Tuesday, March 29, 2011

kami punya birth date sama lah!

  • hari ni masuk minggu kedua aku di Taiping


  •  bersarapan dekat dengan rumah sewa


  •  Di klinik kanak-kanak ..


  •  nak tiru gaya baby dalam frame atas ni..


  •  perkara best hari ni, aku jumpa kanak-kanak yang lahir sama tarikh dengan aku lahir. beza nya, aku 28/08/88 .. dia 28/08/08 .. hehe best kan..


  • Dr Tharam siap mintakkan nombor telefon dan alamat rumah tu. so that nanti aku boleh bagi hadiah masa birthday kami  and celebrate sama-sama... ape lah Dr ni


  •  cutenyerr bayi ni


  •  dinner jom!






  •  Good Night. esok ada kelas dengan DR H .. be prepared!

Sunday, March 27, 2011

I need changes in my life

awak
masa saya kenal dengan awak dulu
saya benci sangat dengan awak
''eueeww bajet hensem jek''
menyampahnyerr

Lepas kita jadi rapat
saya mula kenal awak
awak sebenarnya baik
walaupun orang tak tahu
saya tak kisah orang nak kata apa

maybe kawan-kawan saya tak suka 
saya rapat dengan awak
ada yang suruh saya cari lain
ada gak yang kenalkan saya 
dengan kawan diorang

awak ni pelik kan
buat saya selesa tapi pada masa yang sama 
suka buat orang benci
awak suka cari pasal
buat orang menyampah
dan sakit hati

awak rapat dengan semua
orang banyak kata bukan-bukan pasal awak
saya mula percaya
saya benci orang macam awak

tapi awak terlalu baik
awak selalu tolong saya
time saya ada masalah
awak selalu ada di sisi
awak terlalu baik pada saya

banyak kali kita gaduh kan
bila kita baik je
mesti ada orang tak suka
kadang-kadang saya rasa macam kena pukau
eh tapi takkan lah kan
tak baik cakap macam tu

tapi kali ni
saya tak nak ia berulang
saya dah ada pengganti
saya sayangkan dia
saya nak lupakan awak
saya tak nak sakitkan hati dia
-buku-buku medic ku-

selamat tinggal awak

  • I need changes in my life
  • I am not available for you right now, but thank you for caring enough. 
  • I am making some changes in my life
  • If I do not return your call, not reply your sms, not give back your smile..
  • you are one of the changes
  • Let me have better life!!!!

Selamat Tinggal


pssst psst
korang dah dengar lagu nyanyian Zizan Raja Lawak  ?
Dia rapper, feat dengan Dina
Sedap sangat suara Dina
Lagu tu pun best !
Jom layan video klip lagu tu plak


Lirik Lagu Selamat Tinggal [OST Raja Lawak 5] – Zizan  & Dina
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
  • sumber [ sini ]
  • Selamat tinggal Ipoh .. ku akan ke Taiping sekali lagi untuk seminggu
  • Drama Samson & Delaila dah makin complicated. I told you! Haa, Amir kata org yg paling dia syg is his own sister, org yg plg die benci is his own father.. omaigod. Takpe2, bagi kat samson je la Delaila tu, boleh Amir?

Saturday, March 26, 2011

20 dua tiga empat & lima Mac

Hari Kedua ku di Taiping
Pagi tu seperti biasa kami bersiap untuk ke kelas. Walaupun Dr H kata maybe kelas cancel, tapi kami pergi juga, mana lah tahu tiba-tiba tak cancel. Tunggu punya tunggu, akhirnya kami dapat tahu, Dr Saiful diminta menggantikan kelas kami. Tapi Dr S pun busy. Jadinya kami decide, just present case kat MO.

Dugaan hari kedua
Setelah dugaan hari pertama di mana kami perlu membasuh rumah sebelum boleh digunakan sebagai tempat kediaman rasmi, dugaan hari kedua pula menimpa. Sesampai di rumah selepas tamat kelas petang, alangkah terkejutnya bila kami dapati seluruh rumah dinaiki air. Air lumpur pulak tu. nasib baik tak teruk sangat. Hanya paras bawah tayar sahaja.

