Saturday, June 19, 2010

ceritaku episode satu

Minggu depan masuklah  minggu ke-4 aku di Phase 2. Sepanjang di Phase 2..banyak jugalah yang aku dah belajar. How to take Patient's history, how to do general Examination and other examinations. It was very interesting to learn but I still need a lot of practice lorh. Practice makes perfect!! Fighting..

But, but, but..In my first week, I don't know why..I thought I was strong enough..but I'm not actually. I cried. I felt so upset after doing bad in front of Doctor. Honestly, I felt angry with my first patient (I should not be angry). Okay, she is only 15 years old..she is very shy, not very talkative and sometimes I feel like she had no interest to talk with me at all. (jahat tak aku)..Then Oh my god. Damn. Guess what?? I told everything about that feeling to Doctor and you know, what she said to me?? "hah, macam tu lah patient tu rasa tadi..sama macam apa yang awak rasa. Awak takut Syafiqah, dia pun takut!!" (ada panjang lagi dia marah, tapi biarlah jadi rahsia aku..boleh?). Suddenly, kelopak mataku bergenang-genang dek air mata..I can't bare it anymore and..My tear goes down just like that..and lalala. I was so fragile.

Apa yang aku hendak kongsikan di sini adalah tentang kesalahan yang aku sendiri lakukan. Antaranya, aku terlalu formal dengan pesakit aku sendiri. Bayangkanlah, dia baru berumur 15 tahun, sebaya dengan adik aku daa. Gelaran adik-kakak adalah lebih baik daripada gelaran saya-awak kerana perbezaan umur yang tidaklah begitu ketara. Kat situ je dah boleh build 'Rappor'. (ya memang aku tidak terfikir langsung). Then banyak jugalah perkataan medical yang aku gunakan. Contoh menstrual cycle. Perkataan datang bulan lebih sesuai di sini. kalau patient tu Cina, lagi lah susah nak explain.."amoi, itu bulan ada datang kaa?" (contohlaa). 

Dari segi masalah pesakit yang agak segan-segan nak bercerita pula. Doktor pesan, cuba lah borak-borak dulu. tanya tentang kawan-kawan kat sekolah ke. Tapi seyes, budak tu macam ada rasa takut-takut sikit. Mak dia ada kat belakang kot. Biasalah remaja, tidak semua perkara mesti diberitahu kepada ibubapa. Then antara sebab aku kata dia tak berminat nak bercakap dengan aku, contoh, bila aku tanya, dia geleng. Bila aku tanya "ada sakit mana-mana lagi tak?" dia geleng gak. Ok fine. Tiba-tiba emak dia menyampuk..."ada lenguh-lenguh kat bahu. maybe sebab angkat beg berat gi sekolah". Okay, sabau aje lah. "baik aku borak dengan mak dia, banyak sikit info aku dapat", bisik kata hatiku. Okay! Diingatkan ye, dalam keadaan camtu, kita kena jadi cool je. jangan cepat melenting cam aku..huahua. COOLLLL~

Pengajaran yang paling penting, sila banyakkan berkomunikasi dengan pelbagai golongan, sebaya, muda, tua dan kanak-kanak. Nak dapat good HISTORY, kita kena jadi macam Melodi. Kalau boleh semua benda kita nak tahu pasal dia! Aku rasa, aku perlu kurangkan bersosial di Laman Sosial seperti di Facebook dan lebihkan bersosial with live people..maksudku face to face..yo Basyaahh Belle'! (bagaimana nak hilangkan rasa malu berdepan dengan orang ek?? hmm)

bersambung.......

p/s: esok nak tengok Toy Story lepas gi hospital...yeah!!

info: H(x) = history....em doktor tu pesan lagi, kalau nak jadi doktor kena kuat, tak boleh nangis-nangis, tak boleh stress, kalau jumpa Dr Surgery, lagi la diorang suka nak buli orang lemah camtu. Baiklah~

5 comments:

kakak cantik said...

nk jadi doc xbley malu2..:)
nvmind dear..get tru this phase with lovable moment ok.especially with me! thats the best part.hahahah

syanabel said...

mekasih kakakcantik..thanks for always ade je ngan aku kat mane2..heheh

zulaikha said...

good luck n be strong syapiq (heheh...still x boleh membrentikan diri dr panggil ko syapiq)...mule2 mmg slalu camtu tp lame2 mesti makin mantap kan...huuu...teringat first time aku jmpe n counsel patient...terketar2 la jgk...heee...smile owez n nampak confident x kirela tau ke x...so pt akan trust kite...ngeh3...nasihat dr senior2 aku...hehe :)

syanabel said...

thanks Zue..good luck tau final year!!

zulaikha said...

hehe...thanks!!! good luck utk kau jugak :)

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...