Monday, July 19, 2010

Thanks to Allah. Saya bebas SLE.

Salam. Selamat hari Isnin wahai pembaca ku yang dihargai sekalian. Sebelum kita terus kepada topik utama hari ni, meh sini nak bagi tau jawapan untuk soalan dalam post yang sebelum ni iaitu 'Maksud tersirat ayat ni...'. Jawapannya ialah "can U be my special girlfriend?". So senang kata, itu ayat nak declare jadi couple. 

Ok cukup!

Alhamdulillah!!

Syukur kehadrat Illahi kerana aku disahkan tiada SLE. SLE? Apekah? Begini ceritanya. Bulan lepas aku ke klinik sebab ada doktor clinical ni tegur;

"Pipi awak tu kenapa? Ada 'butterfly rash' .. 'malar flush'. Did you check for A & A test. You know about it right, SLE?. As a medical student you should..bla bla bla.."

Aku pun maen angguk je la. Huh.. Berani kau kate tak tahu pape??! Habis je kelas bed-side ngan doktor tu, aku terus ke klinik. Eh risau beb.. Ni soal hidup ngan mati. Nak tak nak kena pegi gak..huhu. Nak dipendekkan cite, ujian darah pun dibuat dan aku perlu tunggu sebulan untuk tahu keputusannya iaitu pada 19 Julai 2010.. Hari ni la tu!! haissh.

opss..lupe nak bagi info NI : SLE is stands for Systemic Lupus Erythematosus SLE is a chronic autoimmune connective tissue disease that can affect any part of the body resulting in inflammation. Hah sebab tu antara sign yang obvious ialah 'butterfly rash' aka PIPI MERAH!! ANA test lak untuk cek autoimmune disorders.

Okeh. Sebulan pun berlalu. Dengan dada yang berdebar-debar, aku pun masuk kebilik doktor untuk mengetahui keputusan ujian darah aku. (sebenarnya berdebar-debar tu jadi lagi bertambah sebab bengang kot kena tunggu 2 jam..jpe doc tak sampai 2minit pun! huh.. Kalo tengok House, boleh abes 2 episode..adoi). Takpe, sabar ye wahai hati Belle'. Yessss! NEGATIVE. I love u Doc! Lepas amek ubat sapu, aku terus balik dan makan nasi ayam dengan hati yang ceria.

Tapi.. tapi.. tapi.. Still risau la. Kenapa ye dengan kau wahai pipi? Boleh aku tahu supaya aku boleh rawat kau. **blushing** Entah lah, dah malas nak pikir. Belum nak kahwin pun lagi..**blushing** kuang3. So lantak lah labu. 

..:: mak cik pipi merah ::..

Belle' : Teringat kejadian di mana secara tiba-tiba ada senior lelaki bertanya namaku dan kenapa dengan pipiku? Dia juga ada bertanya, ada merah kat tempat lain ke? Aku dah salah sangka. Rupa-rupanya baruku tahu. Dia just nak diagnose je la..perasan je ah ko ni~ hahaha LOL

11 comments:

Helmet Putih said...

oh tu maksudnye ye...sorry ek beri dua jawapan ari tu...SLE baru tau nih..thanks sebab bagitau...

Sharkyra Kid said...

haha. tahniah2! anda bebas SLE! huhu..

ala.. jawapan tu aku pn tau.. huh..

heh, bile ko g amek result? tak ckp. kalo tak blh ikot.. heheh..

haaa.. sian je itu senior di salah sangka kan.. huhu ;pp

syanabel said...

Eddy Dy : Takde pe yg nak disorrykan pun la...owh ur welcome. sekadar berkongsi, tak banyak pun info yg ditulis

syanabel said...

kid : tenkiu2. Gi kul 10 tadi. Bagus la ko tak ikut, 2 jam kot tunggu. hee kesian..ampun2

Sharkyra Kid said...

haha. takpe. saje je. tp ktorg kat kolej td pn tak wat pe kul 10 tu. borak2 n jd artis jap je layan bebudak mintak sign tu. haha.

syahida hanim said...

syukur alhamdulillah!!!

syanabel said...

Kid : bukan ampum kat ko la, ampun kat senior tu la..hee

syanabel said...

Syida : Syukur Ya Allah!

Sharkyra Kid said...

haha. ceh, ingt kat aku sebab tak ajak pg td. waka waka. ;pp

Anonymous said...

tsamina tsamina ea ea..waka waka ea ea..eh world cup dah abes la (tiba-tiba)

Simpson Garce said...

buy tadalafil 20 mg online simply facilitates erections with sexual arousal. This medication may be taken with or without food. Consuming alcohol with this product may cause side effects such as dizziness or headaches. Moreover, alcohol consumption may decrease the ability to get an erection.

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...