Salam hari Sabtu. Wah, nyaman udara..merdunya suara burung berkicau, bunyi ombak laut juga mendamaikan hatiku. Try teka aku di mana sekarang..cepat.. 1..2..3. Okay. Salah. Bukan kat Pantai. Mane 'logic' update blog kat pantai. Even pakai broadband pun mana dapat line daaa..lol~
Jadinya, jawapan yang tepat adalah aku kini berada di hadapan laptop, baru selesai minum secawan Milo dan 'mencekik' dua keping roti. Ada la membe ajak mandi sungai pagi ni, tapi aku tolak sebab malam ni dah ada plan yang baik punya..wakaka. Sorry kawanku. Jadi, jangan takut untuk berkata tidak ye kawan-kawan (tiba-tiba).
Terus kepada tajuk UTAMA.
Tajuk diberi berdasarkan status Facebook ku berbunyi....tengok gambar la lagi macho ye tak..ok ayuh
Scroll kan 'mouse' anda ke bawah lagi...
Lagi bawah..
Ini lah dia..
(klik untuk tumbesaran okay)
Mengikut status di atas, aku berkata.. hidup ni kena ade target (hmm to be honest, itu aku copy daripada ayat seorang kenalan..hehe). Tak xbest tu umpamalah main bola takde gol dan sebagainya. em..ada lagi ke perumpamaan yang korang nak tambah?
Bagi para blogger plak, perumpamaan yang paling tepat..umpama ada blog tapi takde Nuffnang. Yeah. Contoh, jika seorang blogger menetapkan target 100 visitor sehari maka dia pasti berusaha untuk update selalu dan buat entri yang lebih baik. Maka pasti bernyawalah blog blogger tu sehinggalah target tu tiada lagi.
Info : Nuffnang tu macam tabung kepada sesebuah blog. Lagi banyak klik, banyak la dapat RM$$$. Ramai gak tanya aku, 'apa Nuff tu?'. Aku just boleh explain, dia bagi duit sebab kita tolong iklan kan iklan diorang kat web kita. Tak reti aku nak explain panjang lebar..hmm.
Adanya Nuffnang, boleh buat aku lagi semangat nak update blog. Hari-hari leh semak bilangan visitor. Tapi aku punya matlamat utama berblog, masih padu dan jitu iaitu untuk berdakwah, berkongsi pendapat, Alumni sekolah dan suka-suka. InsyaAllah. Pasal jana pendapatan tu, tak kisah la..Nuffnang aku tak sampai 2 hengget pun la..(T-T).
Dah jelas tak contoh yang aku beri tadi tentang buat sesuatu takde target ni tak best.
Contoh paling senang yang aku jumpe pagi ni plak adalah.. Aku alami sendiri. Sejak kelmarin, aku mengetest, speed test. Target aku mesti lah nak dapat higher words kan. SO bila aku dapat lower daripada yang aku dapat sebelum ni, aku terus cuba. Dan sehinggalah pagi tadi.. aku cuba, I did it! Walaupun sikit, tapi ok lah..akan usaha lagi. Seronok ada kemahiran menaip pantas ni..hehe. Paling-paling boleh buat keje part time ke macam yang sorang kawan aku lakukan. Membantu mak dia taip dokumen, ade la dapat duit sikit..hee.
Dari perspektif kehidupan lak, perlu diingatkan.. target yang ada janganlah terlalu tinggi...jangan pula terlalu rendah. BUkan kerna apa, jika tidak mencapai target, kecewa akhirnya. TArget perlu sepadan dengan keupayaan diri. Siapa yang tahu keupayaan diri sendiri kalau bukan kita sendiri.
Okeh..cukuplah motivasi Belle' tuk kali ni. Perlu buat sesuatu yang rahsia..hmm
Belle' : Nak set target beli Blackberry lah. Bape ek, seribu ke? 100hengget sebulan ok tak? wakaka..abah aku tahu ni mampuih aku :P
No comments:
Post a Comment