"aduh macam mana ni nak masuk dalam rumah?"

agak-agak macam mana ye? huh, manade cara lain la melainkan terpaksa buka stoking dan kasut, then redah je la air lumpur tu. Pada malamnya semasa kami on-call di ward C3, kami telah pun mem'plan' satu aktiviti menarik pada hari esok..jeng jeng jeng

Hari Ketiga ku di Taiping
Bangun pagi gosok gigi cuci muka tanpa mandi. terus bertolak ke Bukit Larut. Wah first time ni nak daki bukit. Dan disebabkan keterujaan yang melampau itu, aku pun setuju lah nak ikut lagi 3 orang membe aku mendaki bukit tu. Yang lain, lagi 5 orang naik jip dengan bayaran RM6 shj.


Pastu dah on the way daki tu, aku tanya lah Zahar, lagi berapa jauh ni nak sampai?

"Baru 1km kan .. ade lagi 16km"
"what???"

Giler jauh, satu km pun aku dah rasa penat cam nak tercabut jantung hah. Serious ni. Lame kot tak senam. Asyik makan fast food jek. Jantung tak sihat betul lah. Baru kejap dah mengah-mengah. Tapi, nasib baik ada Ain yang selalu bagi semangat kat aku supaya teruskan pendakian. Banyak kali aku nak give up. Banyak kali aku nak menangis sbb tak larat sangat. Aku rasa nak tunggu je jip supaya datang amek kitorang sampai ke puncak. Tapi thanks to Desh, Ain dan Zahar.. sbb korang aku gagahkan juga diri.

Nasib aku baik, sbb ktrg jumpa jip yg on the way nak naik atas amek penumpang. Kami minta pak cik tu tumpangkan. Tapi dengan syarat nanti turun, kena turun sendiri lah. Ok kami pun naik jip tu. Dan tiba-tiba pak cik driver tu bagi ceramah pulak. Banyak jugak benda yg dia bebelkan. Cakap pasal tsunami, malang itu tak berbau lah, jgn makan nasi lemak hari-hari lah dll. Dan rupa-rupanya dia merupakan penceramah bebas. Takpe lah pak cik, asalkan kami selamat sampai ke atas.

Sesampai di sana, bergambar sakan lah kami. 5org yg dah lama sampai siap dah bosan bergambar eh. Wah cantik nya permandangan Taiping dari atas. [ tak de gambar lah sbb bateri phone aku habis mase tu. kena tunggu membe upload kat FB ] Dalam sepuluh minit, diorang pun naik jip untuk turun. Kitrg 4org terpaksa turun sendiri sbb jip tu tak muat.. huu sedihnyerrr

Turun punya turun, sebab nak cepat, kami pun berlari. Ya Allah tuhan aje yang tahu betapa sengsaranya aku menahan sakit dan penat. Dalam perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan pegawai penjara yg kebetulan mendaki pada hari tu. Diorang nasihat jangan lari. Nasib baik jumpa diorang. Kalau lah ktrg lari sampai ke kaki bukit yg jauhnya 9KM tu, mahu tercabut lutut aku nih.. adeh. Eh abang penjara tu sempat mintak nick name Facebook kawan aku.. oh tapi bukan nick name aku la..hehe


Alhamdulillah, kami selamat sampai ke kaki bukit dengan selamat dan jayanya. Petang tu walaupun penat, kena gagahkan diri pergi on-call. lagipun esok ada kelas dengan Dr Tharam (lepas ini disebut Dr T). Dr T ni lagi scary dari Dr H. Scary kalau korang tak baca or blurr dlm kelas diorang la. Ala, mana-mana Dr pun begitu kan?

#duapuluhtigamacmerupakanulangtahun/detikbersejarahdalamhidupku

Hari Keempat ku di Taiping
Wah hari ni hari pertama ktrg secara officially akan present case dengan Dr T. Kelas non-stop dari kul 2 sampai 5. Agak-agaknya apa dugaan hari keempat ek? setelah difikir-fikirkan, oh ada! Waktu makan yang luar biasa dari biasa. Iaitu sarapan Jam 10pg, mkn tgh hari Jam 6ptg dan mkn malam Jam 11mlm. Tapi dugaan bertambah bagi aku bila Dr T suruh clerk case lain untuk Dr H esok. Katanya, "nephrotic syndrome again?"

Hari Kelima ku di Taiping
Pagi tu aku keluar awal ke hospital ditemani Ain. Dapat case bronchopneumonia with underlying congenital heart disease. Menarik kan? Alhamdulillah, tak sia-sia aku clerk kali ni sbb 2 kali aku clerk case sebelum ni, dua-dua cancel. Kali ketiga ni DR H suruh aku present dulu. Yeah, I believed everything happens for reason. walaupun performance aku sangat bad, tapi takpelah, aku boleh cuba lagi dan improve lagi..InsyaAllah.

Seronok hari tu sebab pulang ke Ipoh jumpa Radin dan Kid..hehe. Rindu la pulak. Eh ke aku lagi rindu kat TV dan blog ek?? hehe.. ah merepek je lah. What ever pun, seminggu di Taiping beri banyak kenangan manis buat kami satu group. Aku pula rasa tenang la duk sana. Bukan lah nak kata Ipoh ni tak best study, cuma.. entah la susah nak explain dengan kata-kata.


  • # kenapa blog aku ni dah macam diari?? haha.. 
  • # tahniah pada SMSSI atas pencapaian keputusan SPM yang amat membanggakan. I'm proud with you!
  • # Sape nak ikut aku gi KLIA next week?? hehe :)

Dua Puluh Satu Mac

Salam.

Apa khabar orang kampung anda semua? Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu di samping keluarga tersayang. Yang duduk asrama, kolej mahupun rumah sewa, takpe. Jangan nangis la, nanti bila cuti panjang kita balik kampung ramai-ramai eh. 


Masuk hari ini, genap lah 5 hari tak update blog. Puncanya, kerana aku mengalami keputusan atau lebih tepat lagi keter'had'an talian internet. Maka maaf blog, jangan kecik hati ye. Nanti aku belanja ko aiskem Malaysia, ala aiskem yang boleh belah dua tu, pastu nyonyot mase cuaca panas.. argh sodapnyerr..kan kan

So, apa cerita aku pada 5 hari yang lepas? Aku ke Taiping, menjalani clinical di sana. Kenapa tidak clinical di Hospital Ipoh je? Sebabnya, bagi mengelakkan terlampau 'crowded' di sana. Makanya kena bahagi dua group. So, 2 minggu di Taiping, 2 minggu lagi di Ipoh. 2 minggu lagi kelas teori. Satu minggu exam. So total ada 7 minggu. Ok faham sudah? hehe bagus lah korang ni

Wah, sejak posting pertama, MITC dan posting kedua Psychiatric.. jenjalan je kerja kitorang. Best tu memang la best, tapi bila dah start masuk posting Kanak-kanak ni, shock terus kot. Terkejut sebab terasa lama tak belajar medicine. Takpe lah, kayuh slow-slow insyaAllah boleh punya. Exam final lagi 6bulan. Oh ingat kan aku tentang itu ye :P

Hari pertama ku di Taiping ??


Lepas je selamat mendaftar dengan DR Saiful, Head of Department Paeds @ Taiping Hospital, kitorang terus je 'check in'. Cet, macam nak gi check in hotel lima bintang eh. Then, bila tengok keadaan rumah, ok fine, amat standard la dengan status rumah sewa yang free tanpa bayaran. Kami pun terus menuju ke TESCO untuk lunch dan beli barang2 yang tak cukup lagi. Ubat nyamuk, sabun cuci lantai, selipar yang murah.

Lepas tu, acara membersihkan rumah pun dilancarkan. Fuh, kat rumah sendiri pun aku tak serajin ni okay. Nak menge'mop' bagai hah. Tapi Alhamdulillah, berkat semangat 1Malaysia kami enam orang, sekejap je rumah kitorang jadi cantik macam kat dalam TV tu, rancangan casa impian..haha. 

Malam tu, MacD menjadi port pilihan kami. Oh tidakkk! aku kena study selepas mendapat cabutan tak bertuah dan perlu prepare case untuk Dr Hadhrami (lepas ni akan disebut DR H). [ Aku clerk case Nephrotic syndrome] Dan tiba-tiba, sedang ku asyik menelaah pelajaran;
  • "eh, Dr Hadhrami reply status aku di Facebook" jerit rakan ku.
  • "Hah? Apa dia habaq?" teringin gak nak tahu
  • "Dia kata, kelas esok maybe cancel.. dia kena pi UM tanda paper"
  • "Oh really. Ini betul ke main-main??" aku mula berubah menjadi manic
  • "Tak konfem, esok pagi dia konfem kan"
[ bagus jugak kita add pensyarah punya facebook kan kan .. hehe ]
okay, kami still kena study tapi aku still 'yes' dalam hati sebab ku tak kena present dengan Dr H. Untuk pengetahuan, cuak woo nak present dengan Dr H. Dah ler aku dah lama tak clerk case medicine. Physical exam banyak lupa dah. Adeh. Tak boleh, tak yakin akuboleh perform dengan baik. Tapi Dr H ni kelakar orangnya dan korang boleh gelak sampai pecah perut bila dia berkata-kata..haha. ini sungguh serius!


