Friday, March 18, 2011

Typical break-up advice

Sesungguhnya entri ini bukan lah dalam Bahasa Inggeris.
  • Joyah : Korang, aku baru clash dengan pakwe aku .. cedey .. uwaaa!!
  • Kawan-kawan : Memang la clash dengan pakwe, takkan dengan jiran sebelah rumah plak. Ce citer ce citer, kami sudi dengar..
  • Joyah : erk, ye tak ye juga tu. Aku nampak dia dengan pempuan lain. Pastu kitorang gaduh dan .. uwaaa tak nak cite lagi (T__T)
  • Kawan 1 : Takpe la Joyah oi, jangan sedih-sedih. Ingat kumbang bukan seekor
  • Kawan 2 : Betul tu Joyah, dan anggap je yang  ko akan jumpa jodoh yang lagi baik lepas ni! "
  • Joyah : Tapi aku sayang gile kat die.. sayang sangat .. camne? Joyah terus menangis teresak-esak
  • Kawan 3 : Ei, chill la beb. Buat apa di sayang org yang tak sayangkan kita. Ko lawa, satu pergi sepuluh yang mari. Caya lah!
  • Kawan 4  : Haah la Joyah. Aku memang dari dulu dah rasa ko memang tak sesuai dengan dia tu. Aku tengok dia langsung tak serius dengan ko. Lupakan je lah dia. Life must go on dear~
  • Joyah : Aku takut aku tak kuat. arghh aku macam nak gile dah ni. Teman aku gi tingkat atas, aku nak terjun
  • Kawan 5 : Astaghfirullahalazim Joyah, ingat Allah Joyah. Aku yakin ko boleh punya. Aku ada kawan lelaki. Single lagi, ko nak?"
  • Kawan 6 : Itulah, aku dah pesan jangan bercinta-cinta ni. Couple kan haram. Bercinta lepas kahwin lagi best. Fokus kat study dulu baru fikir pasal cintan cintun ni..ok?
Cukup la 6 contoh typical advice yang selalu orang akan bagi khas untuk menenangkan teman-teman yang sedang frust menonggeng. Ada nak tambah? sila tinggalkan di bhgian komen ye. Hmm..Bagi yang hepi selepas putus cinta, itu kategori lain la, bukan di sini ok? Pendek kata, itu lah antara advice yg aku selalu dengar tak kira lah yang aku selalu guna mahupun orang bagi kat aku.

Persoalannya di sini, berkesan ke semua nasihat tu? Perlu atau tidak kita gunakan? Bagi pendapat aku, typical sangat la nasihat kat atas tu. Tambah buruk lagi, ianya bukan memulihkan keadaan, malah boleh buatkan keadaan tambah buruk. 

Kenapa aku cakap macam tu? Iye lah, membe tu tengah sedih.. boleh pula kita cakap yang bukan-bukan. Cuba lihat contoh nasihat Kawan 4 di atas. Kalau aku la, dah lama kasi 'pelempeng' free kat si kawan tu. Sebabnya, sejahat manapun bekas pakwe teman kita tu, dan sebagus mana pun pendapat kita, sila lah luahkan dengan cara dan masa yang sesuai. Silap-silap haribulan, boleh putus kawan beb.


nasihat dari kawan 5 pun aku tak suka! Of course, your friend perlukan masa untuk sembuhkan hati yang kecewa. Even luka pun tahu, dia perlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Its common sense rite? So please, jangan pandai-pandai nak jadi matchmaker! Betul, orang kata, kehadiran orang baru boleh buat seseorang lupakan yang lama, tapi bukan dalam masa yang begitu singkat. 

Untuk kawan 6, no komen kot. Couple itu haram dan cinta selepas kahwin itu lagi best. Yup, kita selalu dengar kan ayat-ayat tu. Bagi aku, just take it easy. If korang rasa boleh buat, buatlah.. dan itu yang terbaik. Tapi kalau tak boleh nak buat macam mana kan? Asalkan kita tahu batas-batas pergaulan, InsyaAllah. Sama-sama kita doakan hubungan yang dibina akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin..aminn =)

Akhir kata, kita kena ingat yang 'cakap senang la, nak buatnya susah'. Dan hanya orang yang pernah putus cinta (maksud cinta kat sini bukan cinta monyet ye) sahaja akan memahami perasaan kecewa itu. Point aku kat sini, jika korang tak pernah bercinta ataupun belum pernah dikecewakan, jangan lah pandai-pandai nak gi tolong bagi advice yg bukan-bukan kat kawan korang yang tgh bersedih tu. 

Buat je lah kawan kita tu gembira, luangkan masa bersamanya, itu pun dah memadai.

# sekian terima kasih. terima kasih sudi baca (^__^)

layan si Lutfi ni jap jom..

3 comments:

caien comey said...

hahaha..kire byk pengalaman ko nie..typical yg ak penah dgr plak
"klu btul dy jodoh ko x kemana nye"

syanabel said...

yezza, sangat2 la typical.
Tapi kena ingat, jodoh takkan datang kalau kita tak cari..kihkihkih

irwanmiswan said...

kamu di tag yer...harap maklom keh3

http://budakkampung39.blogspot.com/2011/03/contest-mimik-muka-minta-lempang.html

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...