Terbaca segmen tentang IBU. Tiba-tiba rindu Mak.. dan jariku pantas je
menaip sebuah entri khas untuk Ibuku.. HAWA bte SAHALAN
Kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu
- Kenangan apa ek? macam tak mampu nak recall sebab terlalu banyak. Ke takde langsung ek? Masa kecik-kecik dulu banyak la. Sekarang dah jarang ada kat rumah. Balik kampung pun sekali sekala. Tambah pula sejak form 1 lagi aku dah duk asram..hmm
- Kenangan paling pahit, mak pernah tampar kami adik beradik sebab kelakuan kitorang yang sangat memalukan. Mak memang garang, err silap, tegas. Masa tu time raya, kitorang dapat duit raya terus je bukak sampul dia depan tetamu yang bagi kitrg duit raya tu. Mak marah sangat masa tu. Dalam bilik, kami terus kena penampar free.
- Tapi kami tahu mak buat benda tu bersebab. Mak tak pernah ajar kami adik beradik jadi gelojoh macam tu. Dan Alhamdulillah sejak hari tu, kami adik beradik tak lagi terkejar-kejarkan duit raya. Bukan kerana takut kena tampar lagi, tetapi demi jaga maruah keluarga =)
- Kenangan manis? Em kami banyak habiskan masa bersama kat dapur lah, dengan Mokde sekali, ibu sedara ku yang duduk sekali dengan kami. Mokde ni tak berapa sihat pendengarannya. maklumlah dah berusia. Bila jerit tak dengar, bila bisik dengar pulak. Kelakar sangat. memang kecoh la dapur dibuatnya..hehe
Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?
- Sama je dua dua pun.. titik! Oh tapi aku pernah dulu, perlu membuat satu keputusan penting dalam hidupku. Ternyata aku lebih memilih cadangan Mak berbanding Ayah.. hmm
Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?
- Tidak mungkin. Selagi mampu, nak jaga diorang sampai ke akhir hayat.. InsyaAllah!
Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..
- Diorang ni kan sama ada mempunyai masalah mental ataupun tak pergi sekolah masa kecik-kecik dulu. Jadinya penyelesaian terbaik, haruslah menghantar mereka-mereka ini ke pusat terapi psikiatrik dan sekolah kan mereka kembali. InsyaAllah tahu lah diorang macam mana nak behave properly and hormatkan mak bapak yang dah susah payah jaga dan lahirkan diorang.
# Salam Mak, andai aje mak baca blog Nabila ni, Nabila nak bagitahu kat mak yang Nabila bangga ada mak macam mak. Mak bermula dari bawah, menjadi seorang jururawat biasa, seterusnya menjadi Sister dan kini mak berada di puncak kejayaan sebagai Materon. Tahniah Mak! I want you to know that, you really inspired me to become a great doctor one fine day.. InsyaALLAH. I LOVE YOU MAK!
12 comments:
nice story
hargai ibu anda selagi mereka masih hidup
wahh, gigih betul mak kamu kan? mesti bangga sebagai anaknye..:)
meh ke rumah..
~little newborn~
keep in touch ye..♥♥♥
syurga dibawah telapak kaki ibu..hargailah jasa mereka selagi hayat mereka masih ada... =D
salam singgah n follow!
memang sedih bila bercerita tentang ibu jadi hargailah ibu kita selagi dia masih ada..
selamat berkenalan.
singgah dari segmen BA n terus follow kamu ^^
kamu sangat manis macam ibumu..harap kamu segigih ibumu juga..
sayang tak sempat nak join segmen ibu
jemputlah singgah
http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/love-sweetheart-ben-ashaari-vs-arnold.html
habiskn mase ddapur...wahh mst pakar masak nei
@Rozuan : Betul tu, sumbanglah bakti & budi selagi boleh.. Thanks~
Dda Ly : Yup bangga sgt tapi to be honest, dia tak pernah tahu..sbb ku tak pernah bagitahu..hehe
@ Cik Sue : Syurga itu, di telapak kaki.. IBUUU..lalala..terngiang2 lirik lagu tu..hehe
@ mas saari : Thanks. Ibu dan air mata tak boleh pisah kot. Bila kenang mak kat kampung, mesti rindu. Bila dah balik kg, tak pulak rasa gitu..hehe
Diari-selebriti-mama : Saya pun harap saya segigih ibu saya.. doakan kejayaan saya tau ;)
Predictor : eh tak de lah. Tak pandai mane pun. Kalau kat dapur, tolong potong sayur je..yg masak nyer mak ngan mokde..hehe ;)
Post a Comment