Saturday, June 4, 2011

review Filem Billu Barber

salam. Filem Hindustan kini bersiaran kembali di blog ini!

telah ditayangkan di TV3 jam 2ptg tadi
Director: Priyadarshan
Producer : Gauri Khan
Music Director : Pritam
Lyricist : Gulzar, Sayeed Quadri, Asish Pandit & Mayur Puri
Cast : Shah Rukh Khan, Irfaan Khan, Lara Dutta, Asrani, Rajpal Yadav, Om Puri
Release Date : 13 February 2009



Billu plays a village barber. His business is running low, since it has not been able to improve itself after changing trends. One day unit visits his village for a film to film a movie. It stars a Superstar who once had a friend from school Billu. All at once, Billu situation changes in people, and he becomes highly respected. Everyone wants to meet Superstar. But Billu is unsure, because it believes it can not compare to Superstar status. Moreover, fears that the star may not recognize it. Many attempts to reach the stars, but no. After all what he gives up. But people think he lied about the relationship with a star and start insulting him. His family and children also are disturbed.

In the end, called the school to function, the star reveals his past. He tells the audience that when the school had a friend who was always beside him in his situation. He tells how much the friend helped him to provide food, when he was hungry, so long as the clothes they had none. He said a friend gave him money to join the sale of his ancestral ear ring and that friend also happens to Bill.



okay!. Tadi tu sinopsis yang aku copy dari {sini}. Secara ringkasnya, cerita ni berkisarkan tentang seorang tukang gunting rambut. Dulu, kehidupan beliau sangat lah papa kedana. Sampaikan kerusi tempat duduk pengunjung kedai gunting rambut tu uzur sangat kot dan orang yang duduk tu boleh sakit pinggang sebulan. Tapi, kehidupan Billu sekelip mata berubah bila Sahir Khan (bintang terkenal) yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan datang ke kampung Billu untuk penggambaran filem. Entah macam mana, tersebar berita yang Billu ni dulu kawan si Sahir ni. Orang-orang kampung mula memberi layanan baik pada Billu, siap belikan perabot dan alat-alat gunting yang baru untuk kedai Billu. 

Tapi, langit tak selalunya cerah. Usaha Billu untuk bertemu dengan Sahir gagal. Dia pun sebenarnya macam-macam ragu-ragu nak jumpa Sahir sebab risau Sahir dah lupakan dia. Maklumlah, dah terkenal. Waktu tu orang kampung semua ingat dia menipu. Habis kedai Billu dimusnahkan, dan dalam sekelip mata kehidupan Billu berubah kembali seperti asal, malah lebih teruk. Dia dihina dan dituduh penipu.

Tapi tapi tapi! Sila la tengok cerita ni sampai habis ye. Sebab, rupa-rupanya, Billu ni betul-betul kawan lama Sahir. Sahir memberitahu satu kampung dalam satu ceramah jemputan, yang dia ada seorang kawan yang sanggup menjual subang emas sebab nak bantu dia ke Mumbai dan menjadi seorang Pelakon. Lepas Sahir dah berjaya, dia ada cuba mencari kawannya itu, tapi gagal sebab ada orang kata dia sudah berkahwin dan berpindah dari kampung itu. Bila Sahir sebut, nama kawan itu adalah Billu, semua orang kampung terkejut dan ada yang tertunduk malu.

Cerita tu diakhiri dengan, Sahir datang ke rumah Billu. Time tu, isteri Billu terharu dengan segala kebaikan suami dia. Anak-anak dia pun dah nangis-nangis eh minta maaf kat ayah diorang sebab tak percayakan ayah sendiri. Lepas tu, kat luar rumah ramai gile manusia sebab seluruh kampung gi rumah Billu nak minta maaf kat Billu. Tamat!


Pada pandangan aku;

Cerita ni boleh tahan best. Sebab banyak pengajaran dan paling penting sebab ada Shah Rukh Khan..hehe. Dan aku rasa, ini buat pertama kalinya, aku suka cerita hindustan sebab jalan cerita tanpa ada hero yang kacak..muahaha. Paling touching, bila Shah Rukh Khan berucap. Real betol dia menangis. huhu. Sedih-sedih. Sape belum tengok, pergi la tengok ye..hehe. Aku bagi 3/5 bintang!

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...