Thursday, June 30, 2011

Bukan gemuk cuma terlebih berat badan

Gemuk!

Satu perkataan yang amat sensitif bagi sesetengah orang. Atau lebih tepat, bagi kebanyakan orang. Sebagai seorang yang berbudi bahasa dan bertimbang rasa, kita tak boleh melabelkan seseorang itu gemuk. Sebaik-baiknya, gelar lah orang itu obese atau pun terlebih  berat badan [overweight]. bukan kah itu lebih manis?

Manis tak Kurma itu? #sepah

Hal ini, acap kali dipesan oleh lecturer-lecturer kami. Mereka sentiasa berpesan, depan pesakit, jangan gelarkan mereka sebagai gemuk [fat]. They can sue you!

Hal ini sama juga dengan perkataan CANCER! Lebih baik kita sebut CA bukannya CANCER. Did you get it peeps?

Kita balik semula kepada hal gemuk terlebih berat badan tadi. Pernah tak korang terfikir, kenapa seseorang itu boleh mengalami masalah tersebut?

"Keluarga aku memang semuanya gemuk. jadi tak heran la weyh..."

ada juga yang cakap;
"Dah nasib badan, nak buat macam mana..aku cuba juga diet, tapi tak pernah berhasil. Akhirnya, aku give up."

Lagi parah, bila...
"Pakwe aku kata, dia suka tengok aku gemuk. Dia nak clash ngan aku kalau aku kurus..haha"

Lagi best,
"Ah, aku peduli apa aku gemuk. Badan aku!"

Ok fine. Tak kisah la ape komen diorang kan. Pendapat masing-masing kan. Aku mengaku, aku pernah gemuk. Badan ni dah macam belon. Kejap naik kejap turun. Tapi aku tak pernah give up nak kurus. kurus maksud aku adalah, range BMI yang normal, bukan underweight. Kata orang, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Please lah fikir untuk kesihatan anda. Jangan jadikan, keturunan, malas, kurang keyakinan diri dan lain-lain sebagai alasan untuk anda terus berada pada paras BMI yang membimbangkan.

Aku ada kawan. Dulu dia agak terlebih berat badan, tapi sekarang alhamdulillah. Itu semua adalah berkat kesabaran dia puasa nasi selama berbulan-bulan dan juga selalu exercise. Tapi malangnya ada suara-suara sumbang mengatakan, dia diet sebab nak pakai baju ketat? What the ...?? ah tidak. jahat kan mulut manusia? pape pun.. smile aje lah..

Live a healthy lifestyle!


Kita kurus bukan untuk cantik ataupun untuk pakai baju yang ketat dan sendat mendat. Tapi kita kurus untuk sihat~

No comments: