Thursday, April 7, 2011

maaf jika entri ini agak sensitif

Hari ini aku menghadiri kelas seperti biasa dan tiba-tiba terdetik untuk menulis satu entri tentang kehidupan. Kata-kata seorang pensyarah bukan ISLAM telah berjaya membuat aku tersentak!

Sebelum bercakap tentang apa yang membuat aku tersentak, "Apa tujuan sebenar kita hidup di dunia? Siapa tahu sila angkat tangan macam awok! hehe." Yes salah. Jawapannya adalah untuk mencari keredhaan ALLAH S.W.T. Aku percaya ramai yang sudah lupa akan tujuan utama manusia dihidupkan di dunia ini termasuklah diri ini. Mana taknya busy tanam sayur kat FARMVILLE and facebooking  memanjang.. hehe joke okay :P

Manusia sememangnya mudah lupa!

Dalam kita mencari keredhaan Allah, setiap hari kita akan melalui pahit manis kehidupan. Betul tak? Tak semestinya kita akan selalu berada di atas. Kadang-kala kita akan terjatuh, "pakkk" (siap ada sound effect lagi nih). Bak kata orang, kehidupan ini ibarat roda yang berpusing! 

Bila kita berada diatas, wah bestnya!! Tapi bila jatuh ataupun kita merasa pahit (bukan air kopi ye) adakah kita akan menyalahkan diri sendiri atau menyalahkan tuhan? Aku yakin, ramai yang menyalahkan tuhan dalam hal ini and they start saying;


Berbalik kepada perkara yang berjaya membuat aku tersentak;
" When a parents find out that their baby is abnormal or down syndrome, usually they will cry and start blaming themselves. They also will think that semua itu telah tertulis oleh tuhan. Itu semua merupakan dugaan dari tuhan which is for me it wasn't true at all! " said a lecturer of mine.

"Never go and agree with them (angguk-angguk kepala depan patient tu). OK! Let's say you ditakdirkan mati pada tahun bla bla bla and blah. But I can put this chair and hit you, (sambil dia pun pi angkat kerusi) so that you will straight away die, am i right??" he added.

Aku amat lah terkejut bila dia cakap macam tu. So tak mahu cakap banyak-banyak. Aku cuma harap, iman ku tak goyah setelah mendengar kata-kata daripada beliau walaupun beliau merupakan pensyarah aku sendiri. Just one thing, lain agama lain pegangan nya. As a human being, can't we just respect orang lain punya pegangan. Why need to force other people to be like us.. hmm

Dan seminggu sebelum tu, ada juga seorang pensyarah ku (juga bukan ISLAM) menegur ku kerana terlalu 'religious'. Aku cuma tanya, "halal ke makanan yang doktor syorkan pada pesakit?" Dan dia menegaskan, sebagai doktor, jangan terlalu ekstrem terhadap agama. Hormati agama lain dan jangan sesekali paksa orang untuk ubah agama mereka. Dia kata, setiap orang dilahirkan manganut agama masing-masing tentu bersebab.

Wah, payah juga nih. Mana satu aku mahu ikut ni? Perlu ke aku dengar nasihat beliau? Boleh keliru dibuatnya. Arghhh.. Apa-apa pun, setiap sesuatu yang bakal aku lakukan, aku mesti berbalik dan berpegang kepada ajaran-Nya. Aku percaya pada ALLAH. Semoga keimanan aku tetap utuh dan hidup ku mendapat keredhaan dari Allah. Walaupun ilmu agama ku tak banyak dan tak cukup tinggi, tapi aku rasa aku dah cukup dewasa untuk membezakan yang mana baik dan buruk. 

Yang baik kita ambil, yang tak baik jangan lah ikut.. betul tak? Hormati agama lain. Jangan rasa diri kita je yang betul. Bersederhanalah dalam setiap yang kita lakukan

Salam (^__^)

2 comments:

Mutiara Bernilai said...

salam dear sis..

hm..mencari titik keseimbangan, dan saling hormati sesama berlainan, tu yg pleng penting..

xpe, sis teruskan utk tegas dgn pegangan, tegas xbermakna memaksa :)

syanabel said...

wah terima kasih atas nasihat ~

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...