Sunday, June 10, 2012

Kenapa takut cakap TAK ??!!

Situasi 1;

"eh jom teman aku gi shopping petang ni?"

"em.. bole la. Jam berapa nak pergi?"

Tapi sebenarnya dalam hati meraung-raung cakap tak nak sebab ada hal lain .
Komen : Kenapa takut sangat nak cakap TAK, TIDAK, Tak Boleh or sebagainya? Susah sangat ke? Tak ke menyusahkan diri namanya tu..aigoo

Situasi 2;

"eh, kau pergi tak reunion esok? jom kita pergi sama-sama?"

"Tak, aku tak pergi."

"Tapi kenapa? alaaaa.."

"Sorry sebab aku kena duduk rumah jaga kucing aku nak beranak. Lagipun aku kena ambil adik aku balik dari sekolah petang ni. Maaflah aku memang tak boleh nak keluar. Mungkin lain kali ok?."

"Alaaa, alasan.. kita putus kawan!"

"erk..hello, hello ?? Camne nih?"

Alrite. Memang molek dah alasan yang diberi dan tahniah kerana anda telah berbohong sunat. Yela sebab, yang  sebenarnya anda segan nak ke reunion; nak elak jumpa Mr X, cuma malu je nak cakap kat kawan tu =)

Komen : Just cakap TAK sahaja sudah memadai. Tak perlu tambah penerangan, eg: 'Sorry sebab aku kena ... bla bla bla. Ada banyak sebab kenapa aku berkata begitu. Cuba cek satu-satu,


  1. Kalau betul kawan kita itu memahami kita dan dia seorang yang optimistik, mesti dia tak akan tanya banyak punya. Tidak is Tidak. That's it!
  2. Alasan yang diberi itu jelas menunjukkan kita dihurungi perasaan bersalah. Buat rileks sudah. Tidak perlu hendak rasa bersalah sangat di atas perkara yang simple, buat serabut otak kanan & kiri je nanti.
  3. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Sama lah seperti jika kita memberi alasan selepas perkataan TIDAK itu dilontarkan, pasti sahaja rakan kita itu akan sedaya upaya menghapuskan alasan itu dengan memberikan idea yang cukup bernas.
  • sebagai contoh : Eh awak, kita tak boleh lah keluar makan dengan awak malam ni, sebab mak kita tak kasi keluar malam-malam. Kita perempuan dan kecik lagi ^.^
  • idea bernas : Ok kalau macam tu kita keluar sarapan roti canai sama-sama pagi esok, boleh kan?
Tapi cuba kalau korang tak kasi alasan pape, cuma cakap macam ni;
  • Eh awak, maaflah kita tak boleh keluar makan dengan awak malam ni.
Haa, rasa-rasanya akan timbul tak idea yg cukup 'bernas la sangat' seperti ajak sapan roti canai pagi2 tu? tak kan? Ya, mungkin lah orang tu akan fikir macam-macam pasal kita tapi sekurang-kurangnya kita dah selamat daripada satu situasi sukar di mana terpaksa keluar berdua dengan orang yang kita tak pernah suka..aha. bijak kan I? tq..hehe

Moral of the story : NO is NO, Say No when appropriated & Never be afraid to say NO to others! 
Belle : Tips ini sangat-sangat tak sesuai untuk diaplikasikan kepada Ibubapa, Sultan, Perdana Menteri, BFF, Suami and last sekali adalah bos anda. kalau berani, cuba lah tapi jangan link kan kat blog ni k? tq =P

2 comments:

Sharkyra Kid said...

tapi, kenapa bertanya kenapa kalau taknak diberi alasan?

*merujuk kepada situasi 2* ;p

syanabel said...

mungkin fitrah manusia itu sendiri yg suka bertanya dan sentiasa ada sifat ingin tahu kenapa..aha

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...