Malam tu, aku terimbas kembali memori lama waktu dulu-dulu duduk di asrama. Best kot tidur ramai-ramai, kongsi bilik air, amek turn gosok baju..hehe. And bayangkan bilik kecik je, tapi muat enam orang..hehe. Takpe lah sempit sikit, yang penting kami seronok. Sebelum tidur sempat la baca Ma'thurat dan beberapa surah. Iye lah tempat baru kan. Oh bilik tu banyak nyamuk, maka ubat nyamuk yang berlingkar yang dibeli di Tesco pun dipasang. Sebelum tidur gosip-gosip jap dan kami pun tertidur..Zzzz 

Hari kedua ku di Taiping ??
  • sambung esok je lah boleh.. penat la. 
  • Good Night everyone!

Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

Terbaca segmen tentang IBU. Tiba-tiba rindu Mak.. dan jariku pantas je 
menaip sebuah entri khas untuk Ibuku.. HAWA bte SAHALAN


Kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu
  • Kenangan apa ek? macam tak mampu nak recall sebab terlalu banyak. Ke takde langsung ek? Masa kecik-kecik dulu banyak la. Sekarang dah jarang ada kat rumah. Balik kampung pun sekali sekala. Tambah pula sejak form 1 lagi aku dah duk asram..hmm
  • Kenangan paling pahit, mak pernah tampar kami adik beradik sebab kelakuan kitorang yang sangat memalukan. Mak memang garang, err silap, tegas. Masa tu time raya, kitorang dapat duit raya terus je bukak sampul dia depan tetamu yang bagi kitrg duit raya tu. Mak marah sangat masa tu. Dalam bilik, kami terus kena penampar free.
  • Tapi kami tahu mak buat benda tu bersebab. Mak tak pernah ajar kami adik beradik jadi gelojoh macam tu. Dan Alhamdulillah sejak hari tu, kami adik beradik tak lagi terkejar-kejarkan duit raya. Bukan kerana takut kena tampar lagi, tetapi demi jaga maruah keluarga =)
  • Kenangan manis? Em kami banyak habiskan masa bersama kat dapur lah, dengan Mokde sekali, ibu sedara ku yang duduk sekali dengan kami. Mokde ni tak berapa sihat pendengarannya. maklumlah dah berusia. Bila jerit tak dengar, bila bisik dengar pulak. Kelakar sangat. memang kecoh la dapur dibuatnya..hehe

Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? 
  • Sama je dua dua pun.. titik! Oh tapi aku pernah dulu, perlu membuat satu keputusan penting dalam hidupku. Ternyata aku lebih memilih cadangan Mak berbanding Ayah.. hmm

Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?
  • Tidak mungkin. Selagi mampu, nak jaga diorang sampai ke akhir hayat.. InsyaAllah!

Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..
  • Diorang ni kan sama ada mempunyai masalah mental ataupun tak pergi sekolah masa kecik-kecik dulu. Jadinya penyelesaian terbaik, haruslah menghantar mereka-mereka ini ke pusat terapi psikiatrik dan sekolah kan mereka kembali. InsyaAllah tahu lah diorang macam mana nak behave properly and hormatkan mak bapak yang dah susah payah jaga dan lahirkan diorang.

# Salam Mak, andai aje mak baca blog Nabila ni, Nabila nak bagitahu kat mak yang Nabila bangga ada mak macam mak. Mak bermula dari bawah, menjadi seorang jururawat biasa, seterusnya menjadi Sister dan kini mak berada di puncak kejayaan sebagai Materon. Tahniah Mak! I want you to know that, you really inspired me to become a great doctor one fine day.. InsyaALLAH. I LOVE YOU MAK!

Serabot kot cerita nih!

Samson & Delaila

Kenapa aku kata serabot?

Sebab nya, banyak sangat kebetulan yang direka. Oh lupa, nama pun slot Samarinda..huahua. Ok tengok ea. Cerita tu bermula dengan Kamal, ayah kepada Delaila. Kamal ni playboy. Maka lahir pula Kamil, anak luar nikah Kamal & Leha. Kamil dibela sebagai anak angkat sbb kamal mahukan anak lelaki. Delaila berdendam dengan Kamal, sebab dia dapat tahu Kamal lah yg membunuh ibunya yang lari dengan lelaki lain.

