Yeah, ini malam aku ada semangat mahu menghupdate belog setelah agak lama menyepi tanpa sebarang entri
"huh, ada aku kesah?"
Ok fine.. ku sedar diri ini siapa..hukhuk.
TBS is stands for Terminal Bersepadu Selatan. TBS ni cantik dan besar dan baru dan canggih. Cukup kah itu atau aku memerlukan lagi beberapa perkataan untuk menjelaskan TBS itu bagaimana?? TBS menyediakan perkhidmatan BAS dari KL ke Selatan, bukan Utara. Nama pun Terminal Bersepadu Selatan kan?
Aku baru sahaja menggunakan perkhidmatan TBS pada pagi Jumaat yang lepas. Patutnya malam Khamis tu dah boleh guna, tapi disebabkan ku terlewat sampai daripada Bukit Jalil menaiki Bas Rapid KL 15minit sahaja, penerbanganku dari KL ke Muar terpaksa ditunda selama 8 JAM. Diulangi 8 JAM. Ah bukan korang je, aku sendiri ni hah susah nak percaya..
Apa aku buat selama 8 Jam tu? haha, itu rahsia la. Masa ku mula-mula sampai sana, teruja juga lah. Fulamak ada board perlepasan macam kat KLIA... Tapi, ku punya misi utama perlu dilaksanakan iaitu nak dapatkan tiket bas seawal yang boleh. Aku berlari ke kaunter tiket. Sekali kat kaunter, comel lah plak budak yang jaga kaunter tu..haha.[sempat] Tapi misi ku hampagas sebab bas ke Muar dah pun bertolak pada 15 minit yang lalu iaitu pada jam 11.30.
Jadi dengan paksa rela aku pun beli la tiket pada keesokan paginya JAM 8 pagi. Masa nak beli tiket tu, punya lah formal. Budak comel tu siap cakap, boleh saya mintak no phone IC? sah, memang style nak tempah tiket kapal terbang..haha. Pastu, boleh pilih tempat duduk bas, pakai touch screen lagi. Mayang Sari je pun kot..takpe bagus2
Esok pagi nya, alhamdulillah aku berjaya menamatkan penantian ku selama 8Jam di TBS tu, [ops kantoi plak] dan aku terus ke food court untuk bersarapan. Ada KFC ye. Tapi pagi tu tak bukak lagi la. Ku sarap nasi lemak sahaja. Dan tiba lah masa untuk aku menaiki bas. Ok, memang style nak naik kapal terbang which is you must beratur satu line. And then your ticket akan discan untuk tujuan pengesahan.
So, amacam. Menarik bukan. JOM pakat ramai-ramai pi turun SELATAN guna TBS..hehe. Entri ni aku tulis dengan tujuan nak ucapkan tahniah MALAYSIA! semoga wawasan 2020 akan tercapai.
Dan tak lupa juga Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menewaskan Lin Dan! I'm proud of you..but, can I ask you one question? You dah ada awek baru ea?? tak bagitahu I pun..haha [kecoh cam melodi la kau ni Belle]
3 comments:
Best nye..
Selalu gi KL drive..
Nanti nak naik bas je..
Le try servis kat situ..
yep..makesure try key..hehe
menarik kak..
Post a Comment