Monday, June 6, 2011

Panas panas panas! 3 karipap singgit!

Salam. {waktu sekarang adalah jam 10.30mlm}

Panas!. Perkataan panas sangat sinonim dengan kita kan sejak kebelakangan ni. Tapi alhamdulillah, semalam Ipoh dituruni hujan renyai-renyai sepanjang malam semalam tanpa henti kalau beta tak silap. Sedap betol tido, lepas tu nak bangun pagi pergi ke kelas punyalah payah. haa siapa lagi kalau bukan si Belle ni hah. haha. Ala, geng-geng sekuliah dan sekolej aku pun sama gak kan? korang jgn tipu ea.


Kenapa panas yang aku jadikan sebagai isu sekarang ni? 

sebab pertama! em aku bukan apa, aku kesian kat kulit muka ni, burn gak ar kena panas petang-petang hari-hari. Panas tu, panas terik plak tu, panas yang macam matahari sejengkal je kat kepala tu, tau tak? {erk kenapa mcm hyperbola je ayat ko ni Belle}

sebab kedua! mengganggu ketenteraman malam akibat bahang yang teramat sangat. Tak selesa sangat bila berpeluh-peluh time nak tido. Time tu, terpaksa lah 2-3 kipas meja dihidupkan demi mendapatkan tidur yang tenteram. Makanya, bil elektrik pun melambung, haishh.

cukuplah dua sebab tu je aku kasi. Yang penting, sekarang ni memang panas panas dan panas. Nak puasa pun boleh terbatal niat. Hmm, walauapapun, kita redha je lah dengan cuaca yang Allah dah beri ni. Anggap yang ianya ada hikmah di sebalik semua ini. Contoh! best kalau basuh baju ni, cepat betol kering..hehe. Nak basuh toto, karpet pun sangat sesuai, kan kan?

Ok, cukup ar dah bebel pasal panas. Sebelum hati-hati korang panas sebab baca bebelan aku tadi, jom kita dengar lawak yang ku petik dari majalah Remaja ni {ye, aku still membaca Remaja walaupun aku sedar aku bukan lagi remaja..haha}

Tajuk : 3 Karipap Singgit!


Seorang murid darjah 2 ditanya oleh guru matematiknya..

Cikgu : Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga bagi tiga biji karipap?
Murid : Singgit (RM1), cikgu! (jawabnya dengan penuh confident)
Cikgu : salah! cuba faham soalan cikgu betul-betul. Mari cikgu terangkan semula ya. Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga bagi tiga biji karipap?
Murid : singgit (RM1), cikgu!!

CIkgu yang mula hilang sabar berkata, "salah tu!" sambil membuatkan carta matematik  di papan hitam.

Jawab murid berkenaan, " Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata, 'kuih karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!' "


{waktu sekarang adalah jam 11malam} >>>> bermakna aku ambil masa setengah jam untuk siapkan satu entri? lama gak tu. pasni akan cuba kurangkan jadi 15minit je =)

3 comments:

vampire's lovex said...

memang panas gila skg,tapi sedap gila bila dapat kipas ke air cond,pehh rasa xnak bangun dri tdo dah.. haha..

kensian ckgu tu..tny la bnda lain,karipap dia g buat soalan,kompius budak2 yg selalu beli karipap pagi2. haha

Jo Qusary said...

hohohooo... aku pasang aircon je dlm bilik bila panas... sila jgn jeles :P

betul apa 3 karipap singgit, makcik jual kuih kat kantin tu pun cakap benda yg sama...

Mahfuzah said...

rosak ler hbis term mathematics... haish... so, cikgu maths kene ajar biz (marketing) + math pd students.. coz, baru la students phm knapa makcik jual karipap tu jual
1 karipap =40sen & bila jual
3 karipap=RM1.00... students skang makin advance.. so, cikgu2 maths pun kene la advance! so, Hidup Matematik!!!

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...