Pertama:
Korang teringin sangat mencari sahabat lama yang hilang tanpa berita bertahun lamanya? Then, apa korang buat? Kalau korang biarkan, maksudnya orang tu tidak bermakna langsung la dalam hidup anda kan. Tapi pada yang tidak biarkan, mesti antara usaha yang korang lakukan adalah 'search' via FACEBOOK..kan kan...yup settle lah masalah dan jika bernasib baik.. jumpa, kalau tak..apa boleh buat. em apa kata korang try 'search' kat GOOGLE search engine. Taip je la nama orang itu dan settle. Aku cadangkan sebab aku pernah buat..heheh. memang tak ada kerja masa tu. Saje try test. Kitorang kenal kat Sabah, sekejap je..then lost contact selama tujuh tahun jugalah. kebetulan aku ingat nama penuh beliau dan MR. Google lah yang membantu misi jejak sahabat kami. Begitulah cerita nya. Berminat mencuba? selamat maju jaya okay..heheh
Kedua:
Korang teringin sangat nak tahu tahap populariti anda di ALAM MAYA..bukan Maya Karin okay. Pertanyaan khas untuk orang-orang biasa macam kita yang bukan artis, bukan dermawan, bukan karyawan mahupun pemimpin negara .. okay. So..Try lah taip nama penuh korang di Google Search Engine. Lihat lah apa yang berlaku..pasti menarik bukan..hehe..try lah kalau belum try...Aku pernah buat, dan sekali lagi MR. Google telah membantu memberitahu maklumat penting yang aku sendiri tidak tahu tentang diri aku..opss rahsia..diam-diam sudah...k selamat mencuba untuk kalian.
p/s: pagi ni bola start ke? nasib baik ada orang bagitahu tadi, kalau tidak pasti aku terlepas seketul peluang best...hehe (esok tiada kelas sebab esok hari SABTU)
1 comment:
keluar bnde pelik2 aje kalo google name sndiri.kelakar pon ade :p
Post a Comment