Wednesday, July 14, 2010

Step membaca 'Facebook' cara saya

Sebelum tidur semalam, aku tiba-tiba terfikir nak buat satu entri tentang Facebook. Kalau korang perasan, Facebook kini sudah pun menjadi satu trend. Maksudku di sini adalah setiap orang mesti ada satu akaun Facebook. Takpun, setiap hari mesti nak buka Facebook. Boleh ke kalau nak kata 1 Malaysia 1 Facebook? hmm...Sehinggakan ada disediakan perkhidmatan subscribe status Facebook (selepas ini akan disebut sebagai FB) ditawarkan. Kalau tidak silap seringgit seminggu harga langganannya. Wah betapa dahsyatnya kan.

Ok. Tak perlu diterjemahkan apa itu FB kan? Semua orang pun tahu. Budak sekolah rendah pun kenal kot apa itu Facebook. Cikgu-cikgu tidak terkecuali. Seronok dapat contact balik bekas anak-anak murid. Hmm. Tetapi adakah semua orang tahu cara membaca FB yang sebenarnya? 

"Ada cara ke nak baca FB?"

" Takda pun sebenarnya, aku saja yang reka-reka sendiri. Tak salah kan."


Step 1 : Cek Notification Merah kat tepi kiri bahagian atas.

Ok first, mestilah sign in dulu kan. Umpama macam kalau nak masuk rumah orang mestilah buka pintu dulu, betul tak? (ok tiada kaitan). Lepas tu, perkara pertama kita lihat, mestilah benda kat belah atas kiri yang berwarna merah tu. Ingat kan? ada nombor yang tertera. (Friend Request, Messages & Notifications). Kalau nombor banyak, "wah banyak orang komen, popularnya aku". Takpun begini "bestnya, I ramai peminat la".

Then apa yang perlu korang buat adalah, klik aje button merah tu, maka akan hilang lah ia serta merta. Pastu ceklah dan pilih lah mana-mana yang best untuk dilihat (itupun kalau banyak sangat notification la). Tapi sedih bila, rupa-rupanya, ada orang tag kita nak promote minyak urut cap kapak. Ayaak manyak sedih woo..

Step 2 : Decide la nak online ke offline chat di FB

Ok bagi para Facebooker baru, kat sini nak bagitahu yang kita sebenarnya boleh offline kan status chat. Caranya : Klik butang Chat di bahagian bawah belah kanan --> Options --> go Offline. Chat di FB agak 'sengal' sedikit. Lebih baik chat di skype atau YM. Lebih puas hati kot.

Step 3 : Baca status dan view gambar kawan-kawan lain

Step seterusnya adalah 'menghendap' status kawan-kawan yang terpapar di 'news feed' bahagian HOME. Di situ ada 'tops news' dan 'most recent'. Kenapa guna perkataan menghendap? oh sebabnya, aku selalu view aje status orang tapi jarang memberi komen. Malas lah nak komen, nanti memenuhkan inbox notification aje. 

Tapi kalau mood rajin datang, memang aku komen la. P/S : jangan sedih la kalau takde orang komen status yang kita post. Ada dua maksud di situ. Anda punya post tak menarik ataupun anda jarang mengomen orang lain punya status. So buat apa orang lain nak komen status anda pulak. U give and U will get back huh! Best kan tengok gambar kawan-kawan, tapi hati-hati mengupload gambar di FB okay?!

Step 4 : Post status

Tulis lah apa-apa yang berada di fikiran. "what's on your mind?". Taip dan klik share. Status pun ada musim gak. kalau tengah exam fever, antara yang famous..."study study, exam lagi seminggu". Kalau musim piala Thomas pun best jugak. "Malaysia kecundang". World Cup jangan cakaplah. Hah, dengan baca status kawan-kawan pun boleh dapat info terkini. Mudah kan, tak payah beli paper dah..haha. 

Step 5 : Check request

Request ada di bahagian tepi belah kanan anda. Selalunya, invitation join group atau event ke. Request main game dan sebagainya. Sekarang ni, orang jemput pergi kenduri kahwin pakai RSVP kat FB je. Mudah memang mudah, tapi praktikal ke? Hmm tak tahulah nak cakap camne. Suka hatilah. Selalunya, ramai yang tak perasan bahagian 'request' ni, ada yang sampai beratus-ratus request. Jadinya, memang sorry lah kalau tak join atau reply RSVP. Tapi kalau ada request ajak main game, memang aku ignore aje, serik addict main Restaurant City. Tak nak terjebak lagi dah..huhu.

Step 6 : Main GAME kat FB dan application

Okay, ini memang best. Antara daya tarikan utama FB adalah game yang sangat best dan juga melekakan jika terjebak. Siap boleh bina dan decorate restoran sendiri, bangunkan pekerja, kumpul duit banyak2, tanam sayur, bela kambing dan macam-macam lah. Ala, mula-mula excited, lama-lama akan bosan gak, percayalah. Itu yang berlaku kat aku. Sekadar hiburan melepaskan tension, okay kot. Ikutlah masing-masing. Application pun, tengok gak lah. Ada yang memang entah ape-ape, better ignore je lah.

Okay. Cukuplah step yang ada kat atas tu. sebelum sign out FB, jangan lupa cek profile dan privasi kat bahagian account. Boleh je setkan privasi terutamanya gambar dan status. Caranya, cek dekat account --> privacy setting. Ni khas untuk mereka yang ramai stalker. Bagus jugalah sebagai langkah berjaga-jaga. 

Em korang tahukan yang kita boleh groupkan kawan-kawan kita. Contohnya, kenalan sekolah rendah, kenalan universiti dan unknown people. Caranya, kat HOME, klik friends --> +create a list --> groupkanlah mereka. Hal ini berguna bila kita nak post status, kita boleh setkan hanya kawan-kawan tertentu je yang boleh view status kita tu. selamat mencuba!

belle' : Enjoy reading your FACEBOOK!

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...