Thursday, May 13, 2010

Tengok TV sambil study

Terasa ingin menaip sebuah entri dikala 'petang-petang Thomas' sebegini.. 

Info: Piala Thomas sedang berlangsung ye, dengan Malaysia berjaya ke semi final bertemu China. Boleh menang tak?? cuaknyerr.. (eh aku plak yang cuak dah nape?). 

Selalunya.. waktu-waktu camni, perlawanan sedang berlangsung tapi Malaysia lawan esok~

"Tipu!!"

"Kau sedang menaip sebuah entri!"

Ya..aku tipu tadi..takpe tipu sunat. Tapi Encik Ilham belum sampai lagi la.

Info:
  1. Encik Ilham digunakan kerana Ilham lah yang menjayakan aku menulis sebuah entry selama ini.
  2. Perkataan Encik digunakan bagi menghormati sesuatu yang menjadi sumber aku ber'blog'. Macam Encik Tunang, Encik Boyfie..bla bla bla. Dan, tanpa Ilham, siapalah seorang blogger itu.
  3. Encik digunakan kerana berlainan jantina mampu menimbulkan feel yang lebih masyuk. Keseimbangan juga berlaku di situ <-- ayat="ayat" b="b" bertajuk="bertajuk" novel="novel" tiru="tiru">'Aku kan Novelis'
  • ok cukup!
  • Sambil menunggu Encik Ilham tiba, aku menyelak lecture notes Microbiology di sebelah kiriku.

    "kau tipu lagi!"

    yela, yela..aku tipu lagi. Mane 'logic' study sambil buat kerja lain. (walaupun aku tahu Amalina menyatakan bahawa beliau belajar sambil tengok TV. Ah mengarut itu semua. Aku sungguh tidak percaya. 

    psst : eh ape cerita Amalina sekarang? sudah lama tidak ku dengar berita beliau. Adakah kini beliau se'success' beliau sewaktu beliau SPM dahulu? Hurm, mungkin =) 

    ok. 

    Study perlu fokus! Sesungguhnya belajar 2jam itu lebih baik daripada belajar 8jam tanpa henti sambil kita meng-online, mendengar muzik or menonton TV. Percayalah kata-kataku ini!! (aik..TV lagi) Nampaknya, obsessss sungguh aku dengan TV. Opss terbocor lagi tembelang ku. cam mana ni. 

    Eh tapi betul, (cuba menyelamatkan tembelangku daripada cedera dengan lebih parah lagi) aku dah try study depan TV, memang tak jalan. Lagi-lagi, sambil tengok Piala Thomas. Tak senang duduk dibuatnya. Sape-sape yang boleh sila angkat tangan cepatt! boleh la bagi tips sikit kan?

    sambil itu, Encik Ilham menuju ke arah ku dan die terus berlalu pergi meninggalkanku. 
    Owh, dia lalu je...tak singgah pun. 
    hampeh tul.
    *nanges*

    ok, chow dulu ade kerja nak buat.

    "tipu lagi."

    ye la ye la.

    SALAM

    (sambil menuju ke tingkat bawah menonton AdaMaya episod akhir)

    kesimpulan, janganlah suka menipu. dosa!

    2 comments:

    Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

     Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...