Ramai orang tahu kan.. Facebook membolehkan semua orang mengetahui tarikh lahir semua orang. Dan hari-hari mesti keluar punya lah kat 'homepage' besday sekian sekian sekian... Tak kira lah orang tu rapat dengan kita atau kita rapat dengan dia. Dan juga ada jugak yang kita baru kenal dan tak kenal langsung. Dan kita pun klik nama orang tu dengan tujuan nak wish "Happy Born-day!". Betul tak? Jangan tipu lah dei..Mesti pernah punyer.
Pada aku! Takde masalah nak wish kat Wall Facebook. Lantak masing-masing la walaupun pada hakikatnya ramai orang akan lebih prefer terima hadiah, kezutan, sms dan lagi best dapat call.. hehe.
Tapi Tapi Tapi.. agak-agak la weyh kalau nak wish pun.. ikhlas la sikit. Busy sangat ke sampai terpaksa tulis macam ni..
grrrrrrrrrrrr.. |
hb?? Ape tu? Kalau budak medic, Hb is stands for hemoglobin. Ke hepatitis B? Adeh.. maaf! sorry gua memang tak leh terima dei. sesungguhnya itu sangat tak cool ok. sekian terima kasih. sila hantuk kepala anda kat dinding jika pernah buat benda nih..haha.
sebab tu kadang-kadang aku rasa malas nak show up tarikh lahir aku kat profile. Bukan apa, cuma kesian kat golongan-golongan yang cam kat atas tu lah. Risau aku. Diorang ni mcm terpaksa wish pun ade gak. "nanti tak wish, tak ngaku kawan plak." ei. Seyes cakap ni, aku tak pernah paksa korang wish. Aku faham korang busy dengan hal masing-masing.
Papepun, tenkiu kat kawan-kawan kita sebab tak lupa nak wish. kata orang, lagi baik ada daripada tak ada langsung walaupung HB sahaja. Ei, effort gak tuh nak gi klik profile kita, pastu nak taip H & B , psatu klik share lagi. Ingat senang ker? Appreciate la sikit dei..adoiyai (^__^")Y. Ikhlas tak ikhlas tu belakang citer..hoho
5 comments:
Perasan juga eh..
;)
perasan tak perasan sangat la..heheh
haha. maybe diorg ikhlas, cume mls nak menaip kot?
lagi tak cool kalau pegi carik internet "birthday wish", pastu copy paste!
ntah paham ke tak apa yang derang dapat kat internet tu, punyala madah berhelah!
ezan : hehe tu lah, insyaAllah diorg ikhlas.
Along : iye, sangat tak cool!!
Post a Comment