Delaila bercinta dengan Amir dan melahirkan anak luar nikah, Amira. Kamal tak kasi diorang nikah sebab diorang muda sgt masa tu. Tapi aku rasa sbb lagi kukuh adalah kerana Amir tu anak luar nikah dia dengan ibu Amir. Hah, berbelit tak? I told you! Boleh pulak saudara sebapa lain mak bercinta..adeh


Then, Kamal menamakan Amira as his daughter. Nak dijadikan cerita, Delaila lagi benci kat Kamal sebab dapat tahu dia berkomplot dgn ibu Amir untuk memisahkan diorg. After 14tahun baru la Delaila jumpa dengan Amir. Dan lagi best, Amira jatuh cinta dengan Amir, iaitu ayah dia sendiri. Aiyoo parah ni!

Amira ni pulak, sanggup break-up dengan Sani, anak Samson sebab dia suka dgn lelaki matang & perasan yg Amir pun suka kat dia. Kesian Sani, sbb Amira kata dia minta putus sbb Delaila, kakaknya bercinta dengan Samsons, ayah Sani. Dah jadi parah gini, Kamal pun menggelabah ar, mula la nak sokong Sani dgn Amira & Samsons dgn Delaila.

Samsons?? siapa tu? Nama penuh dia Tengku Samsons. Pewaris Pendora. Delaila pewaris Gemilang. Pendora & Gemilang ni rakan kongsi dlm dunia perniagaan. Yes, Samsons suka kan Delaila. Tapi masing-masing ego tinggi. Samsons ada mak tiri namanya Maria, dah jadi janda dah. Ok la cantik tapi jahat. Dia boleh pikat Kamal & Kamil sekaligus.

Maria, yang juga cintanya ditolak oleh Samsons, akhirnya memilih Kamal sebab of course la Kamal lagi kaya kan. Maka, Kamil dan Kamal pun perang besar. Aku rasa, keluarga si Kamal ni bukan pecah belah lagi dah, bersepai habis ni. Kesian2. Rasanya kat realiti takde kot kisah macam ni. Again, namapun Samarinda! 


Persoalan ku kat sini, apa kena mengena Samson & Delaila dlm cerita ni dgn sejarah Samson & Delila dulu-dulu?? TOLONG JAWAB TOLONG JAWAB. Adakah rambut Adi Putra nanti jadi panjang? Eh takkan lah. Lagipun, Samson sakit. Umur tak lama dah kot. Aishh.. Samsons tu bukan nya jahat pun kan. Hmm.. Ni yang buat aku curious gile nak tahu ending cerita ni..haha.

Badan merajuk otak tunjuk perasaan
Sambil menyelam minum air 

Point yang aku nak tekankan dalam cerita ni :
  1. Berhenti lah menambah / melahirkan anak luar nikah kat bumi Allah ni
  2. Susah nanti kita nak bezakan muhrim & bukan muhrim / halal & haram
  3. Sebab tu lah Islam mengharamkan ZINA
  4. Jagalah maruah mu wahai saudara-saudara ku
I LOVE FASHA SANDHA

Life is short

[ 9GAG ]
Dah hampir 23tahun aku bernafas kat bumi Allah ni. Tak sangka, alangkah pantasnya masa itu berlari. Kehidupan! Living means we have clothes to wear, food to eat, house to stay and car to transport, but it is not perfect if it is not colourful and splendid. 

Kematian! Mengingati mati itu penting. Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan.
 Tujuan Allah SWT mematikan manusia:

  • Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

  • Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika.

  • Menyedarkan manusia dari lalai dan lupakan Allah serta hari kiamat lantaran kerana segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah.

  • Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dan menjauhi kejahatan Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sedangkan kehidupan di akhirat adalah lebih baik dan kekal.
Sumber asal [ SINI ]

(^__^)Y

Saturday, March 19, 2011

Contest Cik Beba : Mimik Muka Minta Lempang

Salam petang SABTU
Tadi ku ditag oleh budakkampung
supaya join contest dari cik Beba

[ klik gambar atas untuk join contest ni ye ]

bukang korang je, aku sendiri rasa nak lempang muka aku ni :p

Sejarah gambar..
  • Ditangkap oleh seorang rakan baikku yang bernama A pada tahun 2008 (3tahun yg lepas). 
  • Masa tu aku ke JB ber-reunion dengan ex-classmate. 
  • Hampeh kau A. Tangkap gambar dekat giler. Nasib baik bulu hidung  tak terkeluaq..adeh

