Saturday, June 9, 2012

5 Salah Anggap Yang Biasa Terhadap Industri Filem Malaysia

Salam. Entri ini ditulis oleh Penulis Jemputan Ammar Latiff, tuan punya Blog Malaya Film. Ammar Latiff merupakan Penulis Jemputan pertama untuk Blog syafiqa-belle dan entri ini merupakan entri yang pertama.

Jom kita baca sama-sama entri yang menarik ini !



Sejak berdekad lamanya, filem dari Malaysia kerap kali mendapat persepsi negatif daripada rakyatnya sendiri. Tujuan artikel ini sekadar hendak berkongsi pandangan dengan harapan kita sama-sama membuka mata dan fikiran. Kalau ada yang tidak berpuas hati, saya sangat berbesar hati untuk membaca pendapat anda semua di ruangan komen di bawah.

1. Filem Malaysia = Filem Melayu!

Baru-baru ini saya ada membuat program penulis jemputan di blog saya. Sambutan agak kurang memberangsangkan, tapi tak mengapa. Cuma yang sangat merunsingkan saya adalah maklum balas yang diterima.

Rata-rata rakan yang saya jemput untuk menjadi penulis jemputan bagi respons lebih kurang macam ni, “Sorrylah Ammar, aku dah lama tak tengok filem melayu.”
Ada dua perkara yang buat saya sedih bila dapat respon macam tu. 

Pertama, memang nyatalah filem melayu kurang mendapat sambutan dari orang awam.Kedua, setelah bermacam-macam kempen kesedaran dah dibuat, masih ada lagi yang berfikiran Malaysia=Melayu. Saya bukan nak cakap pasal politik sangat, tapi macam pengetahuan umum kot Malaysia ni rakyatnya berbilang kaum.

Antara filem bukan berbahasa Melayu dari Malaysia yang dah pecah pasaran antarabangsa adalah SeeFood dan Petaling Street Warriors.


2. Semua filem dari Malaysia takde kualiti!

Dulu saya pun fikir macam tu juga. Rasa macam filem Malaysia ni tak berbaloi nak tengok kat wayang. Trailer dan promosi gempak haram, tapi bila tengok jalan cerita entah apa-apa. Pelakon2 jadi popular sebab gossip, bukan sebab bakat. Kualiti gambar dan bunyi pun kadang-kadang macam tangkap muat sahaja.

Tapi persepsi saya berubah serta-merta selepas tengok wayang Songlap akhir tahun lepas. Setiap sen yang saya bayar untuk beli tiket filem tu rasa sangat berbaloi. Saya tak tahu anda semua dah tengok filem tu ke tak. Kalau belum beli yang ori sahaja yer, saya boleh jamin kepuasannya.

Pada pendapat saya, memang ada filem tempatan yang saya kira boleh setanding dengan filem import. Tapi mungkin kita terlepas pandang sebab ditimbuni oleh filem-filem sampah yang dikeluarkan saban tahun.

3. Pelakon-pelakon filem hidup senang-lenang!

Mungkin ada di antara kita yang berangan untuk hidup dalam dunia glamour dan mempunyai harta yang banyak sebagai artis di Malaysia.
Tapi realitinya, kebanyakan artis kita seperti bergantung harap kepada producer dan pengarah untuk memenuhkan periuk nasi mereka. Kerap kali apabila bajet tak cukup, bayaran untuk pelakon la yang akan menjadi sasaran untuk dikurangkan. Pelakon kat Malaysia ni pun bukannya banyak sangat pilihan, so terima sahaja lah.

Namun ada artis yang berjaya mencipta kekayaan, tapi mereka ni kaya pun sebab pandai memanipulasi populariti mereka untuk masuk dalam dunia perniagaan. Kalau nak berharap pada berlakon jer, tak dapat la kot.

4. Filem Malaysia susah nak dapat kutipan tinggi sebab orang dah jemu nak tengok!

Perkara ni telah dikongsikan oleh pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki dalam blog beliau Boboi.
Mungkin tak ramai yang tahu pasal ‘Skim Wajib Tayang’ yang diperkenalkan oleh FINAS. Secara amnya skim ni mensyaratkan supaya filem buatan Malaysia diberi masa 2 minggu tayangan di dewan yang besar sebelum di downgradekan ke dewan yang lebih kecil atau dihentikan tayangan sama sekali. Ini dengan alasan untuk memberi laluan kepada pembuat filem tempatan lain yang mungkin baru nak naik.


Memang tak dinafikan industri filem Malaysia perlu diselamatkan dengan regulasi tertentu agar tidak didominasi oleh filem luar Negara. Tapi skim wajib tayang ni terlalu ketat dan tidak fleksible sehingga secara tak langsung boleh melembapkan ekonomi dalam industri filem tempatan.

Sampai sekarang saya masih terkilan tak dapat tengok cerita Nasi Lemak 2.0 kat wayang. Ingatkan bila dapat sambutan menggalakkan, lama la cerita tu ada kat pawagam. Tapi bila time nak tengok, rupa-rupanya filem tu dah takde dah “untuk bagi laluan kepada filem Malaysia yang lain.”

5. Filem Malaysia takleh pergi jauh!

Siapa kata? Filem SeeFood sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Petaling Street Warriors pun dah berjaya menemui pasarannya yang tersendiri.

“Tapi filem tu dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin, boleh la dapat sambutan di luar negara. Filem Melayu setakat jaguh kampung je la..”

Mungkin ada betulnya, tapi kalau kita lihat dekat Malaysia ni banyak jer hiburan dalam bahasa yang hanya segelintir kita sahaja yang boleh cakap. Tapi hiburan seperti ni boleh meletup dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Jepun, Korea, negara-negara Amerika Selatan, malah drama dari Thailand pun kerap kali di tayangkan di televisyen.

Tak lama dulu filem Bunohan mendapat respons positif dari pengkritik seni filem sewaktu ditayangkan di karnivel filem Cannes. Tapi sayang, mungkin takde yang pandai nak ambil peluang untuk memasarkan filem tu di luar negara.Bahasa bukannya penghalang. Apa yang kita perlukan adalah strategi pemasaran terkini yang agresif dan berkesan.

No comments:

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...