sambungan...
Hari esok genaplah dua minggu aku posting 'Orthopaedic'. Tapi tulang kat badan still tak nampak-nampak lagi, haishh (tembam lagi la maknanya tu). Banyak jugalah benda baru yang kita-orang belajar. Orang kata Ortho dan Paeds rilek sikit la. Tak seppenat Medicine dan Surgery. Yang paling best, Ortho dan Paeds tak masuk exam, yeah! Tapi, mana boleh sambil lewa je kan, benda tu still ada untuk phase2 yang akan datang. Perjalanan ku masih terlalu jauh..ingat tu Belle'!
Ok bosan. Proceed dengan cerita seterusnya!
Masa minggu pertama, aku dah cerita pasal aku ditegur makan berdiri kan? Semoga menjadi pengajaran untuk kalian semua juga..orait? Then, di minggu kedua, selain busy ke kuliah dan pergi bed side teaching, aku juga busy memenuhkan Log BOOK yang memerlukan kami meng-observe semua prosedur yang ada kat hospital. Penat mencari, bukan penat meng-observe...huhu
Antara prosedur yang ter-best, tentu lah post-mortem (pembedahan mayat..ala macam dalam CSI tu). Aku dapat kes kematian disebabkan kemalangan di tempat kerja, kecederaan kepala. Jadinya, aku dapat la tengok Doktor tu memotong tengkorak mayat, dan mengeluarkan otak, lalu dibelah otak itu seperti memotong kek hari jadi (dapat bayangkan tak nih?). Selepas gambar siap diambil, otak yang telah dipotong-potong tu, dibungkus ala-ala Sup Bunjut lalu dimasukkan kembali ke dalam tengkorak. Dan kulit kepala dijahit semula. Alahai sadisnya...Ok mak pesan baca doa sebelum masuk bilik mayat, tapi aku terlupa..Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku padaku..wee
Tapi, lagi sadis bila, kita-orang berlima yang gi tengok post-mortem tu, kena marah ngan doktor. Silap kami gak, tak introduce diri dulu, tiba-tiba je nak mintak sign. Jangan tiru sikap kami ini ye kawan-kawan...uwaa
Next.
Yeah, first time dapat tengok Diabetic Foot secara 'live'. (sesungguhnya yeah aku itu tersangat la tidak ikhlas). walhal aku geli kot. Nak termuntah pun ada gak. Bayngkan, tinggal dua jari je, ada..ah lebih baik aku jangan cakap lagi. Em..time tu baru terdetik "betulke aku nak jadi Doktor ni weyh??". Ok be cool sudah. Tak geli pun la. Itu baru sikit Belle'. Betulkan niat sebenar ko nak jadi doktor. ohyeah!
Perkara baru yang kita-orang belajar masa tengok Diabetic Foot (Ulcer) adalah How to take History and How to do General Exam. Yang paling aku ingat, kita kena tanya, rumah dia dua tingkat ke setingkat? Tandas macam mana? sebab kita kena consider tentang kaki dia. So fokus kan yang itu. Ini untuk kes Diabetic patient. Nasihat untuk semua, jagalah pemakanan anda daripada sekarang, jangan makan makanan manis banyak sangat. Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman! (tiba-tiba)
Di klinik Ortho, seriously amat ramai orang. Ada saja orang yang patah-patah kan setiap hari. Pelik betul aku. Hmm...Dah nama pun kemalangan, mana la boleh kita elak ye tak. Maka, kita yang masih ada tulang yang sihat, jagalah baik-baik. Aku ada seorang mak cik, kaki dia kena masuk besi lepas kemalangan kat tempat kerja. Kesian kat dia. Agak-agak sempat tak aku nak baikkan kaki dia seperti sedia kala ek? Memang tu pun impian aku selepas berjaya kelak..hmm..sayang Mokde..tq jaga kita sejak kecik lagi..take care dan jaga kesihatan..mmuahh
Din & Bel
psstt : tadi kat A & E, ada sorang Doktor nih. Selamba gilerr. Korang pergi je kat dia, pasti terus dapat sign tuk prosedur. Konfem!. Ayat dia camni " kamu student eh, mane nak sign? Cop je lah kat mana-mana. Dah gi balik baca buku sana"..You are so COOL Doc! I LIKE..
BERSAMBUNG....
2 comments:
erkkk.. doc mane tu weh?? huhu.. cm best je!
haha.. korg observe procedure bile? kat ne?
best..hehe
tengok ECG, catheter ngan IV Injection..kat bahagian Accident&Emergency
Post a Comment