Sunday, November 14, 2010

kita tahu tapi kita still buat gak

Malam semalam hujan, masyaAllah lebatnya, siap ada kilat sambar-menyambar lagi. Boleh kene injury type electricity lagi kalau tak bernasib baik la..huhu. Memang perkara paling syok adalah TIDUR! Tapi kan, cube korang fikir sejenak. Life is very wonderfull, so why sleep? Kenapa tak gunakan sahaja 24 jam tu untuk berseronok. Hah fikir cepat..ala lambat lah korang ni. hehe. Meh ku bagitahu jawapannya. Ei takde la dahsyat sampai macam tu sekali. Orang kurang waras je yang tak suka tidur. Orang kata, buat sesuatu itu jangan berlebihan atau berkurangan. Aku rasa mudah macam ni kot. Memang la betul, hidup ni sungguh, begitu menyeronokkan. Bangun pagi kita bersarapan nasi lemak, roti canai! lazatnyerr. Then pergi kerja atau kuliah sampai petang. Seronok dapat gaji dan ilmu. Kadang-kadang ada yang suka giler kerja, malam baru la mereka balik ke rumah. Then sebelum masuk tidur sempat lagi berfacebook atau berblog sekejap. Paling best hari minggu lah. Dapat enjoy dengan kawan-kawan, bersosial, tengok wayang, bercuti, bershopping mahupun menghadap FACEBOOK sehari suntuk. Memang best lah hidup ni. 

Tapi untuk mengalami semua tu, manusia perlu kan tenaga dan rehat yang cukup. Rehat yang ku maksudkan di sini konfem sekali adalah tidur yang berkualiti iaitu bagi golongan dewasa 6-8 jam sehari. Golongan kanak-kanak 8-10 jam sehari. Kualiti itu harus diutamakan supaya hari-hari kita sentiasa ceria dan bahagia. Bila tidur tiada kualiti, kesihatan pun terjejas. Tak nak lah enjoy sehari je, mestilah nak enjoy selalu..kan kan? hehe. In short! Tanpa tidur siapa lah kita. Jadi faham why we sleep? bagusss~

"dari mana kita datang di situ lah kita akan kembali"

Hendak dipendekkan cerita (tak cukup panjang ke intro aku sebelum ni..hadoyaii), aku nak korang berfikir lagi. Sedar ke buat-buat tak sedar. Disebalik keseronokan duniawi kita sentiasa lalai dan leka. Kadang-kadang kita lupa sebab musabab sebenar kita diciptakan di dunia ni. jawapan : sebagai khalifah di bumi ALLAH! Nak lagi parah ada yang lupa siapa pencipta kita. Malah ada yang tak pernah try nak kenal siapa pencipta kita. Tahap kronik tu. Salah ke aku cakap begitu & kenapa aku cakap camtu ek? Iya la, mana tak nya. Kalau kita kenal, kita sedar siapa pencipta kita (ALLAH S.W.T), kita percaya kewujudan ALLAH, kita sepatutnya sentiasa takut melakukan larangan dan sentiasa suka melakukan larangan-Nya. Lagipun sejak di bangku sekolah lagi , kita semua (umat Islam) telah diajar erti syurga dan neraka, pahala dan dosa. 

Pssst, kalau betullah kita percaya Allah itu maha melihat, kita mesti tak buat dosa (sepatutnya lah kan). Tapi kenapa kita still buat ek?? berani betul kan kita..aishhh

Begitulah lumrah kehidupan dan hakikat seorang manusia biasa. (Sentiasa suka akan keburukan, benci akan kebaikan). Saban hari kita disajikan, kita lihat dan dengar di corong-corong radio, di kaca TV dan di dada-dada akhbar berita buang anak, bunuh emak, rogol, rasuah, maksiat dan sewaktu dengannya lah.  haish apo kono ei jang? ape nak jadi lah DUNIA. aku sendiri kurang mengerti.Kenapa? Mengapa? Tanda-tanda awal kiamat barangkali. Kita tahu tapi kita still buat gak! hmmm. 

psst : "kita tahu tapi still buat gak" boleh kot aku adaptasikan dengan contoh, kita tahu yang makan fast food (KFC & MCD) boleh mengundang pelbagai penyakit, tapi kita still suka makan mereka..heheh

Ku bukan lah nak kata, ku ini baik sangat. Ilmu agama tak tinggi mane. Aku sedar diri ini. Cuma tak salah kan berpesan-pesan kearah kebaikan. Kita saling ingat-mengingat lah. Bukan kah baik begitu. Kadang-kadang, kita bukan tak tahu, kita tahu tapi kita buat-buat tak tahu. Kadang-kadang kita tak tahu, tapi kita tak nak tanya untuk tahu. Kadang-kadang kita nampak, tapi kita buat-buat tak nampak. Kadang-kadang kita sedar tapi kita buat endah tak endah. "Ah lambat lagi nak mati." Heyyo, ada je orang yang meninggal di usia muda lorh. Memang, manusia tidak sempurna. Tapi sampai bila kita nak jadi tak sempurna (tak lepas daripada melakukan kesilapan)!! Sekurang-kurangnya, jadilah seorang yang sentiasa memperbaiki diri. (Ingatan untuk diri sendiri juga nih) Kesimpulannya, jangan biar diri kita asyik dengan nikmat di dunia hingga lupa untuk mengejar nikmat akhirat. Cek diri balik. Sesekali, jom top up IMAN kita dan pelajarilah Ilmu Agama selagi mampu untuk kita jadikan ia sebagai panduan hidup di dunia, yang penuh dengan cabaran. 

"Jom kumpul bekalan pahala daripada sekarang sebelum kita berhoneymoon di alam akhirat..hehe." sekian wassalam.

Belle' : selamat menyambut Hari Raya Korban in advance.  

2 comments:

baincardin said...

Selamat menyambut Aidiladha! ^_^

syanabel said...

selamat hari raya juga~

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...