Saturday, June 11, 2011

Review Sepah l Maharaja Lawak Minggu ke - 11 [bunuh diri]

Baru hari ni nak buat post pasal Maharaja Lawak ???
dah minggu ke - 11 dah kot Belle ..uh
Zass .. (^_^) layan~



Shuib : ok..ok..kau tipu aku eh, kau hina aku.. takkanlah disebabkan aku makan cicak kau clash dengan aku. [sambil kamera tunjuk kat Sarah]. *penonton bersorak. "sayang menyayang, cinta dikenang" Aku nak bunuh diri aku hari ni. .. ya Allah tingginya, OMG ! *penonton bersorak. aku tak peduli..

Jep : Eb, Eb sabar Eb. Pikir masak-masak dulu. Jangan buat benda yang bukan-bukan

Mamat : Entah Eb, takkan sebab putus cinta nak bunuh diri. Mana akidah kau Eb?

Shuib : Engkau berdua diam boleh tak, aku tak boleh nak terima kenyataan..

Jep :Ala kau kena terima kenyataan, memang rupa kau takde rupa Dafi

*penonton bersorak !

Mamat : Eb, Eb..

Shuib : Kau diam, kau diam, kau tak tahu apa yang ada pada Dafi tu

Jep : Ei ei aku heran la apa yang ada pada Dafi tu?

Shuib : Dafi ada baik punye!

*penonton bersorak

Jep : Shuib, sabo Eb, ko sebelum buat pape, ko fikir masak-masak dulu Eb. Ko tak dapat pikir masak-masak, setengah masak pun jadi Eb. 

Shuib : Kau ingat aku telur? Aku lompat kang.

Jep : Ei jangan jangan jangan. Ala Eb..

Shuib : Aku tak kira !!!!!!!

Jep : eh memang kita tak suruh kau kira. Takyah. Takde. mana ade kira, takde. Takyah.

*penonton bersorak!

Shuib : Ko jangan nak maen-maenkan aku, aku lompat kang

Jep : Tak tak. Balik rumah aku belikan Tora ke Dendang main nak? *penonton bersorak. ei ei pikirla masak-masak, kita ada agama. ko ingat kau ada mak bapak lagi tau. ko ingat lagi satu tu..

Shuib : ingat ape?

Jep : ingat yang kau ade hutang aku, belum bayar lagi tu

*penonton bersorak

Shuib : itu pun nak ungkit..uwaa

Mamat : lagi satu Eb, ko jangan lupa. jangan lupa kau tu nak jadi pengapit aku. Kalau aku kahwin siapa nak jadi pengapit aku?

Shuib : sebab tu aku menyampah tengok muka kau, kau rampas awek aku

Jep : kau yang amek Sarah? eh? tak tak

*Penonton bersorak

Mamat : er er er. Rezeki. Aku amek je.

Jep : Dah dah dah la. Alamak, macam mane ni?

Shuib : Ei ko nak berbual ke ape kat sini? Aku terjun kang

Jep : Eh tak tak, tinggi tu. Ingat kita ada agama tu. Gayatnye. Tinggi tu.

Shuib : Aku terjun, aku terjun, don't touch me, don't touch me

Jep : Sabo Eb. Sabo. Kita ada agama. Betul ke ko nak terjun ni?

Shuib : ye la!

Mamat : Eb, masuk neraka Eb

Jep : Kalau betul ko nak terjun, haa terjun je la [Jep menendang Shuib jatuh ke bawah pentas]

*penonton bersorak & memberikan tepukan gemuruh

___________________________________________________

Aku sokong Sepah! Lawak yang bermoral, asli dan kemelayuan. Suka Sepah berbanding yang lain-lain. Tapi aku rasa dah tahu dah siapa yang akan menang Maharaja Lawak kali ni. Tentu lahh Jozan. Dan tak dinafikan, minggu ni lawak diorang memang the best, sangat kreatif! Dah la best, lawak, popular, dan juga paling 'senior'. Senang cakap, cukup lah semua kriteria untuk jadi juara..hehe

So, untuk minggu ni, kedudukan carta dari aku ;

1st - Jozan
2nd - Sepah
3rd - Nabil
4th - Jambu
5th - R2

belle' : aku tak pernah sms undi untuk AF, mentor or raja lawak. Tiba-tiba terasa nak undi untuk Sepah. berbaloi tak agak2? hmm

1 comment:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Hidup orang Johor! Heehee. Akak pon suka sangat Sepah. Lawak dorang ada value, ada mesej. Which is memang best. ;)

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...