Monday, November 29, 2010

Kalau aku diberi pilihan, aku nak..

.. buka kedai SPA! 

Maaf sekiranya Tuan Blog agak tiba-tiba di situ. Salam petang Isnin. Kelas baru je tamat. Hari ini hari baru untuk tahun pengajian yang baru (Phase 3A). Letih dan sedikit bosan tapi enjoy.

Berbalik pada tajuk! Kenapa la tiba-tiba nak buka kedai SPA ni? Camni. Semalam tiba-tiba aku teringat yang ada seseorang, beliau pernah bertanya soalan camni kat aku :

Si tukang tanya : Selain jadi Doktor, apa cita-cita awak yang lain?

Si tukang jawab : Em buka kedai SPA kot

Si tukang tanya : Kenapa?

Si tukang jawab : InsyaAllah. Saya nak jadi pakar kulit. Dan minat gak la dengan bisnes. Lagi best kalau dapat jual produk kecantikan nih. :)

Si tukang tanya tu, bertanya juga pada rakan-rakan ku yang lain. Dan majoriti memberikan jawapan yang memang lain gila daripada bidang yang diorang tengah belajar sekarang. Seperti, bakal Peguam memilih untuk menjadi tukang masak. Dan bakal Jurutera memilih untuk menjadi juruterbang. Yang pasti semua tu atas sebab yang sama iaitu MINAT!

So korang pula camne? Ada cita-cita nak ceburi bidang selain daripada bidang korang? kongsi jom


Belle' : Pernah la ada membe aku nih. Sekarang pelajar medik. Bila aku tanya apa cita-cita kau masa kecik-kecik dulu ek? dia pun jawab, "Nak jadi BOMBA". aku senyum aje hehe(~_^)V


6 comments:

nabilah_2908 said...

teringin nk buka day care center... tk pun menjadi penulis novel... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
PLAN TAK MENJADI

Niesya Sya said...

Erm, aku teringin nak jd businesswoman. Tp xtau nak bisnes ape. Hehe. :)

Unknown said...

salam ziarah~

hehehe.. cecita asal nak jd pendidik..tp study bidang IT tp skang keje dlm bidang fesyen... :)
berniaga sendiri... ^.^

nina syakina said...

nk jd big bos... hihi... ada pekerja2 sendri... ngeee

adrinaqamarina said...

rina pulak teringin nak jadi penulis buku tapi bukan novel la. macam prof dr muhaya ke.

syanabel said...

Nabilah : wow penulis novel..macam menarik tu

Nisa : kene start fikir dari skarang tu

LUM : wah, mantap. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi!

Nina : same2!!

Adrina : wah..tulis buku tentang pengalaman or tips ke, best gak tu. semoga tercapai hasrat tu! :))

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...