Monday, March 7, 2011

Bengangnyer hari ni !


Di satu petang yang hening, kedengaran suara sumbang berteriakan daripada sebuah bilik seorang gadis;
  • Aku bosan dengan cintamu
  • Aku rasa buang masa
  • Kau selalu mendustakan cintaku
  • Aku fikir kau tak..
  • arggh tensionnyerr
Sabar Belle, sabar. Bawak mengucup mengucap. Kenapa ni? Cuba cerita slow-slow kat aku ni hah

"Aku.. Aku.. Aku.. "
  • " Bengang !! "
iye, itu aku tahu. Sebab tu kau nyanyi lagu Akim tadi dan kau tak payah cakap pun, aku dah tahu la lepas tengok muka kau tu.  (si kawan tersenyum bangga) Yang aku nak tahu sekarang ni, kenapa kau tiba-tiba jadi bengang?

"Kau rasa kenapa?" *sambil angkat-angkat kening

Tak lain tak bukan gaduh dengan Boy, kan kan?

"salah" *sambil tersenyum bahagia

Emm.. Haa! Kau tak dapat jawab exam tadi. Susah ker? Ala rileks la, aku tahu kau dah cuba yang terbaik. Cuba lagi eh lain kali. Aku selalu sokong kau.. bla bla bla....

"Ei diam lah. Banyak cakap gak ko ni eh. Salah jugak! Percubaan 2X dah pun tamat dan sekian terima kasih, bye"

Ala, gitu ar membe. Cerita la Belleeeeeee, kalau tak.. aku.. aku nagis uwaaa T__T

(Eh ni sape yang bengang sekarang ni, bukan aku ker??) 

Ko tak nak pujuk aku supaya stop menagis ke? Aku nagis betul ni tau

"Nagis lah kau, orang tengah bengang dia maen-maen plak..huh"

Ok la, aku serius. Its ok kalo tak nak bagitahu, cuma satu je aku nak pesan, if ada pape masalah, cari je lah aku. Jangan pendam sorang-sorang tau. Ingat yang aku sentiasa ada untuk dengar masalah kau. Dan kalau aku boleh tolong, aku pasti tolong ;-)

Terharu lah plak diri ini tiba-tiba. Baiknya hati kau wahai sahabat!
"er tunggu. Ok fine! Actually aku bengang sebab...

*****

**

***

*****

***

*

exam aku dibatalkan pagi tadi dan tangguh hari esok. Tu je. Benda kecik je pun. itu yang aku segan nak bagitahu kat ko. Maafkan aku ea :). Love You! "

Oh. Ingatkan apa lah tadi.. hee. Takpe, ko jangan bengang-bengang, tak baik untuk kesihatan kau. Chill ok? Anggap je tuhan kasi masa lebih untuk kau study..hehe. Good Luck! Love You too~

"Oh betul juga tu. Thanks!"

p/s : Love your beloved friends people!

*nagis=nangis


No comments: