post ini adalah sambungan daripada post ini
"huargggh..ngantuknyee." penat malam semalam masih terasa. Bayangkanlah, jam 3 pagi Hari isnin baru bas catar yang dinaiki kami sampai di Ipoh, Perak. Fuh. Nasib baik lah kelas ku hari esoknya start petang. Kalau tak..hmmm. selamat jalan romeo la wahai kelas..hee
Untuk post Part 2 kali ni, aku akan cerita kan scene-scene yang kelakar yang berlaku sepanjang aku berkampung selama seminggu di UniKL MIAT. Aku cuba yang terbaik untuk sampaikan dengan gaya penulisan yang paling lawak macam SEPAH k? Tapi kalau tak lawak, dijemput tekan terus butang X kat tepi kanan korang tu ye =P
Scene 1 :
waktu tu, aku sedang asyik mencuci muka di tandas. Tiba-tiba, seseorang menegur ku. Oh dia merupakan atlit Bola Tampar dari UniKL MIMET. Kampus dari Perak sama macam RCMP. MIMET dan RCMP memang kamcing. Dah la dua2 dapat no-3 dlm group. Dalam toilet pun bertegur sapa tau..hee. Dia menegur ku, "Bila balik Ipoh?" Aku jawab, "oh hari Ahad." Dia bertanya lagi.. "Kat RCMP takde matahari ke?" Aku terdiam. Tak tahu nak reply apa. Lantas aku pun jawab sambil tersengih, "Eh ada je la. Maybe matahari kat RCMP tak sebahang kat MIMET kot..hehe."
Info : Kampus MIMET terletak di Lumut, Perak. Diorang ambil kos perkapalan. so faham-faham sendiri lah ye =)
Scene 2 :
masa tu aku tengah betul-betul kan tudung kat cermin tingkap yang tinted. Biasalah, perempuan kalau dah jumpa cermin. Aku memang yakin takde orang di sebalik cermin tu. Tapi bila dua kali aku pandang kat cermin tu, rupanya ramai gile student MIAT yang tengah kelas waktu tu tengah pandang aku eh. Alamak, macam mana aku boleh tak perasan ni? Malunyeee! Aku apa lagi, cepat2 ar blah. Sempat gak aku senyum kat diorang walaupun aku dengar diorang dah bersorak booo kat aku eh..adeh Belle Belle (^_^'')Y
Scene 3 :
aku dan budak2 team volley ball aku ade la terminat sorang mamat ni. Biasa lah, perempuan kan. Pantang kemain tengok lelaki yang teror bersukan. Kami ada jugak usha-usha. Tapi berani usha dari jauh je la. Fuh, kalau tengok time dia spike, memang cair ah..hehe. Nak dipendekkan cerita, tak sangka ni, saat-saat terakhir nak balik Ipoh, kami sempat bergambar dengan dia. Kebetulan betol! cara kebetulan tu rahsia lah kan..hehe. Tapi jangan salah sangka plak, minat kami kat mamat tu macam minat kami kat Lee Chong Wei aje..hee.
Info : ok. maaf. scene 3 tadi, bukan cite lawak. tapi lebih kepada kenangan yang paling manis dapat kat MIAT..hehe. Eh, aku dapat satu pingat Perak free, hadiah daripada Uncle Miat..hehe. =)
Scene 4 :
Disebabkan terlalu bosan duduk kat MIAT, kami memutuskan untuk ikut rombongan bas MIAT ke iCity malam tu. Mula-mula memang tak nak pergi la kan. Sebab ramai yang kata, ala takde ape pun kat iCity tu. Banyak lampu je. Sekali sampai sane, memang betul ada lampu je eh. Ok fine, memang bosan.
Tapi tapi, tiba-tiba, ada membe ni terserempak dengan orang kampung dia yang menjadi promoter Lazer Warzone. Dia pun tawarkan kami join main game Lazer tu. Bayaran RM15 sekepala. Walaupun mahal, kami setuju je la sebab kebosanan yang amat sangat. Next, guess what?? fuh memang best ar main game tuh. Dia ala-ala paint ball cuma bezanya dia tak sakit la lepas kena tembak.
Lepas main memang penat la. Dah la kami (5orang dak RCMP) orang paling last naik bas. Pastu sembang2 pasal game lazer tadi. Yang peliknya, kami aje yang bising, orang lain sume nak tidur. Haa amek kau kene sound, "RCMP, senyap sikit." What's on my mind? hahaha, tu lah, sape suh tak join kami main Lazer tadi kan..muahaha (gelak jahat).
Psst : serius, you all should try main game tu. Enjoy sesangat! Terbaek lah~
Tamat~
Itu lah antara scene yang best berlaku sepanjang aku di MIAT. Sungguh, aku gembira sepanjang berada di sana. Aku tinggalkan dunia Facebook dan Blog ku, TV dan Surat Khabar selama seminggu. (Sampai terlupa nak post Wordless Wednesday). Terlupa sekejap kehidupan aku di Ipoh..hehe. Aku juga rindu dengan kehidupan di hostel. Sebenarnya, agak lama aku tak join program yang berunsurkan sosial macam ni. Aku bergaul dengan ramai orang. Kami bermain penuh dengan semangat kesukanan. Walaupun tak menang, tetap tunggu sampai hari penutup..tabah kan? hehe. Banyak betol kenangan manis tercipta antara kami team volleyball mahupun sesama atlit-atlit RCMP. Semoga ukhwah yang terbina terjalin buat selama-lamanya.
Thank You ALLAH!
Sekian sahaja untuk kali ni. Jumpa di MSI, Kedah pada tahun hadapan. InsyaAllah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bebelan bebas
Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...
-
Masa zaman kanak-kanak, aku suka main teka-teki, walaupun tahu jawapan dia sangat lah tak masuk akal, tapi still nak juga try jawab...jom tr...
-
University Kuala Lumpur Royal College Medicine of Perak started out as Perak College of Medicine. It was wholly owned by Perak State Governm...
-
ada yang bertanya, maka saya pun dengan rajinnya ingin menjawab; Sebelum aku bagi tips, meh aku definisikan dahulu apa erti 'pandai m...
No comments:
Post a Comment