Tuesday, June 7, 2011

sape je yang tak tengok Nora Elena?

yes! I do watch Nora Elena. Walaupun balik rumah lewat, kadang-kadang tu jam 7.30PM baru sampai rumah, but still ada masa untuk tekan butang on kat TV, then tonton Nora Elena. Padahal solat tak lagi tu. Kalau iklan baru pi solat..ish3. kadang-kadang, cite habis baru cepat-cepat amek wudhuk..adeh

So, apa aku nak bebel hari ni? ye, pasal Nora Elena, bukan Nora Danish. Episode hari ni ada satu scene yang really tipikal punya scene dalam drama melayu. Tak sure la pulak scene ni tipikal ke tak dalam reality. hmm tipikal la kot. mungkin la.


ia adalah scene di mana perempuan ni sedih sebab baru kena dump dengan pakwe die. Disebabkan tiada tempat mengadu, dia pun pergi kat bekas teman lelaki dia which is dah jadi suami orang dah pun. Siap datang rumah lagi. Maka, bahu si lelaki dipinjamkan untuk wanita yang sedang bersedih. Malangnya si isteri tertonton pulak adegan tersebut. kacau betul lah. maka si isteri mula cemburu.

Isteri pun bertanya, "kenapa tadi tu?" si suami pun terangkan la A-Z. Si isteri membalas, "oh, sampai kena peluk2 la." Si suami balas balik, "kitorang just kawan je la. kenapa, cemburu eh?" Then, perempuan yang sedih tadi tu suka sebab kononnya dia berjaya la buat isteri dia jeles pastu gaduh. Yes! tahu dah apa jalan cite seterusnya. Boleh jadi pengarah filem ah gini..muahaha

Tapi, tadi ada part sedih la. Part di mana, kawan Elena terdengar lelaki yang dia suka cakap dengan Elena yang dia sukakan Elena. Sedihnya. Kesian kawan Elena tu. Harap-harap lelaki tu akhirnya suka la kat kawan Elena tu. Amin..

Tadi, perlawanan persahabatan Volleyball antara RCMP & Kelab Rekreasi Ipoh menghasilkan kemenangan berpihak kepada bukan RCMP, 25-10, 25-10, 25-5. Takpe, try lagi RCMP! You can do it! Bak kata seorang teman ku, "Jangan kita fokus untuk menang, nanti kecewa! Main untuk enjoy, baru kita akan puas hati dan seronok" =) thanks kawan!

Oklah. Perut sudah berlagu riang. Tomyam ayam ku bersama nasi putih dan telur dadar pun sudah selamat sampai di meja hidangan. Tiba waktu untuk beta bersantap. Jemput makan semua. bye bye. { kenapalah mahal betol tomyam ni, 7hengget 40puluh sen kot..bankrap bankrap! }

jumpa lagi. terima kasih sudi baca =)

5 comments:

FarhanaDr said...

Err.. Sebenarnya kan.. Akak tak tengok pon. Sedih kan. Kat sini takde TV macam kat umah sewa Ipoh dulu. Sob sob. Rindu Ipoh. :(

= d = said...

suke sgt tgk citer nie..
tapi x de tyme nak tgk..
huhuhu..

Mahfuzah said...

Great Job Volleyball team UNIKL RCMP!!! dh byk improvement controll bola dpd sblm ni.. beginner vs advance... still leh fight dgn diorang.. bgus2!!! so, get ready utk next friendly match k.. mule2 tu agak confius nape la sume player volleyball rushing balik awal.. bile Belle upload citer baru.. baru ku tahu... hahaha.... gara2 nora elena.. ceh.. smpat lg.. >_< housemate lain sume tgk... akk je xtgk. cam xsmpat.. klo smpat pun myb kt tonton kot... diorang ckp si Seth tu romantik ek?? ntah la... no comment.. cam busan nk tgk coz heroin die cam xreti berlakon.. truk tul la kritik orang.. (kalo lisa surihani) ke.. cam best gak nk layan citer tu.. yg penting hero hensem.. hehe

Teratak Hami said...

Akak dengar pasal drama ni, ramai kata BEST tapi asyik terlupa jer nak tengok ... hehehe.

syanabel said...

Kak Farhana : kalau rindu, datang la Ipoh bila free2..hee

=d= : takpe, bile free bole tgk kat tonton.com..hehe

Mahfuzah : nak tahu tak, Heroin tu panggil Hero uncle dalam set..hehe

Teratak hami : ish, jgn lah lupa-lupa..hehe. dgr cite next week last episode dah..huu