Tuesday, June 12, 2012

Keywords yang kelakar : KSSU & RCMP

salam

Untuk pengetahuan, aku baru sahaja meletakkan semula Iklan Nuffnang di Blog ini setelah membuangnya hampir dua bulan yang lalu. Antara sebab aku membuangnya ialah fed-up dengan duit yang tak pernah nak bertambah. Sebab meletakkan semula pula ialah _____ . Hmm nanti-nanti lah aku bagitahu kenapa. Kalau aku rajin aku buat satu entri khas untuknya.

current earnings
So, bila dah seminggu Nuffnang berada di Blog maka aku pun rajin la menge-cek statistik blog aku di situ. Antara info yang ada ialah Keywords! Pada yang tak tahu, keywords ni merupakan kata kunci yang ditaip dicarian Google dan atas sebab keywords itu jugalah blog ini sentiasa ada pengunjung walaupun tiada update terbaru daripada tuan punya belog. Google memang kacak orangnyeee..

Jom cek antara keywords yang tersenarai, untuk hari ini sahaja;



Ok, tak cukup kelakar ke? maaflah. Nak kelakar, pi google kat youtube, cari lah super spontan..hehe

Aku berminat nak ulas tentang 2 keywords terakhir tu iaitu tentang KSSU & RCMP. 


1. KSSU is stands for Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur. Aku rasa aku tak pernah update pape lagi tentang KSSU untuk tahun 2012 ni. Jadi maaf ea kalau ada yang terklik ke blog ni tapi tak jumpa pape tentang KSSU 2012. Tapi sebab aku ni baik hati kan.. nah, ni ada link untuk tahu lebih lanjut tentang KSSU 2012 yang akan berlangsung di UniKL-MSI, Kulim Kedah pada 24-28 Jun 2012 ini. Jangan lupa cekidaud!

2. RCMP is stands for Royal College of Medicine Perak atau dalam bahasa melayunya adalah Kolej Perubatan Diraja Perak. Yep, hari ni memang ada interview untuk intake baru student MBBS Unikl-RCMP. Aku sendiri pun baru tahu selepas ada kawan bertanya tentang RCMP, dan rupanya adik dia dapat panggilan interview daripada RCMP. Tak banyak yang aku dapat tolong sebab aku sendiri kurang arif tentang sistem akademik RCMP yang baru and tak amek port sangat hal-hal ni. Yang aku tahu pergi kelas, pergi hospital and balik rumah..hehe. Sorry ye kawan =( 
  • Untuk tips interview, just be confident. Antara soalan yang aku ingat masa kena interview dulu ialah, "kenapa awak nak jadi DOKTOR??" Yang penting jangan jawab sebab nak tolong orang, sebab tukang interview tu mesti dah bosan punya asyik dengar jawapan yang sama jek. Lain-lain, dia just akan borak2 je dengan uolls and aku rasa mostly semua yang dapat interview akan lepas punya. insyaAllah!
  • So far, dah hampir 5tahun aku kat sini; Pendapat aku tentang RCMP ialah good! 
  • Kolej RCMP ni cantik walaupun kecil, hospital dekat sangat-sangat dengan kolej, student pun takdelah ramai mane, lecturer baik-baik belaka, pinjaman MARA ada disediakan, Yuran pengajian pun mampu bayar la cuma awal-awal tu memang sakit sikit nak bayar and sewa rumah berhampiran kolej okla walaupun ianya agak mahal. Ipoh best, tak busy sangat, tak kampung sangat. Just nice (^__^)~
p/s : Pada hari Sabtu ni ada HARI TERBUKA UniKL-RCMP. Mai lah datang ramai-ramai. Ada Sham Kamikaze kalau tak silap..tehee =)

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...