Sunday, September 25, 2011

Bosan dengan Facebook.

Salam.

Aku sebenarnya agak letih. Letih sebab apa? Sebab hari-hari aku membaca. Yes. membaca macam-macam. Kadang-kadang sampai satu tahap tu kan, aku rasa aku lebih banyak membaca "muka buku" dan 'timeline Twitter' daripada aku membaca buku Medic. Dahsyat kan? Tapi aku rasa itu lah hakikat.

Adakah faktor usia? 
Baru 20+++ kot..hehe. 
Tapi betul. 
Aku letih membaca Facebook!

Kalau nak ikutkan, beza aku yang dulu dan sekarang, aku rasa aku lagi suka aku yang dulu. Syafiqah yang setiap hari membeli surat khabar dan setiap bulan pasti akan mendapatkan majalah Remaja kegemarannya semata-mata untuk dijadikan hiburan. Tapi sekarang, aku boleh rasa, aku bukan lagi Syafiqah yang dulu sebab aku lebih banyak menghabiskan masa mengonline. 

Dengan online, aku banyak membaca sampai aku rasa;
"ah tak payah baca Paper, info kat Twitter kan dah cukup."

Jahil ke aku? Adakah aku kini hanyut ditelan teknologi? Aku sendiri tak pasti. Apa yang pasti, aku keliru. Kadang-kadang timbul rasa bersalah tapi pada masa yang sama aku bahagia hidup begini. Macam mana tu ek?

Aku bosan! Aku sangat sukakan hiburan. Itu satu hal yang aku harus akui. Aku pernah suka Majalah Mangga, mengikuti perkembangan Artis dan penonton setia Melodi. Tapi kini, aku tak lagi begitu. Aku tiada masa nak menyelak majalah Buah tu apatah lagi duduk sejam dari jam 12.30pm-1.30pm di hadapan TV pada setiap hari Ahad. Bukan sebab sibuk study, tapi sebab aku rasa, 

"ah tak payah tengok, tak payah beli. Internet kan ada. "

#(T__________T).


Bercakap tentang Facebook pula, aku juga letih. Letih dengan status kawan-kawan yang kadang-kadang merimaskan. Betul, tak semua merimaskan, ada yang menginsafkan, kelakar dan tak lupa juga ada yang berguna. Ada yang kurang matang, ada yang terlebih matang dan ada juga yang terlalu obses dengan politik padahal diri masih bergelar seorang pelajar Universiti Tempatan! 

"Berada di Facebook membuatkan aku tersepit, berada di dalam keadaan terpaksa 'membaca'."

Satu benda yang aku harus akui, bersosial di alam maya tidak sama rasanya dengan bersosial di dunia realiti. Di dunia realiti, kita bebas bersosial tapi kita boleh pilih untuk bersosial dengan orang yang kita suka dan senangi. Tapi di alam maya, boleh ke kita jadi cerewet macam tu? Kalau boleh, mesti best kan..


Satu lagi yang aku perasan ialah, berkawan di Facebook membuatkan kita lebih mengenali kawan kita secara yang kita tidak boleh tahu melalui dunia realiti. Masa tu, baru lah kita sedar, ah aku tak suka orang macam ni. Bila dah jadi macam tu, takkan nak 'unfriends' pula kan. Jadi, persahabatan tetap diteruskan dengan perasaan menyampah. 

Adil ke begitu? Kecuali, kita berani berterus-terang la .. ah tak ramai seberani itu! Dan itu hak diorang. Siapa lah kita untuk berkata, jangan update! betol tak??

#Entah lah. Aku tak pasti kenapa perasaan ini timbul tiba-tiba. 

"Ala, Facebook kan cuma HIBURAN semata." -kata seorang teman baik.

Sekarang ni, apa yang aku buat. Aku akan open Facebook, tapi aku off chat. Aku paling tak suka chat di FB melainkan ada orang tegur dahulu dan ianya adalah sangat penting. Then, aku cuma view notification, group dan buat sekali imbas je kat bahagian HOME. Sebab bahaya, kalau pandang, nanti masa aku akan terbakar, macam beras terbakar *tiba-tiba*. Tambah pula, sejak ada Ticker ni. 

#Tapi Facebook Timeline memey SMART. You should try also!

Sebut pasal penggunaan masa. Sebagai pengguna Facebook, hampir mencecah 4tahun lamanya, kadang-kala aku terasa masa aku banyak dibazirkan di situ. Alangkah jelesnya melihat seorang teman, yang tidak pernah membuka akaun Facebook langsung. Dan hidup dia ok je, gembira je. Jeles jeles! Alangkah bestnya andai boleh ku undur masa..lalala [jangan klik]

I believe, Facebook is safe as long as FRIEND is a 'friend' -Belle

Harapan aku, terutama buat para Remaja yang baru nak kenal kehidupan (macam aku), gunakanlah teknologi yang kian canggih ini sebaik-baiknya. Kurangkanlah perasaan terlalu obses dengan hiburan. Jangan jadi macam nasi. Dah jadi bubur baru nak menyesal. Kita muda lagi kan, gunakan ia semaksima yang mungkin. Nak enjoy boleh, tapi bertempat. OK? 



Last but not least, berikut adalah pesanan ikhlas dari seorang aku;

  1. Berhati-hati upload gambar & approve friends di Facebook
  2. Kalau rasa tak penting, simpan aje status itu di dalam hati. InsyaAllah, masih ada yang sudi dengar. Ingat Allah banyak-banyak.
  3. Jangan lepak terlalu lama di FB, risau ketagih nanti.

p/s : Jom beralih ke Twitter :-) [antara FB, Twitter & Blogger]

wassalam.

1 comment:

qutil said...

manusia memang semakin dibogelkan


http://qutil.posterous.com/manusia-bogel

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...