Monday, June 13, 2011

Juara AF9 I Hari ni aku nak cakap pasal Hazama je

aku tahu, tak ramai yang layan AF sekarang. malah, kalau ditanya siapa student AF yang masuk final mesti korang tak dapat jawab. "fuh, bapak susah soalan kau"

Ala, tapi korang kan, cakap je menyampah kat AF tapi pagi-pagi dalam kelas still gak tanya; "eh, Final AF semalam siapa juara?" [ antaranya, aku lah orang nya..hehe ]

Ape pun tak boleh! boleh tuju lagu? -Jambu [maharaja lawak]


So, seperti yang semua sedia maklum, atau bagi yang belum tahu meh sini nak habaq. Hazama atau lebih glamour 'Pak Lang' telah pun dinobatkan sebagai Juara AF9 merangkap AF yang terakhir malam semalam.

Wah, abes lah pasni.. sume pakat ramai-ramai nak jadi Mak Lang..muahaha

Tahniah Hazama! Penantian selama 5 tahun yang berbaloi. Berkat kesabaran dia, akhirnya dia berjaya juga mencapai impian dia untuk menjadi seorang Juara AF. Tak kisah la AF je pun, juara jugak kan. Ish korang ni @__@

Kejayaan Hazama perlu diberi pujian. Walaupun dia pernah tersingkir masa AF4, tapi dia tetap cuba lagi dan cuba lagi sehinggalah dia berjaya menjadi dia yang sekarang. Bukan senang nak jadi Hazama.

Aku rasa sepanjang 5 tahun ni, mesti dah banyak cercaan dan kutukan yang Hazama terima. Tapi dia tak endahkan tu semua dan hanya fokus kepada apa yang dia nak. Dia tolak ketepi semua benda yang boleh halang dia untuk menjadi seorang penyanyi. Yeah aku nak cakap, selain dia ada bakat anugerah Illahi, dia juga berjaya atas usaha dia sendiri.

#apesal macam hyperbola je aku memuji si Hazama ni..erk

ini bukan Hazama
Frankly speaking, even aku sendiri pernah terkutuk si Hazama ni. Aku geram kot tengok, asyik-asyik muka dia ni lagi yang masuk AF. Tak malu ke dah kena singkir, still nak jugak gi audition. Jahat kan aku? Tapi sekarang, tengok lah.. aku sendiri yang segan sebab pernah terkutuk dia dulu..haha.


Moral of the story : hidup ni jangan asyik nak mengutuk orang. Macam tu, sampai bila la bangsa Melayu nak maju..hmm. psst, jangan lupa baca [kenapa kita perlu tengok AF?]

No comments: