Thursday, June 16, 2011

please, respect the living!!!!!!!

Pagi ni aku tiada kelas. Cuti umum khas untuk syafiqah dah rakan-rakan group 4B yang lain juga. Ala, tapi rakan-rakan sekuliah yang postingnya dah tamat exam semalam lagi best, hari ni mesti dah selamat berada di kampung halaman masing-masing. Alangkah bestnye menjadi mereka. Dapat cuti lama, 4 hari kot. [eh lama tau tu!]

Ok, cukup lah Belle. Jangan asyik mengeluh. Berbanggalah dengan apa yang ko ada sekarang. Bagi lah mereka cuti pula. Ko dah dapat cuti lama pada posting yang lepas. Bagi can kat depa pula ok?

Bagi yang belum tahu, aku kini sedang dalam posting Medical and Surgical [SSM posting]. Esok la hari terakhir di mana aku akan menduduki ujian. Biasalah, tamat je posting mesti ade ujian. Tanpa test, tak bermakna lah 7minggu yang kita dah lalui tu, betul tak? Yeah, disebabkan ada ujian lah, baru nak study! Kesimpulannya, kita study just because ada ujian..adeh la Belle, Belle..

Maaf ler. Sepanjang posting SSM ni, aku  jarang bercerita pasal hari-hari yang aku lalui sebagai seorang pelajar medik. Mase posting sebelum ni, ada juga lah bercerita, kan kan? contoh : view sini, dan sini juga. Tapi, kat tepi sidebar ni, ade je label AKU budak medik. klik and bace je la kat situ eh. Aku ade buat label khas untuk rentetan hari-hari ku as a medical student.


Sepanjang di medical and surgical ward, banyak benda yang aku dah belajar. Masa phase 2 dah pernah buat posting ni, tapi just ambil history dan buat physical exam je kat pesakit. Dah masuk phase 3A ni, up sikit la, kene la pandai baca tiket pesakit, belajar nak buat investigation apa dan macam mana nak diagnose sesuatu penyakit tu. Management plak, belum belajar sangat, tunggu nanti bila dah masuk the next Phase..hehe (cuak cuak)

Antara Medical and Surgical, aku prefer Surgical lagi. ianya menarik dan lebih simple. Kalau pesakit tu ada sakit perut bahagian kanan, guarding, rebound tenderness, ade muntah dan cirit birit. Ok, kita sedia untuk buat pembedahan appendiks! hehe. Untuk medical pulak, bukan tak seronok. Ok je bagi aku. Cuma, selain sebab ade M** aku rasa yang medical ni bidang yang sangat la luas dan banyak. Serius banyak betol benda yang kita kene tahu. Aku kena byk baca lagi kalau nak mahir dalam posting ni. Oh tidak, membaca bukan lah kemahiran dan kesukaan aku..huhu

Dan satu lagi aku perasan. Mase posting Surgery, macam-macam bau yang aku dah rasa. Pahit, masam, wangi dan busuk..hehe. Kadang-kadang terfikir jugak, ini ke environment tempat keje aku nanti? betul ke ini minat dan kesukaan aku? omaigoss! Tidak. Tapi bila tengok kesungguhan dan kebaikan seorang doktor HO yang sangat tekun menjalankan tugas dia di ward tersebut, aku jadi kagum! Kagum sangat. Aku kembali membetulkan niat aku yang aku datang ke RCMP untuk belajar, untuk menjadi doktor yang akan membantu meringankan derita pesakit. Ya Allah, kau ikhlaskanlah niat ku..amin.

Pernah, aku terjumpa seorang pesakit ni, beliau sebaya nenek aku gak la. Dalam 70 tahun camtu. Aku tanye, Mak cik sakit ape? Tiba-tiba dia terus menangis eh. Aku pelik, aku tak sentuh dia lagi ni. Aku tanya kembali, kenapa menangis ni Mak Cik? Mak cik risau cucu mak cik kat rumah. Tak ada orang nak jage. Aku pun nasihat kembali, jangan macam ni mak cik, mak cik kene kuat, cepat sihat, cepat la mak cik balik rumah dan boleh jaga cucu mak cik. Jangan menangis ye mak cik. Point aku kat sini, sbg doktor, selain kita kena rawat penyakit luaran, kita juga kena belajar cara nak melayan emosi warga emas.

Ada sorang pesakit ni pulak, dia penghidap barah Payudara. Sedang menjalani chemotherapy je waktu tu. Belum buang lagi. Aku pun interview la mak cik tu. Tanya macam-macam dah ni. Tapi aku perasan satu, mak cik tu langsung tak sedih. Dia tersenyum, aku pulak yang nak nangis eh tengok dia. Bestnye jadi mak cik tu kan, walaupun dia tahu dia sakit, ade barah pulak tu, dia tetap tersenyum. Syabas mak cik! saya bangga dan kagum dengan semangat makcik. mak cik tak melayan penyakit, mak cik kuat melawan penyakit Mak cik. Kan bagus kalau semua pesakit macam mak cik. Kami doktor-doktor ni pun semangat nak merawat semua pesakit di ward.

Live your Life till the end~

Pendek kata, dengan melihat kehidupan orang, ianya banyak mengajar aku. Mengajar aku tentang kehidupan. Kita perlu menghargai kehidupan. Jangan biarkan kehidupan berlalu dengan sia-sia. Tersenyum lah! Jangan bersedih. Kalau kita jatuh, cepat-cepat lah bangkit! Sentiasalah berfikiran positif dalam semua perkara. Jangan biarkan emosi menguasai diri kita. Berfikirlah sewaras-warasnya.

Ok salam. Thanks for reading.

Respect the living. Respect the dying. DO not do CPR on dying patient!

to be continued...

3 comments:

erysweetie said...

royal perak medical college eh? ade my fren kat situ jugak... senior u rasenye =)

IMANSHAH said...

belajar menerima kelemahan diri

EZAN IDMA said...

yup. hargai kehidupan :)