Review Movie dimulakan dengan cerita Toy Story dahulu
Sama la dengan Cerita Shrek, aku tak tengok Toy Story 1 dan 2 pun boleh aja faham jalan cerita ni. Best la, sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat..heheh. Masa tengok kat wayang, ada ramai budak-budak. Mungkin ada buat aktiviti hari keluarga syarikat kot. Jadinya penuh la satu panggung dengan gelak tawa kanak-kanak...happening woo..
Cerita ni menarik dengan imaginasi yang sangat kreatif. Pernah ke kita terfikir bahawa barang mainan pun ada perasaan. Tak kan? Movie ni menyedarkan aku bahawa, barang mainan pun ada perasaan! Perasaan seronok bila dimainkan, perasaan sedih bila ditinggalkan dan perasaan cemburu dengan mainan lain yang baru. Ok merepek la kalau aku katakan kita perlu jaga perasaan benda yang tidak bernyawa. kalau benda tu dah rosak, buang ajalah. menyemak je kalau simpan pun. Cuma, moral of the story, jangan lah bersikap begini.."habis madu sepah dibuang". Bila kita perlukan sesuatu, kita layan baik punyer ah, tapi bila kita dah senang, tak perlukan sesuatu tu lagi, kita pinggirkan dia camtu jek..uwaa sedih kan?
Next!
Knight and Day!
Tengok masa hang-out reunion dengan membe sekolah lama. Seronok dan enjoy la tengok ramai-ramai walaupun ada scene romantik yang buatkan aku blushing** malu...ah standard cite omputih la kan. Ok, jalan cerita agak susah nak faham dengan aku yang agak lampi. Action dia boleh tahan la terutamanya scene dalam gambar bawah ni..auww siap sempat berangan kot..haha
Best la jadi heroin dia. Keja dia cuma tidur then bangun dengan sihat walafiat nya keesokan harinya. Kalau dalam prince of Persia, Pedang Pasir yang menjadi buruan. Dalam K & D, bateri yang menjadi buruan. Papepun Tom Cruise sangat mantoppp!
Last but not least;
Eclipse : Twilight
Aku memang tengok Twilight 1 dan 2(new moon). Jadinya tak lengkap la kalau tak tengok eclipse, ye tak? Sebelum tengok, banyak dengar review daripada member-member, Eclipse kali ni biasa-biasa aje. Tak sebest Twilight yang first. Bila dah tengok, em separuh setuju lah. Edward tetap handsome macam biasa. Jacob pulak, boleh tahan la. Cuma, cuma banyak sangat adegan kiss kot. Tu je lah komen dari aku. Mungkin, ramai dah baca novel Eclipse, siap dah tahu ending. So bila expectation untuk movie tak sama seperti terkarang dalam movie, makanya mereka pun kata yang Eclipse tak best sangat. Biasalah tu kan.
Diorang nak kahwin nanti..jemput datang ke majlis wedding Bella dan Edward eh..heheh. p/s : sikap Edward perlu menjadi contoh buat penonton kerana malulah pontianak pun ada adab sebelum berkahwin. Tapi manusia?? hmm..
Tak sabar nak tengok anak Edward ngan Bella nanti. Dengar kata perempuan, dan separuh manusia separuh pontianak. Macam mane tu ek? Dan lagi best bila Jacob suka pula kat anak Bella..adushh..haha..menarik2
Belle' : tunggu Harry Potter plak pasni..lalala
4 comments:
wahhh.
macam best K & D tuh.
cameron diza kan ?
nk tgk lah. tehee.
tq(:
aku jeles
belum tgk lagi toy story n eclispe
huhu
nanti nak tgk gak
coki - coki : Yup cameron Diaz..tapi ramai kata CD berlakon biase-biase aje..Tom cruise best..hehe
Syamil : Dah balik Serdang nanti, boleh je tengok movie puas-puas..heheh
Post a Comment