dia? Kome malas nak baca? Ish takpe! biar ku tolong rumuskan seperti berikut;

Antara sebab-sebab tak nak bakal isteri seorang doktor ialah..
  1. Pandai sangat susah jugak
  2. Doktor perempuan kebanyakannya failed bergaya
  3. Lebih lama di hospital berbanding di rumah
  4. Malam-malam tak nak peluk bantal peluk, nak peluk isteri!
Aku rasa, Blogger Joe ni belum tengok cerita 3Idiots ni..kan kan?


Jadi, sebagai wakil seorang doktor, seorang bakal doktor perempuan (insyaAllah), saya ingin membangkang sekeras-kerasnya point Blogger Joe di atas..lalala. Sebab apa? suka hati la kan.. lalala lagi :P
  1. Betul ke? pandai sangat ke seorang Doktor tu? Abes tu peguam, engineer camne plak? diorang pun dapat 4 flat jugak pe dulu :P 
  2. Tengok Blogger Fatin Liyana dah la.. lalala
  3. Sekarang dah guna system shift, mane ade on call lagi dah.
  4. No komen.
Jadi, sekali lagi saya Syafiqah, ingin menegaskan bahawa,
 never say no to DOCTOR!!
(^__^)Y

Berbalik kepada tajuk asal, betul ke Lelaki tak nak isteri Doktor? dari sudut pandangan seorang aku dan juga berdasarkan pengalaman seorang aku, aku boleh katakan yang.. Sesetengah tu ada yang betul dan ada juga tidak.

Tidak sebab..

Pernah je, seorang teman meminta aku mengesyorkan seorang rakan untuk dijadikan calon isteri. Nak cari Doktor katanya. Dan rakan itu bakal engineer waktu tu. Tapi aku tak pernah la buat macam tu kan, susah tugas mengkenen2 kan orang ni. Nanti berpisah, aku juga yang dipersalahkan..hmm

Betul sebab..

Aku pernah tersuka seorang jejaka ni. Dia bakal engineer waktu tu dan tua setahun dariku. Tapi aku agak terlewat sebab dia dah pun berpunya. Sampai sekarang, dia tak pernah tahu perasaan aku yang sebenar (eh macam dah lari tajuk je ni)

Nak dijadikan cerita, aku dan dia berkawan baik sampai sekarang. Bila aku ada masalah mesti cari dia. Satu hari ni, aku tertanya dia satu soalan. Boleh jadi ke ek kalau Doktor bercinta dengan Engineer? Dia pun dengan panjang lebarnya menjawab soalan itu. Siap cerita kisah lalu dia lagi. Semangat hah! Cerita pasal dia clash dulu sebab berlainan pendapat.

Tapi, punya lah panjang lebar dia terang, last2 jawapan dia adalah TIDAK! dengan alasan;

"aku rasa Sains Fizik & Sains Hayat takkan pernah bersatu!!!"

Tuhan je yang tahu betapa kecewanya hati ini waktu tu.. T___T 
*ok sila nanges sekarang!*

Bila dengar kenyataan dia, aku jadi takut. Betul ke?? alamak! InsyaAllah kot, takde pape :)

Dan pernah gak seorang teman wanita bertanya kepada ku, "budak medic ni memang busy ke?" Aku terus terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Apa yang aku boleh nasihat sebagai kawan, dia kena banyak bersabar. Kena tahan sikit la...hehe. Biar si dia busy dengan study, asalkan bukan busy benda lain, dah la :)


Lagi satu kan, apa yang aku perasan lah. Antara alasan popular Lelaki bila ditawarkan bakal isteri seorang doktor ialah;

"aku mane layak dengan Doktor..aku keje kat kilang je."

ah, sangat geram bila dengar kenyataan macam tu. Wahai jejaka sekalian, dah tahu macam tu, tak boleh ke tanam azam usaha lebih sikit? mane tau kan, dari pekerja biasa, boleh jadi pengurus kilang, pastu buka kilang sendiri pulak. Wahh.. Hendak seribu daya, tak nak..kome sambung la sendiri...lalala

so, it depends actually. Lain orang, lain pandangan.


Senang kata, ajal maut jodoh semua ditangan tuhan. Siapa la kita untuk menidakkannya. As for me, memang la, kalau boleh nak sangat dapat jodoh yang kerjanya sama bidang dengan kita, tapi kalau dah takdir nya bukan begitu..apa boleh buat? kan?


Kepada Blogger Joe, entri reply ni direka suka suka je tau. I know, you pun cuma nak melawak gak kan?? So, no hard feelings ok~ Good entry by the way!

Terima kasih sudi baca sampai habis.

Salam.


9 comments:

adrinaqamarina said...

part 4 point atas tu pon, rina tepikir macam akak jugak. hehehe. sebab budak medic zaman batch sekarang ni, rasa macam dah pandai begaya kan. theheh.


pernah kena reject dengan engineer secara tak langsung sebab macam tu jugak, patah hati dalam diam je la.


sebelum fly dulu pon, dah kena tinggal sebab nak amek medic, tapi yang penting, rina takkan tinggalkan apa yang rina suka ni semata untuk dia~


:)

syanabel said...

aah, dak medic skrg da advance..hehe

insyaAllah..semoga Rina bertemu jodoh yang terbaik :)

joegrimjow said...

no no no to doctor. haha

syanabel said...

ok fine! haha

Anonymous said...

haih, tak payah la nk compare real life dgn movee 3 idiot tuh.. pas tu in case in future dah dapat hubby, tak yah la nk tnjuk pandai kat dieorg.. blagak bodo jek.. that's how u as a doc nk jaga relationship.. btw, for real u nk ke laki keje kilang jd hubby haha..

Nadhirah said...

Assalamualaikum.. Tumpang tanya, sistem shift tu macam mana eh? Apa makaud dah xde on call?

Nadhirah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nadhirah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
syanabel said...

Anon : hehe minta dijauhkan =)

NT : hurm saya pun tak berapa sure dengan system shift HO sekarang ni. Nanti kalau dah kerja saya bagitahu ea. sorry..

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...