salam hari Jumaat! penghulu segala hari..
Baru jap tadi, pabila aku membaca FACEBOOK, then aku terpandang dan terlihat dan ternampak sebiji PROFILE PICTURE seperti di bawah
(oh tidak lain dan tidak bukan orang ni mesti peminat nombor satu bola sepak ni!)
Tapi bila aku view the real picture, yang besar punya lah..erk korang pun pandang dua kali okay....yeah....lihat betul-betul kawan-kawan....dah nampak ke apa gambar tersirat yang sebenar-benarnya?? EXCELLENT! (oh semangat "hidup hidup, hidup Palestin, hancur hancur, hancur ISRAEL" rupanya orang ni)
Jadi beta hendak meringkaskan cerita bahawa, kredit lah buat pengedit LOGO di atas, anda sangat kreatif dan amat kreatif sekali. LET'S KICK ISRAEL! emm...seperti yang kita semua sedia maklum, sebuah negara Islam iaitu Palestin terutamanya GAZA telah diserang teruk oleh Rejim Israel Laknatullah. Antara agenda jahat mereka ialah ingin merampas Masjid Al-Aqso. Eh berani sungguh itu orang..haiyooo! Israel juga bersekongkol (betul ke aku eja ni??) dengan Amerika dan sebagainya. Dan yang terbaru, ada rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin telah menjadi tahanan Israel (memang nak kena nih). Sangat dahsyat la. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah mereka akhirnya selamat kembali pulang ke Malaysia.
Semalam, Kolejku membuat Rapat Umum, macam perhimpunan juga la. Antara aktiviti Rapat Umum yang dibuat adalah kempen 1pelajar 1barang Maksudnya, seorang pelajar perlu mengisi borang akujanji memboikot barangan ISRAEL sekurang-kurangnya satu barang. Jadi, lepas isi borang tu, kita akan rasa bersalah lah kalau tidak memboikot barangan tu...something like that la...faham kan? oh aku pilih apa? biarlah rahsia...huhu. Bagi aku, sebagai pelajar dan hanya orang biasa, tiada apa yang boleh aku lakukan untuk membantu Negara Islam Palestin daripada terus dikecam oleh Israel melainkan doa dan memboikot barangan Yahudi. Semoga bantuan yang amat kecil ini dapat menyumbang ke arah usaha menyelamatkan GAZA daripada ISRAEL Laknatullah.. Amin.. ALLAHUAKBAR!
p/s: ramai yang dah post entri berkenaan Palestin & Israel..aku je yang lewat buat..uwaa sedih...jom semak entri mereka dibawah ini okay;
- http://hamiasraff.blogspot.com - katakan tak mau pada yahudi
- http://joegrimjow.blogspot.com - boikot boikot boikot
- http://kauilhamku881204.blogspot.com - Alhamdulillah.Update berkenaan Aktivis Flotila Bantuan Gaza
No comments:
Post a Comment