Wednesday, July 14, 2010

Ilusi dan House

My current status on Fb and Twitter..



Sekarang tengah syok layan cerita Akasia TV3 ILUSI. Tak tengok dari awal, lepas mak kata cerita tu best, baru layan. Oklah juga. Ashraff Muslim tu, mana boleh tak tengok. (sambil angkat-angkat kening). haha.


Sedikit sinopsis tentang cerita ILUSI. Lyza, Shahril dan Rizal berkawan baik. Shahril kemalangan sehari sebelum berkahwin dengan Lyza. Disebabkan Rizal baik terhadap Lyza selepas tertekan dengan kematian Shahril, mereka pun akhirnya berkahwin. Lyza ada kelebihan mendapat bayangan sesuatu yang bakal berlaku dan telah berlaku. Nak kata ada kuasa ajaib pun boleh gak lah. Lyza mendapat bayangan tentang kematian Shahril yang agak mencurigakan. Suami dan bapa Lyza bimbang dengan keadaan Lyza yang asyik kata nampak itulah, nampak inilah sampai tak tidur. Maka diorang pun hantar Lyza ke Hospital Sakit Jiwa. Di situ lah muncul DR Imran, lakonan Zamarul Hisyam. Rupanya ada nama untuk kuasa ajaib si Lyza ni, ESP or six sense. Dr Imran la yang tolong Lyza tajamkan kuasa ajaib tu sehinggalah Lyza dapat tahu rahsia di sebalik kematian Shahril yang sememangnya dirancang. Ok cukup..nak tahu lagi, sila tengok sendiri lah ye.

Status di Twitter menunjukkan aku sedang dalam usaha habiskan menonton cerita HOUSE Season 6. Baru nak start tengok, tapi dah tahu ending dia. Of course la Dr House dengan Dr Cuddy..opss terberitahu la pulak~ sila gunakan masa yang ada sebaiknya sementara ia masih ada lagi..baik!


(buku Macleod di sebelah kanan, laptop di sebelah kiri..boleh juling jadinya..huh)

belle' : Hindari sikap pemarah..istighfar banyak-banyak!

2 comments:

baincardin said...

Salam. Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

kakak cantik said...

hehe.aku suke note kat plg bawah tu...:)
no anger, no harm...

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...