Monday, June 28, 2010

ceritaku episode tiga

Pada satu hari, 28 June 2010 merangkap hari pertama posting..Orthopaedics ..kira-kira jam 10 pagi gak la...

..::: erk sebelum tu, jom flash back kembali 8 jam yang lalu sebelum kejadian di atas berlaku..jeng jeng jeng. Jam 2 pagi, aku sedang membaca 'FACEBOOK', mengamati gambar-gambar kenangan reunion di JB. Padahal baru je sampai dari KL kot plus ada kelas pagi esok..aigooo..(perkara normal yang berlaku bila dah lama tak online)

okay sambung balik cerita. Pagi tu, aku tak sempat bersarapan. Jadinya sesampai di hospital aku terus la beli sebungkus roti. Akibat kelaparan yang amat sangat, roti dimakan sambil aku berjalan menuju ke klinik Pakar Tulang. 

Di klinik, sambil menunggu doktor, seorang pak cik menegur sinis, "aik doktor pun makan berdiri?". Okay tenkiu pak cik panggil saya doktor walaupun saya masih student lagi. Pak cik dah salah sangka. Tapi maaf dipinta atas perilaku saya yang kurang sopan itu. Orang ramai kat situ, tak de kerusi kosong..camne nak duduk??..perutku dah bergendang hebat..aigoo..uwaa

p/s: jagalah tingkah laku kerana sesungguhnya kita sentiasa diperhatikan..oleh Tuhan 

Di wad, semasa bed side teaching. Doktor bersoal jawab dengan kitorang tentang upper motor neuron dan lower motor neuron. Pesakit berada di tengah-tengah. Dan secara tiba-tiba pesakit tu berkata, "saya jatuh motor..sakit..bla bla bla". Aku dah pelik je. kenapa uncle ni? "eh kenapa dengan uncle ni, ada orang tanya ke tadi kenapa leher dia patah??". Seorang rakanku berbisik, "I think he heard la tadi, we talked about Upper Motor Neuron..that's why laa" Oh haha..uncle uncle..lucunya..moga cepat sembuh saya doakan okay..peaceV

bersambung.....

5 comments:

샦이라 입니다 said...

ahahahaha..

ha, jagalah tingkah laku ye.
tp kan.. stakat ni aku blm pnh lg dipanggil doktor.. seingat aku la.. wakakak.. sedihnye!!!

huhuhu... saye jth motor~ ;ppp

kakak cantik said...

thanks bro temankan aku mlm ni..hmm ade kaitan ke ngan post ni? semestinye tidak..:)

xpela.maybe Tuhan cube menegur ko melalui pakcik tu..:)))

yg pntg, no heart feelings kan?:))

Syafiqah Nabilah Azali said...

Kid,aku akan lebih bersopan lepas ni

Din, yeah aku cool je

syahida hanim said...

haha...gelak kukikuki utk pakcik itu!!!

Syafiqah Nabilah Azali said...

syahida : hehe uncle tu kelakar kan