Sunday, July 11, 2010

Lee Chong Wei tiru gaya Lin Dan ?


Kehangatan Piala Dunia masih terasa sehinggakan aku tidak perasan telah berlangsung sebuah kejohanan badminton rupanya..aisehh..heheh

Petang tadi aku menonton perlawanan akhir 'KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA MALAYSIA YONEX SUNRISE 2010' antara Lee Chong Wei & Wong Choon Han. Walaupun dah jangka siapa pemenang, tengok ajalah. Takda buat apa lagipun masa tu. hmm...Dah di set kedua masa tu. Wong Choon Han mendahului dan menang pada set kedua, hebat la tu kan. Lawan D LCW kot. Bukan calang-calang orang.


Pada set ketiga, D Lee Chong Wei mendahului 14-7. (tak pasti sangat la berapa). Tapi yang pasti, lepas Wong Choon Han berjaya tambah mata je, D LCW tiba-tiba tak puas hati dan terus pergi ke arah pengadil. Maybe ada sesuatu yang tak puas hati la..kalau tak silap aku : bola yang masuk dikatakan out. Itu ok lagi la. Then, bila Wong Choon Han dapat tambah satu lagi mata, cuma gara-gara bola yang dianggap OUT oleh D Lee Chong Wei tetapi ternyata disahkan masuk oleh pengadil telah menyebabkan D Lee Chong Wei dengan spontannya telah melepaskan raket di tangan tanda protes tak puas hati.

D Lee Chong wei agak tertekan la, Choon Han dapat 4 mata berturut-turut pastu. 

Fuh, boleh tahan gak Datuk yang seorang ni. Dah mula nak tiru aksi dan gaya Lin Dan ke? Psiko di gelanggang? Wah kalau macam tu, boleh cuba lagi pasni. InsyaAllah confem lepas ni lawan Lin Dan boleh menang punyer! Hehe..maaf ye Datuk saya gurau-gurau saja..Still..You are the Best lah! Caiyooo~

Result penuh kejohanan boleh rujuk DI SINI!

p/s : boleh tahan hebat juga Wong Choon Han ni, kalau main macam tu masa lawan Simon Santoso kan bagus..aiyaak

No comments: