Sunday, June 6, 2010

Ceritera Lawak Hari Ahad



Ceritera lawak 1- duit kecil


Seorang pak cik ingin membayar harga air Teh Tarik di kedai makan. Beliau pun mengeluarkan sekeping RM50. Pekedai pun bertanya, "duit kecil ada?".  



Pak Cik itu berkata tiada. Pekedai bertanya lagi, "duit kecil ada????". Pak Cik itu berkata, "oh ada ada!" dan beliau terus mengeluarkan sekeping RM50 bersaiz XXXS


??!xbtft$#&gbc$#!@opgf


Ceritera lawak 2 - Mi Goreng Basah


"Pak Cik, minta mee goreng basah satu!".....Mee Goreng siap dihidang..."apa ni pak cik, saya nak MEE GORENG BASAH..basah, ni tak basah"....Mee Goreng basah dihidang sekali lagi..."ni tak basah, kering je..saya nak yang BASAH!!"...Mee goreng ketiga dihidang...."Pak Cik, saya mahu yang basah, basah, basah, ni tak basah"...Pak Cik akhirnya keluar bersama sebuah baldi dan terus menyiram mamat yang teringin sangat nak makan mee goreng basah tadi...hah amek ko, memang basah betul..haha



Cerutera lawak 3 - Handphone berKamera

Seorang gadis datang ke kedai HandPhone ingin mencari sebuah Handphone. Erkkk..ye la, takkan nak cari buku pula. Nak dijadikan cerita, beliau meminta sebuah handphone yang LUARBIASA! Pelayan kedai HP tu pun mengeluarkan bermacam-macam jenis Handphone yang canggih-canggih belaka tetapi tetap tidak LUARBIASA pada pandangan si gadis. "saya nak Phone yang lain dari yang lain, yang ada kamera sume..bla bla bla....yang lain dari yang lain" Selepas sejam melayan gadis tadi, pelayan tadi mengeluarkan sebuah HANDPHONE seperti yang dikehendaki gadis tadi. Sebuah phone dilekatkan bersama sebuah kamera. Mereka dilekatkan bersama (dapat bayangkan tak???). terdiam terus gadis tadi..hah amek ko!! nak sangat yang lain dari lain kan..huh
          

         

No comments:

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...