Salam.
Apa khabar orang kampung anda semua? Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu di samping keluarga tersayang. Yang duduk asrama, kolej mahupun rumah sewa, takpe. Jangan nangis la, nanti bila cuti panjang kita balik kampung ramai-ramai eh.
Masuk hari ini, genap lah 5 hari tak update blog. Puncanya, kerana aku mengalami keputusan atau lebih tepat lagi keter'had'an talian internet. Maka maaf blog, jangan kecik hati ye. Nanti aku belanja ko aiskem Malaysia, ala aiskem yang boleh belah dua tu, pastu nyonyot mase cuaca panas.. argh sodapnyerr..kan kan
So, apa cerita aku pada 5 hari yang lepas? Aku ke Taiping, menjalani clinical di sana. Kenapa tidak clinical di Hospital Ipoh je? Sebabnya, bagi mengelakkan terlampau 'crowded' di sana. Makanya kena bahagi dua group. So, 2 minggu di Taiping, 2 minggu lagi di Ipoh. 2 minggu lagi kelas teori. Satu minggu exam. So total ada 7 minggu. Ok faham sudah? hehe bagus lah korang ni
Wah, sejak posting pertama, MITC dan posting kedua Psychiatric.. jenjalan je kerja kitorang. Best tu memang la best, tapi bila dah start masuk posting Kanak-kanak ni, shock terus kot. Terkejut sebab terasa lama tak belajar medicine. Takpe lah, kayuh slow-slow insyaAllah boleh punya. Exam final lagi 6bulan. Oh ingat kan aku tentang itu ye :P
Hari pertama ku di Taiping ??
Lepas je selamat mendaftar dengan DR Saiful, Head of Department Paeds @ Taiping Hospital, kitorang terus je 'check in'. Cet, macam nak gi check in hotel lima bintang eh. Then, bila tengok keadaan rumah, ok fine, amat standard la dengan status rumah sewa yang free tanpa bayaran. Kami pun terus menuju ke TESCO untuk lunch dan beli barang2 yang tak cukup lagi. Ubat nyamuk, sabun cuci lantai, selipar yang murah.
Lepas tu, acara membersihkan rumah pun dilancarkan. Fuh, kat rumah sendiri pun aku tak serajin ni okay. Nak menge'mop' bagai hah. Tapi Alhamdulillah, berkat semangat 1Malaysia kami enam orang, sekejap je rumah kitorang jadi cantik macam kat dalam TV tu, rancangan casa impian..haha.
Malam tu, MacD menjadi port pilihan kami. Oh tidakkk! aku kena study selepas mendapat cabutan tak bertuah dan perlu prepare case untuk Dr Hadhrami (lepas ni akan disebut DR H). [ Aku clerk case Nephrotic syndrome] Dan tiba-tiba, sedang ku asyik menelaah pelajaran;
- "eh, Dr Hadhrami reply status aku di Facebook" jerit rakan ku.
- "Hah? Apa dia habaq?" teringin gak nak tahu
- "Dia kata, kelas esok maybe cancel.. dia kena pi UM tanda paper"
- "Oh really. Ini betul ke main-main??" aku mula berubah menjadi manic
- "Tak konfem, esok pagi dia konfem kan"
okay, kami still kena study tapi aku still 'yes' dalam hati sebab ku tak kena present dengan Dr H. Untuk pengetahuan, cuak woo nak present dengan Dr H. Dah ler aku dah lama tak clerk case medicine. Physical exam banyak lupa dah. Adeh. Tak boleh, tak yakin akuboleh perform dengan baik. Tapi Dr H ni kelakar orangnya dan korang boleh gelak sampai pecah perut bila dia berkata-kata..haha. ini sungguh serius!
Malam tu, aku terimbas kembali memori lama waktu dulu-dulu duduk di asrama. Best kot tidur ramai-ramai, kongsi bilik air, amek turn gosok baju..hehe. And bayangkan bilik kecik je, tapi muat enam orang..hehe. Takpe lah sempit sikit, yang penting kami seronok. Sebelum tidur sempat la baca Ma'thurat dan beberapa surah. Iye lah tempat baru kan. Oh bilik tu banyak nyamuk, maka ubat nyamuk yang berlingkar yang dibeli di Tesco pun dipasang. Sebelum tidur gosip-gosip jap dan kami pun tertidur..Zzzz
Hari kedua ku di Taiping ??
- sambung esok je lah boleh.. penat la.
- Good Night everyone!
No comments:
Post a Comment