Sebuah segmen pemanas jiwa dari aku khas untuk blog blog yang berminat nak memanaskan kerusi masing masing .. Eceh ... Sebenarnya ini hanyalah sebuah segmen suai kenal untuk bulan MAC 2011 .. Pasti ramai blog blog baru kan ?
Syarat ? TERBUKA UNTUK SEMUA ... Amacam ? Berminat ? Tak susah pon ... sangat mudah .. Tapi yang dah join semalam , tak yah la yer.. kasi kat orang lain lak ..
Cam biasa , buat satu entri khas ...
- Sila letak header BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk : AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ?? dan linkkan ke entri ini ..
- Berikan satu cerita yang menginsafkan korang tentang kematian yang boleh dikongsikan bersama pembaca blog korang dan juga pembaca baru ..
- Tinggalkan link diruangan komen entri ini..
Tu jeee... cepat cepat .. Tutup ? Esok !!! Grrr....
cerita bermula ..
Aku kenal dengan arwah pada tiga tahun yang lalu. Arwah (lepas ni dipanggil F) merupakan rakan sekuliahku di kolej aku belajar kini (Royal College of Medicine Perak-UniKL). Aku start rapat dengan F selepas dia minta aku carikan tempat tinggal kerana F terpaksa berpindah rumah. Ye lah, kami dikolej swasta tidak dibekalkan asrama .. (T_T). Rumah F yang sebelum ni agak mahal sewanya.
Selepas tu F berpindah ke rumah sewa rakan ku yang kebetulan sedang mencari teman serumah. Ye lah, murah sikit jika duduk berdua. F ni perempuan, bukan lelaki okay. Kami mula rapat. Mula-mula impression aku pada F, eh dia ni boleh tahan kerek gak. Tapi dah lama kenal, ok je lah. Kesimpulan; jangan cepat judge orang! kenal dulu (^__^)
Tapi, tak lama lepas tu F berpindah ke rumah lain. Biasa lah, dalam berkawan pasti ada konflik. Hubungan aku & kawan-kawan rapatku dengan F mula renggang. Dah tak macam dulu. Kami hanya berjumpa di dewan kuliah dan kalau berjumpa, setakat say 'hye!'. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin dah tak duduk serumah. Sebab aku suka lepak kat rumah yang F dan rakan ku sewa tu. Apartment mewah! hehe
Nak dipendekkan cerita lagi, lagi sebulan je lagi kami nak menduduki final exam tahun dua! Malam tu, aku tengah sedap-sedap mimpi ni, putera impian yang kacak datang dengan kuda putih nak bawak aku kahwin lari kat India .. haha. Then, tiba-tiba,
"kring kring kring" telefon ku jawab dengan mamai nye
"ye, sape ni?"
"Pika, F. F baru meninggal."
"F? siapa f?" orang tengah mamai mane nak ingat ape-ape
lepas tu kesian kawan aku kena explain panjang lebar siapa F kat aku. Dan betapa terkejut nya aku dengar berita tu. Ya Allah, kawan aku. Baru minggu lepas aku berbual dengan dia. Tahun lepas aku tidur berbaring sebelah dia. mendengar celoteh dia yang kadang-kadang tak terlayan.
Ya Allah kenapa begitu cepat kau ambil nyawanya. Pada usianya yang sangat muda. ah...Tak puas aku nak mengenali dia dengan lebih lama. Tak sempat aku nak minta maaf padanya untuk segala dosa yang pernah aku buat padanya sepanjang aku mengenalinya Ya Allah. Kasihan nya F.
Keesokan harinya, aku dapat tahu berita sebenar tentang punca kematian Arwah. Aku hampir menangis bila mendapat tahu yang beliau kemalangan dalam perjalanan pulang ke Ipoh dari Kuala Lumpur. Bertambah malang, adiknya turut terbunuh dalam kemalangan kereta yang dipandu oleh ayah F. Dan, menurut beberapa rakanku yang pergi melawat, arwah meninggal dalam keadaan yang mengerikan.
Ah tak mahu aku ingat. Rakan-rakanku yang berkesempatan pergi melawat ke Pulau Pinang memberitahu, ayah F masih trauma dengan kejadian yang meragut dua orang anaknya sekaligus. Malam esok nya, kami beramai-ramai membacakan Yassin untuk Arwah.
Ah tak mahu aku ingat. Rakan-rakanku yang berkesempatan pergi melawat ke Pulau Pinang memberitahu, ayah F masih trauma dengan kejadian yang meragut dua orang anaknya sekaligus. Malam esok nya, kami beramai-ramai membacakan Yassin untuk Arwah.
Kini hampir genap setahun rakan ku itu pergi menemui Illahi. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Maaf kan salah silap aku F! Doakan kami semua, rakan-rakan sekuliah mu berjaya menghabiskan pengajian kami selama 5tahun di RCMP ni. Aku sentiasa rindu kat kau tau (^__^).
cerita tamat...
[ mengingati mati itu perlu .. sekian ]
[ mengingati mati itu perlu .. sekian ]
A credit to [her] kerana memperkenalkan segmen ini kepada ku
6 comments:
Singgah dari blog bro ben..
"nice entry... jom ktahui plbagai info mngnai dunia n akhirat di blog prince.... :)"
singgah n follow dari segmen abg ben
salam perkenalan
sdihnyer cite nie..
semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan org2 yang beriman...
yang hidup pasti akan mati...moga kita suma mati dlm keadaan beriman pd Yang Maha Esa
pernah facing lebih kurang this situation... perit & pedih. takes time to recover..
Post a Comment