Sunday, June 12, 2011

Diary of a chipsmore girl

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”
- kredit to blog The Other Khairul 
[ klik untuk baca entri terbaru beliau pasal lelaki chipsmore ]

# ni sambil dengar lagu 'saat terakhir' by Hijau Daun

Hari pertama 
Aku chipsmore girl! Seronoknya hari ni. Ah bahagianya. Aku rasa dunia ni aku yang punya. Ah indahnya. Thanks awak.

Hari kedua
Aku bangun awal pagi ni sebab semalam tak boleh tidur. Aku sangat excited. Hari ni pagi-pagi lagi aku dah mesej dia. Aku nak kejut dia, aku tak nak dia terlepas solat Subuh. Aku sayang dia. Sayang sangat-sangat.

Minggu kedua
Seronoknya dapat jumpa dia hari ni. Rindunya aku padanya. Bila lah dapat jumpa lagi lepas ni kan. Masa, cepat lah berlalu, tak sabar.

Minggu ketiga
Hari ni aku tukar status kat Facebook daripada single ke in a Relationship. Ramai juga yang like. Alhamdulillah, terima kasih kawan. doakan aku bahagia bersama si dia dan jodoh kami berkekalan.

Minggu keempat
Hari ini, seseorang buzz aku di YM. Seorang teman lama. Aku berasa pelik, jarang dia nak buzz aku kalau nampak di YM. Tapi akhirnya aku tahu kenapa. Dia ternampak status aku di FB rupanya dan ingin bertanyakan hal itu. Aku pun menjawab soalan dia dengan tenang dan dia mendoakan kebahagiaan kami. Tapi betul ke dia suka? atau buat-buat suka? Biarlah. Sejak dari hari tu, kami kerap berYM. Entah kenapa, aku dapat rasa satu perasaan aneh. Cinta lama berputik kembali ke? Tapi aku dah ada BF la..

Minggu kelima
Sejak teman lama aku muncul kembali dalam hidup aku, aku mula abaikan si dia. Bila dapat mesej or call darinya, aku tak se-excited macam dulu. Aku sendiri tak tahu kenapa. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri.

Minggu keenam
Eh, aku dapat mesej la ..dari seorang teman..hehe. Dulu aku minat gile kat dia ni. Tak sangka nya dia buzz aku..hmm. La rupanya nak tanya BF aku sihat ke tak eh. hampes betul. kami pun chat la. dia cite pasal awek die, aku pun cite pasal bf aku. the end. tapi, dia ni macam nak ngorat aku je..ee bestnye

Minggu ketujuh
Dah tujuh minggu kami couple. kenapa aku rasa macam bosan la. Rutin harian aku sama je setiap hari. Dia akan mesej. Pastu tanya, "awak dah makan? Awak tengah buat apa? study eh? ok bye, tak nak ganggu la. Study elok-elok ye." setiap hari benda yang sama. ah bosannya. Nak jumpa jauh. Hmm, tak boleh jadi ni.. aku perlu buat sesuatu.

"ei, kawan. aku ada problem ni! Aku rasa bosan la dengan BF aku. Aku rasa aku nak mencari lagi. Someone yang lagi better. Yang lebih hensem mungkin.hmm. Aku ni jahat kan?"

"Hmm normal lah tu. semua orang macam tu kot. Tapi ko jangan la mintak clash dulu, slow-slow dulu."

"oh normal eh. ok thanks kawan."

Bulan kedua
Aku tekad hari ni! "awak, saya rasa baik kita jadi kawan je lah." a mesej sent! "er tapi kenapa awak?" a mesej received. "awak baik, baik sangat. Carilah yang lagi baik dari saya. saya tak sesuai untuk awak." Hmm.. aku harap keputusan yang aku buat tu betul. Aku muda lagi, aku tak perlu terburu-buru untuk mencari pasangan. Maafkan aku sayang! 

p/s : ini cerita realiti bukan main-main. Jangan ingat lelaki je mudah bosan dengan perempuan, perempuan pun boleh bosan dengan lelaki..adeh

moral of the story;
  • Jangan mudah menerima cinta. Tanya diri, "aku dah ready ke untuk berkomitmen?"
  • Jangan mencari benda yang terlalu perfect. Terima seadanya. Jangan lepaskan lelaki/perempuan yang baik. kalau semua nak yang bad-bad aje, siapa pula nak yang baik? huhu
  • Jangan terburu-buru. nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
  • Jangan jadi sampai, bila dah hilang, baru kita sedar yang kita sayang..ok?
Senang cakap, mudahnya manusia bila hendak memulakan sesuatu hubungan, tapi bila bab menjaga dan mengekalkan..itu yang payah. Macam kes keruntuhan moral remaja sekarang ni. Ibubapa pandai betol 'ternak' anak, tapi nak jaga..fuhh bukan senang


bersambung....

[tunggu keluaran akan datang untuk tahu apa kesudahan diary chipsmore girl..ok?]

6 comments:

Jo Qusary said...

Yeah, saya la chipsmore gurl!

Mahfuzah said...

kalo lame2 camtu, parah tu... msuk ICU.. ape lg, Doc Syanabelle?? kasi cucuk sama chipsmore gurl... haha

Mahfuzah said...

kalo lame2 camtu, parah tu... msuk ICU.. ape lg, Doc Syanabelle?? kasi cucuk sama chipsmore gurl... haha

Anonymous said...

apa kes nie, pika?
Im waiting eagerly for the 2nd part of "Chipsmore girl"

-Mr Anon-

syanabel said...

Jo : =))

Kak Mahfuzah : cucuk je tak cukup, kene suh jumpe Dr Zul kasi kaunseling

Anon : Tunggu dan lihat aje. aku pun tak sabar ni..hehe

MBBS 1015 said...

hahaha!!!.....