Masa di klinik tadi, seorang rakan menyuruh aku membaca sebuah cerita Haiwan. Jadi aku pun baca lah. Jom korang baca sekali jom!
** ** ** **
Dalam sebuah hutan, tinggallah Raja Singa dan rakyat-rakyat. Suatu hari, Raja Singa mengarahkan semua haiwan membuat lawak jenaka. Syarat pertandingan, sekiranya terdapat seekor haiwan yang tidak ketawa, maka si pembuat lawak akan serta merta dibunuh.
Acara pun dimulakan....
Peserta pertama ialah si GAJAH. Gajah pun mula berjenaka. "Kucing dan anjing bergaduh..bla bla bla..dan cerita pun tamat." cerita si gajah. Maka, semua haiwan ketawa melekek-lekek kecuali kura-kura. Disebabkan kura-kura, gajah dibunuh serta-merta. Kesian sungguh nasib si Gajah.
Peserta seterusnya ialah si Tupai. "Ada seorang budak lelaki, jatuh dalam longkang..bla bla bla dan tamat." cerita si Tupai dengan gaya-gaya sekali. Selepas itu, bergema lah suara gelak tawa semua haiwan kecuali kura-kura. Harimau terus menikam si Tupai. Sedihnya.. (slack betull lah si kura-kura ni)
Selepas tu, tiba pula giliran sang Harimau. Belum sempat sang Harimau buka mulut nak bercerita, tiba-tiba kura-kura berguling-guling di atas tanah, ketawa dengan galaknya..."hahahaha, kuikuikui, hehehe"
Harimau bertanya!!
"Kenapa kau ketawa wahai kura-kura?" soal Harimau.
"oh, sebab cerita Gajah sangat kelakar..hahahahaha" jawab kura-kura.
** ** ** **
amacam?? korang dah gelak ke belum?? kalau dah anda memang hebat!
sebab.. sebab.. sebab..
Habis je aku membaca cerita tu, rakan ku bertanya. Tak faham ea? (sebab dia tengok aku tak gelak kot). Then dia bagitahu la maksud disebalik cerita tu, iaitu kura-kura tu 'lampi' sebenarnya. Otaknye nak proses cerita gajah yang funny tu sama lambat serupa cam ia jalan. Kalau kura-kura tak lampi, takdelah si gajah ngan Tupai kene bunuh..hehe
Then, barulah aku "oh aah la...LOL!!!"
Belle' : Lampi gak aku ni..(aku memang selalu lampi)
No comments:
Post a Comment