cerita pun mula...
Pada hari Isnin, 14 Jun 2010 bersamaan dengan 1 Rejab 1431H...satu mesej telah diterima oleh Kid di handphone NOKIA beliau..(wes ingat boikot Nokia tau, dah terbeli takpe la..takkan nak buang kot). Antara petikan mesej tersebut ialah;
"Jangan tiada masa dengan Allah, takut pula nanti-nanti Allah pula yang tiada masa dengan kita....mari berpuasa sempena 1 Rejab esok!"
Kid terus memberitahu dua 'ekor' housemate beliau yang lain iaitu Bel dan Din.
Bel: Eh esok satu Rejab ke..jom puasa esok..
Kid & Din : JOMmmm!
Din : erk tapi kita nak sahur apa?
Bel : Nasi ada kan, telur pun ada..apa lagi..hehe
Kid : Orait, tapi jangan tak bangun ea esok..kejut aku wes!
Din terus ke dapur menanak nasi, manakala yang lagi dua 'ekor' tu terus masuk tidur..Zzzzz..hampeh
Tepat jam 5.20 pagi..mereka pun bangun. "Erk dah 5.20, sempat ke nak goreng telur ni?? sempat kot"...apa lagi mereka terus berlari ke dapur dan menggoreng dua biji telur. Kesimpulannya, mereka bersahurkan air kosong, nasi dan telur goreng. Sedihnya kerana tiada kicap. (Takpe lepas ni ingatkan mereka untuk pergi membeli itu kicap eh..haha)
Sesampai waktu berbuka dan selepas solat Maghrib, mereka berbuka di Restoran Dee Jay Aar (salah satu tempat makan di Ipoh).
cerita tamat...
Jadi sempena bulan Rejab ni, aku ingin berkongsi sedikit 'hot info' tentang Bulan Rejab. Sebelum tu, mari nyanyi, "Muharam Safar RabiulAwal.....Rejab Syaaban Ramadhan...Syawal Zulkaedah Zulhijjah..lalala". Oh lepas rejab, Syaaban. Lepas Syaaban Ramadhan...Dah nak dekat puasa Ramadhan la..hehe. Pastu Raya..hoyyay.. Okay. back to main topic!
Hot Info tentang bulan Rejab :
- Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad SAW. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
- Bulan Rejab adalah antara bulan-bulan 'Haram' di dalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
Menurut Tafsir Jalalain, yang dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah:"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"
p/s: Umat Islam diharamkan berperang dalam bulan-bulan haram kecuali mereka diugut.
- Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain.
sumber rujukan di sini~
Kata-kata akhir: kenapa restoran Four You To See di Fair Park, Ipoh tidak menggunakan nama seperti For You To Taste or For You To Eat?? bukan kah lebih sesuai..hmm..zas layann~
No comments:
Post a Comment