Pada Jumaat yang lepas, pensyarah ku ada berkata yang, perempuan susah nak melupakan lelaki kerana mereka suka menganggap diri mereka adalah penyelamat lelaki. Savior la kononnya. Betul ke ni? Tapi pepatah memang pun pernah berkata;
"Di sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya..."
Pada pendapat korang pula camana? Bagi kaum Adam, adakah ada wanita yang menyokong usaha kejayaan anda? Atau wanitalah yang menjadi punca kegagalan anda? Aku agak menyokong pepatah kat atas tu. Sbb aku pernah alami sendiri. True story okey. Harap jangan jeles.. (^__^)Y
bila lah lelaki ini mahu ada wanita di belakang nya .. rugi sungguh tau
Dulu kat sekolah ade sorang mamat kulit kurang putih ni suka kat aku tapi aku tak suka kat dia. Bukan sebab kulit dia yang kurang putih tu, tapi sebab aku memang murid yang baik time tu. Ustazah kata tak boleh kapel. Dosa. Aku ikut la cakap ustazah. So aku pun dgn soft spoken telah menyatakan kat dia "Aku anggap ko sebagai kawan je, aku tak nak lebih dari tu." Sian mamat tu. Terus tak kacau aku lagi lepas tu.
After aku pindah sekolah, aku ingat aku dah bebas, rupanya tak! Dia bole cakap kat kawan2 sekolah dia aku ni awek dia. Aku tahu pun sebab aku terjumpa kawan dia tu kat program ape ntah. Psycho betul! Bengangnyerr. abes semua kawan-kawan aku yg gi program tu ejek aku dah ada pakwe. malu uwaa.
Tapi after SPM, dia kontek aku balik. Dia ada bagitahu, masa PMR, dia study rajin-rajin sbb nak kalahkan result aku. Terharu la plak tiba-tiba. Tapi, die tetap kalah satu A dengan aku..yess haha. Dia just nak berterima kasih kat aku dan kami berkawan baik sampai sekarang. Dia dah kahwin pun. Isteri die lagi cun daripada aku tau.. padan muka kau melepas.. kuang3
Jadi, jelas lah bahawa aku menyokong pepatah atas tu. Cuma aku juga setuju perkara sebaliknya iaitu, wanita juga punca kegagalan seorang lelaki. Contoh : Bila mana si isteri tak menyokong malah selalu memperlekehkan apa yang dilakukan oleh suami. Padahal suami melakukan semua tu untuk masa depan keluarga gak kot
next!
Pasti ada seorang wanita di sebalik kejayaan lelaki..
Kalau lelaki itu seorang anak, maka ibu lah menjadi pendorong kejayaan beliau. After dapat result bagus, balik rumah peluk cium mak tuk bagitahu, "mak, saya dapat straight A SPM!". Bangganya menjadi seorang ibu waktu tu =)
"Aku kena cari Girlfriend la. Result aku teruk dowh sem lepas.."
Mengikut pemerhatian dari kaca mata Belle, banyak je kes macam kat atas tu. Selain GF menjadi sumber inspirasi, Si BF juga akan berusaha bersungguh-sungguh nak kalahkan GF yang dapat anugerah dekan setiap sem. Haa bagusnyee. Tapi tak bagusnya bila ada juga lelaki yang cakap macam ni;
"Aku rasa bodoh (tak pandai) lepas kapel dengan kau!!!!!!!!!!"
no komen. (Dah elok-elok kapel sebelum SPM, pastu nak salahkan awek plak bila result hampeh. Memang boleh jalan ar jantan camni... huh)
siapa lah agaknya wanita disebalik kejayaan lelaki ini .. hehe
Selain itu, aku sebagai anak, sentiasa menyokong segala apa yang abah aku lakukan untuk family kitorang. Aku juga tak paksa abah untuk naik pangkat kerana aku tahu abah dah puas hati dengan kedudukan dia sekarang. Aku cuma berharap abah selalu menjaga kesihatan..hehe
Sebagai girlfriend, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk si dia. Walaupun dia belum pasti lagi untuk aku, aku tak nak tengok dia jatuh. Semoga dia berjaya mencapai impiannya dan aku bangga menjadi sumber inspirasi dia..hehe *malu
Walau siapa pun status wanita itu, setiap wanita pasti ada aura tersendiri dalam menjadi pendorong kejayaan setiap lelaki. Apa yang penting? Bukan kerjasama lagi dah tapi .. seseorang itu mestilah seseorang yg penting dalam hidup seseorang itu. sbb itu blh jadi pendorong atau pemberi semangat.
betul tak??
No comments:
Post a Comment