Sunday, December 19, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Assalammualaikum W.B.T.

( comel la gambar atas ni )

Pandangan saya tentang menutup aurat :

Tak dinafikan, menutup aurat ni.. memang tak semua orang boleh buat. Ada yang kata senang ada yang kata susah. Ada pulak, kadang2 tutup, kadang2 tak. Kenapa kan? kenapa ada yang boleh tutup, ada yang tak. Bukan ke sebagai orang Islam, kita diwajibkan tutup aurat??! Dan kita sendiri dah pun diajar dari kecil akibat daripada tidak menutup aurat. Berdosa bukan. Tapi kita still buat juga. 

Kadang2 aku sangat tak faham !!! 

Mungkin diorang ada sebab diorang sendiri. Aku hormat sebab tu. Kita, sebagai saudara seAGAMA, doakan je lah yang terbaik untuk diorang. Mungkin juga ilmu menutup aurat tak disampaikan dengan baik pada diorang. Tengok je lah fesyen islamic zaman sekarang. Tutup, selubung satu badan tapi tak betul2 mengikut syarat yang Islam dah tetapkan.

Akhir bicara, tutup AURAT bagi aku..bermaksud.. (bagi perempuan la ye) .. bila  mana, kita menutup semua aurat kecuali muka dan kedua belah tapak tangan. Kaki tu, aku pun jarang tutup gak (T_T). Pesanan aku buat kaum sejenis juga diri sendiri..
  • bila bertudung tu, biar lah tutup dada tu. Orang lelaki suka tengok yang tu. tak yah besar pun tak pe, kupu2 pun jadi lah :)
  • Pakai baju plak, biarlah tutup sikit punggung tu. Tak best la menjadi tontonan awam. Cukup lah suami kita je yang tengok. 
  • Pakai baju tu longgar la sikit, jangan ketat2..mmg la cantik nampak shape tapi tak manis lelaki 'miang' tengok...bahayaaaa..ngee
Aku pernah tau cuba menegur seorang teman, menyuruh beliau memakai tudung. But then aku tak berjaya pun. Mungkin usaha aku kurang ikhlas. Dan satu hal yang aku belajar, bukan senang tuk kita nak ubah seseorang. Jangan sesekali nak paksa orang tuk dengar nasihat kita. Cuba bersabar dan tawakkal pada Allah. Kita dah berusaha, sama ada beliau nak ubah atau tak, terserah pada diri beliau sendiri :)


........
..

Jom ramai-ramai Join Kempen nih dari blog ThePotPetKing

Belle ': Slogan untuk hari ni 'Body kita hanya untuk suami kita!'

2 comments:

asyfiqaz said...

thanks for supporting!
moga usaha kita diberkati Allah =)

baek pnye slogan yek! body kita utk suami kita..hahah

SyafiqaNabila said...

you are welcome..
InsyaAllah..

hehe..slogan dapat masa zaman sekolah menengah dulu :))