Wednesday, March 9, 2011

Sejarah Syafiqah & Internet

Kini, internet dan Syafiqah seakan-akan tidak dapat dipisahkan lagi. Ah, aku pasti, bukan aku sorang je, korang pun begitu bukan?? hehe. Pastinya korang ada sejarah tersendiri macam mana korang boleh tahu pasal internet dan akhirnya terjebak dengan internet. Begitu juga aku. So untuk entri kali ini aku akan bercerita lah dari awal hingga akhir apa kisah disebalik SYAFIQAH & INTERNET.

Kisah bermula pada tahun 2003 (8tahun yang lepas) bila aku join kelas komputer di sekolah ku. Eh tapi sebelum tu aku dah lama jugak la berkenalan dengan komputer. Komputer lah yang mengenalkan aku dengan internet. Tanpa komputer masa kan boleh ada internet, betul tak?

Bila dah kenal dengan internet, aku mula create satu e-mail. Waktu tu, disebabkan tak berapa tahu sangat pasal internet, kawan aku yang create kan email untuk aku. Oh aku ingat lagi nama kawan aku tu..hehe. Tapi mana lah aku tahu kalau email tu tak dibuka dlm tempoh waktu yg lama, automatik akaun akan terdelete. So, sia-sia je usaha kawan aku tu (T_T)

Pada tahun 2005, sejarah tercipta apabila dengan rasminya aku telah membuka satu akaun YAHOO. disyru_belle@yahoo.com. Yeah. Start dari situ juga aku mula kenal apa itu internet, macam mana nak guna GOOGLE dan sbgnya. Agak teruja dengan Yahoo Messenger masa tu. Bila ada waktu lapang mesti pergi bilik komputer sekolah tuk surf internet. Tapi kecewa bila datang-datang je komputer dah penuh org lain guna (T_T)

After SPM, aku mula membuka akaun Friendster. Waktu tu, Friendster popular lagi. Teruja juga lah dapat tengok foto kawan-kawan lama, berbalas-balas komen dan menghias layout profile dengan gigihnya..hehe. Best sangat. Selain aku gunakan untuk cek email, maen friendster dan berYM, aku juga mula mendaftar online untuk kemasukan ke matrikulasi melalui internet. Terima kasih Internet!

Pada tahun 2006, aku semakin addict dengan Friendster. Tambah pula, rumah ku kini sudah ada internet. Bila balik rumah je, mesti maen friendster..hehe. Aku jugalah yang menggalakkan teman-teman sebilikku di matrik supaya buat akaun Friendster sendiri. Aku teruja dengan Friendster sampai habis kuliah je, mesti nak kena singgah CyberCafe cek Friendster. Result matrik sem1 jgn cakap lah, teruk kot. Tapi Alhamdulillah, aku upkan balik pointer aku masa sem2.

Tahun 2007 pula, aku berkenalan pula dengan FACEBOOK. Ada kenalan bagi link suruh create Facebook. Then aku pun buat lah. Masa tu aku bukan tahu apa sangat. Tahu nak enjoy je. So aku buat je lah semua, myspace lah entah ape lagi akaun yang aku dah create aku pun tak pasti. Bila dah buat Facebook, seriously Friendster lagi menawan hati. Tak reti lah men Facebook. Kawan yang ada pun ciput je..huh

Tapi jodoh aku dengan Friendster tak lama. Aku pernah ter-post something kat bulletin friendster. Wah ingat lagi aku kan yang Friendster ada bulletin..haha. Post tu bertajuk ''Kisah Lucah Aku". Tujuan aku cuma nak menarik kawan-kawan aku supaya klik pada link yang aku post tu.. hehe. Tapi tak sangka benda yang aku buat tu akhirnya memakan diri aku sendiri. Aku mula rasa paranoid, mula rasa bersalah yang aku tak sepatutnya post tajuk yang begitu mengkontroversikan itu!

Bagi menutup malu yang amat, (padahal takde ape pun kot..aku je yang suka pikir bukan-bukan), aku pun berkeputusan menutup AKAUN FRIENDSTER aku secara tidak rasmi pada Mac 2008. Aku delete akaun friendster aku secara rasmi pada Mei 2009 selepas aku nazar nak delete FB & FS kalau aku lulus exam tahun satu di UniKL. Mengarut je kan nazar aku tu.

Aku pun delete lah dua-dua akaun tu. Tak berapa lama kemudian, aku buat balik akaun Facebook sebab aku rasa cam tak boleh la hidup tanpa Facebook. Kawan-kawan pun pelik, apa perlu nya ko nak delete Facebook tu, nak kontek susah. So aku pun buat Profile Facebook yang baru. Walaupun aku tahu akibatnya, aku still yakin yang aku boleh cope with that. Rasanya semua pun tahu Facebook is so freaky addictive. You can only sit in front of it without eat for hours...huh

Blog! Aku mula kenal apa itu blog selepas membaca blog sepupu ku. Masa tu, akhir tahun 2008 kalau tak silap. Aku buat akaun gmail semata-mata nak tinggalkan komen kat blog dia. Lepas tu, aku tertarik pula nak buat blog sendiri. Macam best dapat post gambar, tulis aktiviti seharian..macam diari! aku suka tulis diari. Tapi tak lama blog tu bertahan, setahun je. Sebab apa entah, minat aku nak berblog dimatikan bila aku down masa tu. Ada orang tak suka aku berblog, sebab kata nya beblog ni hanya lah buang masa. 

Tipu lah kalau aku kata aku tak pernah rasa bersalah menulis blog dan sentiasa rajin update setiap hari. Kalau rajin baca buku takpe. Perasaan bersalah tu sentiasa ada. Tak kisah la terhadap diri sendiri mahupun ibu bapa. Entah macam mana, masa tu perasaan bersalah tu terlebih pulak, so aku pun stop berblog dan teringin hidup tanpa blog. Aku delete post yang lama-lama dan delete blog. Tapi..

Tapi tak lama pun aku down. Lepas beberapa minggu, semangat aku untuk berblog kembali semula. Aku tekad, aku akan berblog tanpa menghiraukan apa orang nak kata. Dan akhirnya, sejarah tercipta pada Disember 2009 apabila blog ini ditubuhkan. Masa tu aku namakan blog ni Syafiqah adalah Nabilah.. haha merepek je aku ni.

Alhamdulillah, blog ni tak di delete sampailah hari ni, Mac 2011. Dah berusia setahun 3 bulan ye kau wahai blog..hehe. Gimana sih rasanya memiliki blog selama 1 tahun 3 bulan?? Perasaan mestilah gembira. Aku bebas meluahkan apa yang aku nak. Bila aku rasa ada benda best untuk dikongsi, aku kongsi pada semua. Kalau boleh aku nak hari-hari yang berlalu dalam hidup aku dicatatkan dalam blog ni. Tapi bukan semua lah, jadi kurang lah privasi dalam hidup aku kalau macam tu, kan?

Alamat-alamat dunia maya ku ;


Terima kasih semua!

2 comments:

= d = said...

wow!!
byk tu..
u should try bkk account tumblr plak..

=)

syanabel said...

mungkin..hee InsyaAllah =)

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...