Sbb gambar ni patut menang..
  • Erk, tak rasa pun boleh menang. suka-suka je nak join. 
  • Yang pasti, gambar ni asli, memang wajah asli aku tiga tahun yg lalu.
  •  Hodoh kan?? Euwww. Ala sekarang pun hodoh je.. kalau nampak cam cantik.. itu hanyalah mekap semata-mata.. 
  • [ jangan tertipu ye lelaki2 bujang di luar sana.. haha ] 
  • Tapi, aku tetap bersyukur dengan diri aku seadanya sekarang. Thank you ALLAH!


nak tag diorang ;

# dapat CLINELLE pun jadi lah (^__^)Y

Friday, March 18, 2011

Typical break-up advice

Sesungguhnya entri ini bukan lah dalam Bahasa Inggeris.
  • Joyah : Korang, aku baru clash dengan pakwe aku .. cedey .. uwaaa!!
  • Kawan-kawan : Memang la clash dengan pakwe, takkan dengan jiran sebelah rumah plak. Ce citer ce citer, kami sudi dengar..
  • Joyah : erk, ye tak ye juga tu. Aku nampak dia dengan pempuan lain. Pastu kitorang gaduh dan .. uwaaa tak nak cite lagi (T__T)
  • Kawan 1 : Takpe la Joyah oi, jangan sedih-sedih. Ingat kumbang bukan seekor
  • Kawan 2 : Betul tu Joyah, dan anggap je yang  ko akan jumpa jodoh yang lagi baik lepas ni! "
  • Joyah : Tapi aku sayang gile kat die.. sayang sangat .. camne? Joyah terus menangis teresak-esak
  • Kawan 3 : Ei, chill la beb. Buat apa di sayang org yang tak sayangkan kita. Ko lawa, satu pergi sepuluh yang mari. Caya lah!
  • Kawan 4  : Haah la Joyah. Aku memang dari dulu dah rasa ko memang tak sesuai dengan dia tu. Aku tengok dia langsung tak serius dengan ko. Lupakan je lah dia. Life must go on dear~
  • Joyah : Aku takut aku tak kuat. arghh aku macam nak gile dah ni. Teman aku gi tingkat atas, aku nak terjun
  • Kawan 5 : Astaghfirullahalazim Joyah, ingat Allah Joyah. Aku yakin ko boleh punya. Aku ada kawan lelaki. Single lagi, ko nak?"
  • Kawan 6 : Itulah, aku dah pesan jangan bercinta-cinta ni. Couple kan haram. Bercinta lepas kahwin lagi best. Fokus kat study dulu baru fikir pasal cintan cintun ni..ok?
Cukup la 6 contoh typical advice yang selalu orang akan bagi khas untuk menenangkan teman-teman yang sedang frust menonggeng. Ada nak tambah? sila tinggalkan di bhgian komen ye. Hmm..Bagi yang hepi selepas putus cinta, itu kategori lain la, bukan di sini ok? Pendek kata, itu lah antara advice yg aku selalu dengar tak kira lah yang aku selalu guna mahupun orang bagi kat aku.

Persoalannya di sini, berkesan ke semua nasihat tu? Perlu atau tidak kita gunakan? Bagi pendapat aku, typical sangat la nasihat kat atas tu. Tambah buruk lagi, ianya bukan memulihkan keadaan, malah boleh buatkan keadaan tambah buruk. 

Kenapa aku cakap macam tu? Iye lah, membe tu tengah sedih.. boleh pula kita cakap yang bukan-bukan. Cuba lihat contoh nasihat Kawan 4 di atas. Kalau aku la, dah lama kasi 'pelempeng' free kat si kawan tu. Sebabnya, sejahat manapun bekas pakwe teman kita tu, dan sebagus mana pun pendapat kita, sila lah luahkan dengan cara dan masa yang sesuai. Silap-silap haribulan, boleh putus kawan beb.


nasihat dari kawan 5 pun aku tak suka! Of course, your friend perlukan masa untuk sembuhkan hati yang kecewa. Even luka pun tahu, dia perlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Its common sense rite? So please, jangan pandai-pandai nak jadi matchmaker! Betul, orang kata, kehadiran orang baru boleh buat seseorang lupakan yang lama, tapi bukan dalam masa yang begitu singkat. 

