Tuesday, September 20, 2011

eh ada soalan tentang cinta la!


Seminggu yang lalu, aku didatangi oleh sebuah mesej 

di inbox FB

yang berbunyi seperti berikut ;

unknown people.

Sekarang, jom dengar apa jawapan aku khas untuk si tukang tanya;

Masalah yang aku dapat kesan kat sini ialah, kau ni agak keliru perasaan sebenar perempuan tu terhadap kau..betul tak? Memang susah bila kita berada dalam keadaan tarik tali ni, perempuan ni macam nak kat aku, eh tapi dari gaya dia tu macam tak pula. Mana satu ni?? pening2..huhu

Soalan kau tentang sama ada "perempuan ni serius ke main-main", my answer is main-main. atau suka-suka. Mungkin disebabkan dia belum bersedia nak ada hubungan yang serius, maksud aku ke arah perkahwinan dan dia muda lagi kan? study pun tak abes lagi.

couple main-main adalah didorong oleh perasaan sunyi yang keterlaluan. maklumlah, keluarga jauh + kawan-kawan sekeliling semua dah ada couple. Time ni lah, seseorang yang boleh diajak bercerita, BBM & hang out diperlukan segera. Tapi bila sunyi tu dah takde, seseorang itu sangat2 lah tidak diperlukan sama sekali! 

couple main-main juga boleh jadi disebabkan kita cuma minat kat dia tapi kita tak sayang pun..erk

Antara sebab aku cakap macam tu ;
  1. Kenapa tak nak declare? 
    • Jarang perempuan refuse untuk declare. Selalunya, lelaki yang tak nak declare. Ye lah, masih dalam usaha menabung :-)
  2. 2 bulan tak jawab call & BBM.
    • Em kalau seminggu, boleh consider juga lah. Mungkin handphone dia rosak, atau terlalu busy dengan hal-hal di kg. Anak sulung ke kan, mane kita tahu. (even aku sendiri, kalau dah kat kg, handphone main campak je) Tak pun kan, mungkin kat kg dia takde line. Maklumlah, hidup ni perlu sentiasa fikir positif. 
    • Tapi, biarlah positif yang bertempat. Dua bulan kot, takkan la tak ada perasaan rindu langsung, ataupun tak ada masa langsung nak reply BBM. free je pun.
    • Pastu kan. Dua bulan tu! ko boleh cari awek lain kot, kesian kau :P 
  3. Call semata-mata suruh belikan tiket dia balik KL.
    • Tak masuk akal! sudah terang lagi bersuluh. Tapi tak tahu la kalau memang betol cinta itu buta. Ko pikir la sendiri, selami jiwa, selami lautan dalam. malas ku nak explain lebih2..

Sebagai penyelesaiaannya;

simple je.

tak payah pening-pening.

....

....

apa kata, kau buat balik benda yang sebijik dia buat kat kau tu kat dia. 

eh aku main-main je. tak baik buat camtu. biar orang buat jahat kat kita, kita senyum je.

emm...

.........

Ko cari je la yang lain.

yang lebih solehah
yang lebih menawan
yang lebih jujur
yang sudah bersedia bergelar isteri, kawan & ibu kepada anak2 kau

dan yang sewaktu dengannya

yang paling penting dia haruslah

yang lebih ikhlas menyayangi kau seadanya.

dan tak biadap..hehe.



Good Luck!

eh tapi aku nak tanya ni, 
  1. ko betul2 dah ready nak kahwin ke? kalau dah, baguslah. Kalau belum, ready betul2 dulu, baru lah bercinta. Tapi jangan serik pula nak mencari. Tak semua perempuan biadap macam si perempuan Sabah tu haa..hehe.
  2. Hati masih sayang ke kat dia? Kalau sayang lagi, bawa la berbincang elok2. Tanya sebab musabab kenapa dia buat kau macam tu. Dari jawapan dia, kita mesti boleh tahu dia jujur or tak. Jangan tertipu sudah la. Hati-hati. 

#okbai

5 comments:

neos said...

menarik!like your explanation!

KaK LimAh Si SupiR said...

betol3..memg betol jwpn 2 ^_^

adrinaqamarina said...

rina pon, kalau orang tanya, jawapan mesti macam akak jugak~


tapi kalau dye berkeras nk jugak budak tu, dye kena bincang dan amek risiko lah kalau ada pe pa jdi kan.


perempuan ni, kalau betullah tak dapt contact, dye akan cari jugak jalan nak contact~ :)

syanabel said...

hee nasib baik jawapanku itu betul :)

qutil said...

zehaha...
macham-macham la peremuan sunyi nie..kasihan lelaki jadi mangsa dipergunakan...

ehem
x ley salahkan gurl tu aja, kena bincang juga dengan dia, kenapa dan bagaimana. kasihan lah dia kalau tak sempat cerita perkara yang sebenar. kalau dia benar-benar ikhlas dengan korang kan dah rugi nanti... bincang dulu ya..

what if,
dia memang nak main-main sahaja?
kasi ajar sama dia!! bia dia kenal arti penyesalan :) macam2 cara nak ajar si perempuan sunyi nie huhu...


qutil.posterous.com

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...