Hari Kedua ku di Taiping
Pagi tu seperti biasa kami bersiap untuk ke kelas. Walaupun Dr H kata maybe kelas cancel, tapi kami pergi juga, mana lah tahu tiba-tiba tak cancel. Tunggu punya tunggu, akhirnya kami dapat tahu, Dr Saiful diminta menggantikan kelas kami. Tapi Dr S pun busy. Jadinya kami decide, just present case kat MO.
|
Dugaan hari kedua |
Setelah dugaan hari pertama di mana kami perlu membasuh rumah sebelum boleh digunakan sebagai tempat kediaman rasmi, dugaan hari kedua pula menimpa. Sesampai di rumah selepas tamat kelas petang, alangkah terkejutnya bila kami dapati seluruh rumah dinaiki air. Air lumpur pulak tu. nasib baik tak teruk sangat. Hanya paras bawah tayar sahaja.
"aduh macam mana ni nak masuk dalam rumah?"
agak-agak macam mana ye? huh, manade cara lain la melainkan terpaksa buka stoking dan kasut, then redah je la air lumpur tu. Pada malamnya semasa kami on-call di ward C3, kami telah pun mem'plan' satu aktiviti menarik pada hari esok..jeng jeng jeng
Hari Ketiga ku di Taiping
Bangun pagi gosok gigi cuci muka tanpa mandi. terus bertolak ke Bukit Larut. Wah first time ni nak daki bukit. Dan disebabkan keterujaan yang melampau itu, aku pun setuju lah nak ikut lagi 3 orang membe aku mendaki bukit tu. Yang lain, lagi 5 orang naik jip dengan bayaran RM6 shj.
Pastu dah on the way daki tu, aku tanya lah Zahar, lagi berapa jauh ni nak sampai?
"Baru 1km kan .. ade lagi 16km"
"what???"
Giler jauh, satu km pun aku dah rasa penat cam nak tercabut jantung hah. Serious ni. Lame kot tak senam. Asyik makan fast food jek. Jantung tak sihat betul lah. Baru kejap dah mengah-mengah. Tapi, nasib baik ada Ain yang selalu bagi semangat kat aku supaya teruskan pendakian. Banyak kali aku nak give up. Banyak kali aku nak menangis sbb tak larat sangat. Aku rasa nak tunggu je jip supaya datang amek kitorang sampai ke puncak. Tapi thanks to Desh, Ain dan Zahar.. sbb korang aku gagahkan juga diri.
Nasib aku baik, sbb ktrg jumpa jip yg on the way nak naik atas amek penumpang. Kami minta pak cik tu tumpangkan. Tapi dengan syarat nanti turun, kena turun sendiri lah. Ok kami pun naik jip tu. Dan tiba-tiba pak cik driver tu bagi ceramah pulak. Banyak jugak benda yg dia bebelkan. Cakap pasal tsunami, malang itu tak berbau lah, jgn makan nasi lemak hari-hari lah dll. Dan rupa-rupanya dia merupakan penceramah bebas. Takpe lah pak cik, asalkan kami selamat sampai ke atas.
Sesampai di sana, bergambar sakan lah kami. 5org yg dah lama sampai siap dah bosan bergambar eh. Wah cantik nya permandangan Taiping dari atas. [ tak de gambar lah sbb bateri phone aku habis mase tu. kena tunggu membe upload kat FB ] Dalam sepuluh minit, diorang pun naik jip untuk turun. Kitrg 4org terpaksa turun sendiri sbb jip tu tak muat.. huu sedihnyerrr
Turun punya turun, sebab nak cepat, kami pun berlari. Ya Allah tuhan aje yang tahu betapa sengsaranya aku menahan sakit dan penat. Dalam perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan pegawai penjara yg kebetulan mendaki pada hari tu. Diorang nasihat jangan lari. Nasib baik jumpa diorang. Kalau lah ktrg lari sampai ke kaki bukit yg jauhnya 9KM tu, mahu tercabut lutut aku nih.. adeh. Eh abang penjara tu sempat mintak nick name Facebook kawan aku.. oh tapi bukan nick name aku la..hehe
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke kaki bukit dengan selamat dan jayanya. Petang tu walaupun penat, kena gagahkan diri pergi on-call. lagipun esok ada kelas dengan Dr Tharam (lepas ini disebut Dr T). Dr T ni lagi scary dari Dr H. Scary kalau korang tak baca or blurr dlm kelas diorang la. Ala, mana-mana Dr pun begitu kan?
#duapuluhtigamacmerupakanulangtahun/detikbersejarahdalamhidupku
Hari Keempat ku di Taiping
Wah hari ni hari pertama ktrg secara officially akan present case dengan Dr T. Kelas non-stop dari kul 2 sampai 5. Agak-agaknya apa dugaan hari keempat ek? setelah difikir-fikirkan, oh ada! Waktu makan yang luar biasa dari biasa. Iaitu sarapan Jam 10pg, mkn tgh hari Jam 6ptg dan mkn malam Jam 11mlm. Tapi dugaan bertambah bagi aku bila Dr T suruh clerk case lain untuk Dr H esok. Katanya, "nephrotic syndrome again?"
Hari Kelima ku di Taiping
Pagi tu aku keluar awal ke hospital ditemani Ain. Dapat case bronchopneumonia with underlying congenital heart disease. Menarik kan? Alhamdulillah, tak sia-sia aku clerk kali ni sbb 2 kali aku clerk case sebelum ni, dua-dua cancel. Kali ketiga ni DR H suruh aku present dulu. Yeah, I believed everything happens for reason. walaupun performance aku sangat bad, tapi takpelah, aku boleh cuba lagi dan improve lagi..InsyaAllah.
Seronok hari tu sebab pulang ke Ipoh jumpa Radin dan Kid..hehe. Rindu la pulak. Eh ke aku lagi rindu kat TV dan blog ek?? hehe.. ah merepek je lah. What ever pun, seminggu di Taiping beri banyak kenangan manis buat kami satu group. Aku pula rasa tenang la duk sana. Bukan lah nak kata Ipoh ni tak best study, cuma.. entah la susah nak explain dengan kata-kata.
- # kenapa blog aku ni dah macam diari?? haha..
- # tahniah pada SMSSI atas pencapaian keputusan SPM yang amat membanggakan. I'm proud with you!
- # Sape nak ikut aku gi KLIA next week?? hehe :)