Untuk kawan 6, no komen kot. Couple itu haram dan cinta selepas kahwin itu lagi best. Yup, kita selalu dengar kan ayat-ayat tu. Bagi aku, just take it easy. If korang rasa boleh buat, buatlah.. dan itu yang terbaik. Tapi kalau tak boleh nak buat macam mana kan? Asalkan kita tahu batas-batas pergaulan, InsyaAllah. Sama-sama kita doakan hubungan yang dibina akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin..aminn =)

Akhir kata, kita kena ingat yang 'cakap senang la, nak buatnya susah'. Dan hanya orang yang pernah putus cinta (maksud cinta kat sini bukan cinta monyet ye) sahaja akan memahami perasaan kecewa itu. Point aku kat sini, jika korang tak pernah bercinta ataupun belum pernah dikecewakan, jangan lah pandai-pandai nak gi tolong bagi advice yg bukan-bukan kat kawan korang yang tgh bersedih tu. 

Buat je lah kawan kita tu gembira, luangkan masa bersamanya, itu pun dah memadai.

# sekian terima kasih. terima kasih sudi baca (^__^)

layan si Lutfi ni jap jom..

Thursday, March 17, 2011

Kempen kongsi idea l permainan dulu2

[ klik untuk join kempen ]

  • Permainan dulu-dulu
Sebagai permulaan, aku nak sambung cara-cara macam mana nak main 'TengTeng' daripada entri blog alongxp dulu ..


sebenarnya, aku pun ingat-ingat lupa cara nak main tengteng ni. Maklumlah, dekat sepuluh tahun kot tak main. Mau tak lupa. So, aku pun minta la pertolongan Encik Google, dan terjumpa di [sini] ada ceghita secara detailnya cara nak main tengteng. Korang baca je lah kat situ, terang jelas dan nyata dia ceghita.

fuh, siap buat permanent line lagi. kalau kat kampung, kitorang lukis pakai kayu atas tanah je kot..huhu
cuma, aku boleh ringkaskan macam ni. Mula-mula korang lukis petak macam kat atas tu. [Sebenarnya banyak versi, tapi versi aku ngan adik-beradik kawan sekampung aku dulu-dulu, memang macam kat atas ni versi lukisan nya. siap kat semi-D tu ada dua bahagian. Satu S (siang), satu M (malam)] 

ok, lepas dah jadi lukisan korang tu, kena pilih buah. [Dulu, aku suka guna buluh. Best je kalau baling, memang tepat masuk dalam petak la..hehe] Then, cam biasa, 'lat tali lat tahi lalat' tuk undi sape jalan dulu. Dah sampai turn korg tu, mula-mula, baling buah kat petak 1st. Then, dari garisan permulaan krg lompat terus ke petak kedua. [petak yang ada buah tak boleh dipijak, mati/hilang la giliran nanti]. 

Then lompat sampai petak 7&8 and reverse balik sampai lah ke garisan permulaan tadi. Ingat! sayap pertama (4&5) dan sayap kedua(7&8) sila pijak dengan kedua2 belah kaki serentak. Jangan lupa amek buah anda di petak 1st tadi. Pastu, teruskan dengan baling buah ke petak kedua dan seterusnya. Bila buah dah lepas petak 8, korg dah boleh buat rumah.

Rumah? rumah penting sbb pemenang dikira dengan bilangan rumah yg krg ada. cara nk buat rumah, mula-mula, korg baling buah ke petak semi-D dengan jangan pandang depan, pandang belakang. Bukan senang tu nak masuk petak. Asyik mati je. kalau time tu angin kuat, mula la nak salahkan angin..pastu jalan balik semula. [ hehe kelakarnya dulu-dulu ] 

Pastu krg jalan la cam biasa tuk amek buah tu. Kan aku ada ckp, petak semi-D tu siap ada S&M kan. Kalau buah tu jatuh kat S (siang), maknanya kita boleh amek buah tanpa perlu pusing ke blkg. Kalau dapat M, mmg malang la, kena pusing belakang and merabalah korg nk dapatkan balik buah korg tu..haha. memang mencabar permainan ni. Hebat!

Dah dapat buah tu, reverse lah dengan gembira dan start la baling ke mana-mana petak yg korg suka tuk buat rumah. Lukis lah muka korang ke kat petak tu, or letak something ke, tuk nak bagitahu yg ''woi ni rumah aku ye, jangan pijak!!" hehe. Okay, faham ke? sekian sahaja ringkasan cara permainan dari ku [ringkas ke?]. 

Selamat bermain!

