Friday, April 15, 2011

Melayu people, please, ubah lah mentality anda !!!

Pagi tadi aku mempersembahkan kes Pneumonia (jangkitan paru-paru) khas untuk Dr Tharam tersayang (ni dah kes bodek ni Belle). 

My patient is a known case of Tetralogy of fallot (jantung berlubang) + Down syndrome. Aku simpati dengan ibu dan ayah nya. (Selain simpati terhadap pesakit aku lah). Sudah lah anak pertama, umur diorang pun hampir menjangkau 40-an.. apa lah nasib badan. Memang dari luaran diorang nampak happy tapi di hati siapa tahu kan? 

Ah aku tak mahu cerita lagi dan ingat. Doa ku, semoga dia cepat sembuh dan tak nak tengok dia masuk wad lagi..aminn =)

Sekarang, di wad ** ada satu kes yang agak luarbiasa. Doktor pelatih, doktor biasa mahupun Pakar Kanak-kanak masih tak dapat nak diagnose kes tu. Ada satu test je yang belum dilakukan, iaitu Bone Marrow Aspiration (pengambilan sampel sumsum tulang). Lain-lain result test, semuanya normal. Ada juga lah yang abnormal tapi still tak dapat nak diagnose.  

Semua doktor dah nasihat supaya ibu beri kebenaran, tapi tak berjaya jugak. Sebab, menurut ibu pesakit dengar kata prosedur tu boleh buat kita lumpuh dan ada  juga yang meninggal dunia. Pesakit pulak takut sakit. Dan jawapan yang lagi best, "saya nak try rawatan tradisional dulu lah Dr." 

Oh tidak. kenapa kenapa kenapa? tak cukup canggih ke rawatan moden sekarang ni? Aku tak tahu lah mana dia, or jiran or sedara mara dia boleh dapat idea macam tu. Grrrr.. Hello. Kita ni dah masuk tahun 2011. Please lah. Maaf, ku bukan nak menolak langsung perawatan tradisional. Cuma ku rasa, perawatan tradisional haruslah jadi pilihan kedua selepas rawatan moden. 

Mentality masyarakat yang lebih mengutamakan rawatan tradisional daripada rawatan moden harus diubah. Terutamanya pada mereka-mereka yang suka sangat percaya pada bomoh. Terutamanya MELAYU. Aku sayangkan bangsa aku. Melayu.. please wake up!~

"Doktor hanya memberi ubat, Allah yang menyembuhkan." 

3 comments:

Sang Gabriel said...

tapi ada gak sakit yg perubatan moden xleh rawat kan?

syanabel said...

memang ada. Hah only then we can refer to dukun, pawang or what so ever. Ikhtiar cara lain. Kita hanya boleh berusaha, Allah yang menyembuhkan.

masalahnya sekarang, ada sesetengah orang yang langsung tak percaya kat doktor. parah tu..hmm

Anonymous said...

Families with babies and families without babies are sorry for each other.

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...