Permainan dulu-dulu yang lain :
  1. Guli - suka kumpul guli .. guli chrome cantik!
  2. Softball - yeah, aku rindu nak pukul bola guna kayu. Best sgt
  3. Main getah - Suka main masa rehat kat sekolah. Siap bawa seluar spare lagi...adeh
  4. Ceper - serius, skill aku bermain ceper entah ke mana. rindunyeee
  5. Baling selipar - (^__^)
  6. Batu seremban - hehe, rindunye nak jahit batu seremban. best main ni
  7. Layang-layang - disebabkan perlukan angin yg kuat baru best main, aku tak gemar sgt main ni
  8. Gasing - best la tengok org main, tapi bukan aku. tak reti!
  9. Main nyorok-nyorok - best tapi kesian bila rasa cam kene buli pun ade
  10. Main cop-cop tiang - permainan wajib masa waktu rehat!
  11. Main galah - best main waktu PJK nya session
  12. Main masak-masak - Kesian kuali mak dikerjakan kitorg adik beradik..adeh
$$$$$$$$$$$$$$$$
  • Hasil Idea  AlongXP
  • ku telah ditag oleh .. takde siapa tag pun .. cuma minat je nak join. Sebagai anak Melayu dan rakyat Malaysia, aku cuma rasa bertanggungjawab untuk join kempen ni.. hehe =)
  • ku telah terbaca post ni kat blog   :: Juela Julie ::
Dengan ini aku ingin mengetag nama-nama yang bertuah ...
  1. www.ciklilyputih.com
  2. http://arizakiah.blogspot.com
  3. http://www.adamxis.com/ 
  4. http://keunikanhidup.blogspot.com/


  1. Hazlin - http://hazlinnazri.blogspot.com/
  2. Nelly - http://nellythestrange.blogspot.com/
  3. Mish Chan - http://ninicrazyskandal.blogspot.com/
  4. inanur - http://www.inanur.com/
  5. Eija - http://siniijabising.blogspot.com/
  6. Fyqa - http://fyqafullstop.blogspot.com/
  7. Cik Sue - http://miowmanja.blogspot.com/
  8. MuCuX - http://www.ladolcemucux.blogspot.com/
  9. Anim - http://animismail.blogspot.com/
  10. Eyja Aryanie - http://yusmizaa.blogspot.com/
  11. http://l0llyteddy.blogspot.com/
  12. http://julajuliebintangsembilan.blogspot.com/
  13. Nadiah Amir - http://passiondreamerannkerol.blogspot.com/
  14. http://tynpateyhah.blogspot.com/
  15. http://m0shie.blogspot.com/
  16. lily - http://ceritalily.blogspot.com/
  17. Miss Tiqah - http://tomotblog92.blogspot.com/

Entri ini juga aku tag sesiapa sahaja yang terbaca / sedang membaca / telah membaca post ini. JOM! Jom kita ramai-ramai jaya kan kempen ni .. Kalau korang nak ceghita permainan lain boleh je .. asalkan permainan tu permainan yang korang main dulu-dulu ... (^_^)


Syarat-syarat penyertaan :
  • Tulis entri bertajuk : kempen kongsi idea l permainan dulu2 
  • Tulis entri yang ada point macam ni ;
    • Kempen kongsi Idea l permainan dulu2
    • Hasil idea alongxp
    • ditag oleh _ _ _ _ _ ( nama sape yang tag korang dan serta kan sekali linknya )
    • terbaca post ni kat blog _ _ _ _ _ ( ni contoh kalau korang terbaca post ni kat entry siapa2 lah ye )
    • tag lah seberapa ramai mana yang korang suka =)
  • Tinggalkan permalink untuk entri yang korg dah buat tu kat [cini], dan kat blog owner yg tag krg / korg jumpa wat entri ni..ok?
  • Takde hadiah ye , sbb ni bukan kontest / giveway , saja nak berkongsi idea , memupuk semangat berkawan di kalangan blogger secara ikhlas , BUKAN KERANA DUIT / HADIAH .
  • Kempen ni TIADA due date , selagi alongxp dan blognya masih bernyawa , maka kempen ni masih diteruskan walau pon akan muncul kempen lain.. kata along xp .. hehe
# itu ceghita permainan dulu-dulu. Permainan sekarang2? Huh, toksah ceghita lah ye .. :P tak cukup setahun nak cerita kot.. banyak sangat huhu. Tapi permainan dulu2 tetap dalam ingatan serta menggamit banyak memori indah. Rugi tau kanak-kanak zaman sekarang, tak merasa main teng teng mcm kite dulu-dulu .. kan kan .. hehe #

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...